Monday, December 29, 2008

balik dah ke shah alam

hoi hoi

benci la nak balik shah alam.

huk huk

sudah masuk itu semester 6 lah.

the time table also madness.

classes sgt pack padehalnye credit hour 14 only.

so cacat la sape yg susun jadual. pffftttt.

hopefully there will be some changes in my time tables. come on lah. hari khamis free, friday got classes till 5pm? aku nak friday free so i can go back home!!! wuwuwuw (belom balik shah alam lagi, gosh. shima suda kronik. major HELP here!!!)

T_______________________T

my nose still tak elok lagi. batuk2 pun ade kahak lagi. itu adelah signs suroh duduk kat rumah diam-diam. tayah balik shah alam (ai terok benar tamo balik nih -_-) Huhu

sesodah pulang shah alam, i wont be updating kot.

gonna be busy here and there. dari dulu lagi nak apply sticker for my car taboleh2. the server has been down like forever? sape punye idealah nih. menyusah betul. (okey padehal ade gak salah sendiri sbb tak apply awal2, tp lantakk!!)

im gonna miss my mom, my mom lagi,my mom, mak, mak mak n mak, mak lagi

sedey nih (sambil nanges dalam hati)

mengantuklah. haih. maybe tido kejap n then makan, solat and later berambus balik shah alam.

gonna miss you my bloooggiieeeeeee (slap me someone)




oh yea, aku juga rindu sama lin dan aju byk-byk.

itu encik abg sayang (yg hari2 gaduh tak hengat. adei)

my friends yg lain (itu so-so sahje, muahahahahhaha)



moi so jahat lah.


jumpe lagi


insyaAllah ;)

Wednesday, December 24, 2008

lain kali bagi signal la bodoh!

kereta tuh ade signal kot?

lain kali bagi SIGNAL!

aku bawak keter bukan nak jage hal ko sahaje.

aku pun jage hal sendiri jugak!

kepale otak tuh pandai kan? kereta nak pakai besar-besar, tanak bagi kereta tuh kene langgar or calar.

senang, BAGI SIGNAL LA BODOH!

tak kurang sekilo pun berat kalo nak bagi signal tuh. tak lenguh pun tangan nak bagi signal. jari tuh gerak sikit je. kau selamat. aku selamat. tayah aku kesah-kesah nak jage hal ko. macam ko bayar aku nak jage hal ko kan? tade kan??

benci betul la dgn org yg tak bagi signal nih. tak pasal2 aku yg kene emergency break. dia rilek2 je. macam siyal. dalam kereta nak kene carut2 je agaknye.

lagi lagi org ca ya nun alif.

bawak keter tak penah nak bagi signal, peh tuh pakai masukkkkkkkkk je tak tengok kiri kanan. peh tu dalam keter tesengih2 like shit. urgh.


ba alif ba ya.


balik2 umah, astro plak tade.

sume nak kasi hati aku panas lah neh.


dah la demam. i feel like shit.


damn.

Friday, December 19, 2008

cerita mereka asyik nak karut binti marut aja

yey!

result dah out. Alhamdulillah. tade paper yg fail. itu je yg penting sangat2 bagiku. i didnt mind about my pointer. tiada kesah (sungguh benar) asal aku tak repeat itu paper RESEARCH, itu paper DIFFERENTIAL EQUATIONS dan juge paper PHYSICS yg sume saiko2 susah.

  1. Introduction to Research Methodology.
    Memang tak suka subject nih. sumpah tak suka. tapi buat-buat suka. siap duduk paling depannnnnnnnnnnnnnnnn (to motivate me lah kan) kat dalam lab tuh. even the lecturer mmg power pun cant help me. First test pun ala2 jer markah, then second test mcm bagos sket markah because cakap2 ngan ana. hahahahah. ops, bukan cakap, berbincang secara halus malus. HAHA. dah la duduk depan, ade hati nak mentiru secara public. tapi tidak mengapa, prof aku seorang yg memahami. (ayat bodek, tapi terlambat sudey.huhu) then, when it comes to making the pra-thesis. lagi la hancor. i did take notes sume tapi tak msk kepale doe. mmg dasar otak beku kot. Prof dah bagi dari awal sem, tapi aku ngan zila wat 5 more days before nak submit. mau tak mengelejat tak tentu hala. tidur mmg tak lah, tidur lepas subuh then pukul 8 pagi bangun balik (baek tayah tido ye dak) muke tekelat2. haha. mata jgn cerita la, double, triple, fourple (okey, tiada. shima u get out!) berlapis2 eyebagsnya. kadang2, eh bukan selalu menangis di dalam hati. kadang-kadang bergelak ketawa tapi masih di dalam keadaan horror akan keadaan pra-thesis tak siap-siap. boleh bertepuk tampar, tapi rasa nak mati bila2 aje. HAHA. statement harus dramatik sebab mmg betullah! padan la muka buat telebih last minute. bak kate fareeq (eh fareeq tbe2? i know someone smilingggg ;p), ala, esok nak hantar pun boleh siapkan. tapi betul lah, siap juge semuanya!!! and alhamdulillah, LULUS! itu yg aku suka sgt. nak celebrate secara total. hoyeah!
  2. Differential Equations.
    Ni la subject killer yg aku tak reti2 nak paham. every test asyik nak flunked je. mmg la tak fail, tapi takat-takat nak mati dah. so, mmg target aku paper ni musti jahanam ke longkang. mesti fail la. sebabnya, lepas je kluar dari exam hall derang berbincang2 (mereka mmg, aku tak paham la kenapa) menakut2kan aku dengan bagitau jawapan. and all their answers TIDAK same dgn aku. TIDAK SAMA. and that freaks me out. dan aku turut join mengiyakan aje jawapan diaorang. padehal dalam hati rasa dah nak mati dah. tinggal nak mengucap. betulllll.. nasib baik lulus. sebab aku dah tak sanggup nak integrate berkali-kali tuh. penat otak weh. aku mmg tabik spring kat org yg suke subject nih. TAHNIAH WEH TAHNIAH SEBAB OTAK ANDA MMG BRILLIANT! kah kah kah
  3. Physics Waves & Optics bla bla
    Even tajuk panjang pun aku tak berape nak ingat. ape nih shima? cuti tak sampai 2 bulan da lupa2 tahap melampau. adekah aku makan semut telalu banyak? HAHA. time belajar subject ni mmg enjoy lah. sebab lecturer, miss farah sangat2 sporting. umur cam 25~26 kot. so, otak nak mereng-mereng aje. tapi sgt strict on giving marks lah. nak buat slacknye, final exam punya paper. masyaAllah. budak-budak math dapat jawap gile lancar lah (berbaur dengki melampau) i can see clearly they can answered 4 questions yg budak physics takleh buat. sah-sah la lecturer derang provide exercises yg menepati soklan. tapi kami tidak buleh!! dah la tak bagi unit for this one symbol. satu question markah nak 8? like hello. itu aje ade 2 soklan. another question, suruh terbalikkan formula juge bermarkah 8? semua nak 8 lah! mmg ong la aku jawab soklan-soklan begitu. naseb baek lulus. sbb aku tanak ngadap muke cik farah lagi. bukan benci tapi merasa dianaktirikan. ini BENARLAH!sayang sangat kat budak-budak math tuh, kami yg budak physics cam nak tak nak je bagi hints or whatsnot. shima berbaur jelesy yg melampaulah bukan? HAHA.
hoi melampau benar aku marah nih.

out dulu. nanti update pasal trip gi bandung + jakarta. abg ku baru pulang. nanti dia mesti sebok2 nak guna my laptop oso.



Thursday, December 11, 2008

hari indah utk esok dan esok dan esok lagi.

these few days had so much fun spending time with my friends. ronda-ronda JJ ipoh. watched twilight. asal la JJ ipoh de like 5-6 movies je. damn.



hofff...

see. see. see. sdg dalam phase admiring this guy la after watching that movie. tapi setelah ku terjumpaain gambar bulu ketiaknya like OMAIGOD. this guy, at least trim la weh! i know you ada itu sikit bulu2 panjang (he's hairylicious, ;P) terus terjunam ke dalam gaung my feeling. HAHA.

my Hari Raya was so-so aje. tade sape pun balik. bg cik pun raya belah family kak as since raya dulu derang beraya kat sini. no hal la tuh. cuti pun sehari je, penat je kalau balik. my mom n my aunty masak spaghetti bolognise (without meatball.sy gune hotdog je la, huhu) dgn rendang ayam yg delicious. makan non stop since i didnt know what to do. then tido like nobody business. raya mcm tak raya onleh. huhu

im gonna go for vacation with my family. gi jakarta and bandung. short trip only. my uncles & aunties will be coming soon (kot). i'm not done packing tapi at least 85% dah setel masuk beg. only couple of things left blom masuk beg lg. aku mahukan fun! fun mari kaw ke sini cepat! (peh tuh segerombolan orang sepak2 saya, haha)

to my friends, dont miss to much k. i know i'm gonna miss you guys. to lin and aju, jgn gi mcD dulu before me. hahahahahahha. apehal ayat nak dengki. nanti aku balik kite gi same2 menjahanamkan mcD tesebot k! (diamond bay baru je nak ade mcD, so proud. muhuhuhu ;P)


not gonna lie. i'm sad.

Wednesday, December 10, 2008

jangan dan jangan

just dont.

dont tell me you love me, cannot live without me, missing me too much and it hurts you, feel like crying if you didnt hear my voice, ya da ya da ya da ya da and then in a single snap, you tell me "i've got to go. my friends are waiting"

what the hell?

you know how to make me feel happy and miserable at the same time.

why dont you just tell me straight, "i'm going out with my friends", without telling me all those sweet words.

i can bear with that. seriously.


jangan nak kata rindu kat aku kalo dalam kepale ko tuh dah set nak keluar dgn kawan-kawan ko. just jangan.


aku tidak jeles kat kawan2 dia.

no i am not.


saya hanya marah.


done.

Thursday, December 4, 2008

ich liebe meine Mutter



MAK, SHIMA SAYANG MAK GILE2 AH!
(sile translate sndiri ke bahse french german. hofff)

mwah mwah

;)

p/s : proses bodek membodek sdg berlangsung. biasa la tuh. lalalalalalalalalalalalalala~


update
baru je ade elektrik neh. tadi black out mari. adoihai. baru je tak sampai setengah jam berbijik2 bintat gatal kat tangan ngan kaki.hey nyamuk nyamuk sekalian alam, berani eh ko nak gigit2 aku banyak2. siap korang aku saman. aku kenal belang2 korang (bajet belang nyamuk = no plate kereta. HAHAHAHA) abes la korang. esok ade a surat saman kat dalam post box tuh. HUH!


shima, pergi ke kiri sekarang secara senyap-senyap!

pergi!


esok itu mintanya hari indah. nak nyanyi (okey, sudah lebih)


*syaitonirojjim laughs*







Wednesday, December 3, 2008

aku mmg suke berjalan2



bila langit sangat cerah.
telefon berdering.
jom pusing.
ayuh!


tidak lame selepas itu.
sebijik keter hitam yg gile kiut.
ade sodah kat depan!
weng weng!


ini cik ju.
mule2 macam malu2.
eley eley dia.
close close face pule!
(siyes pantun 4 kerat)



tadaaa~
tidak close face dah.
kalo close face, nanti eksiden pule kan kan aju kan?
lawa dia hari tu.
pink okey.



ini vvip.
dok belakang!
nama dia cik razlina ramli
mari mari
waves kat lin ramai2



ah. muke ku lagi.
hahahahahahahahahahah.
lin gile cute okey.
sangat cute.
aju, maaf. gambarmu hanya sikit.
my hand tak reach ah (ape ni ayat. ke kiri ko shima!)



ini shima.
hi again.
pemilik blog ineh.
HA HA HA.
mata satu.
syaiton?



ce teke ini ape?
teke la teke la

ini sekawan lembu.
otw balik rumah katenye (sekawan lembu itu katelah..)
haha

tamat sudah presentation hari ini.

w'salam.

hoff...

Tuesday, December 2, 2008

hingus pergi!


"tu carwash 6 ringgit je"
"pegi la situ"
"cuci la kereta ni, berabok sgt"
"warna kuning pun da tak nampak" (ini tipu semata2. Har Har)

shima malas.

tahap kelajuan ayat berikut sgt pantas je keluar. lagipun tanak la bohong di kala berpuasa (okay, tiada kaitan di sini)

i will send the car to the carwash. dont worry about it. my yellow wink wink still yellow la

sudah berhari-hari hidung nih membuat diriku struggle yg berganda. terbersin di kala cuaca yg panas. kadang2 terasa meremang2 bulu roma, dan feeling nak demam yg sungguh tak best. sangat tak best because i will ended up ketiduran (eh bukan fevret anda shima? haha. tipu!!) ye la ye la. i love to sleep. tapi kalau demam, tidur macam mana pun still you feel sick.kan?kan?

speaking of meremang bulu roma.

ade one night around 3am++ kot, i was happily brushing my teeth at the toilet and i heard someone crying.(hoi jgn igt aku menangis pula. kerana aku kan sedang memberus gigi. macam mane nak menangis sambil happy2 memberus gigi. aneh la ko nih!) tak tahu la kan kalau itu perasaan je, tapi seriously. suara menangis yg mendayu2 cam hantu itu. ha, hambek. sangat mendayu-dayu sampai naik-naik bulu roma. baru nak riang ria berus gigi, tros lari secara laju ke arah bilik without tutup lampu and oso not looking at the mirror. pagi tuh subuh, mak bising

"sape yg tak tutup lampu toilet nih?"

semua menunding jari ke arah farizatul shima (angkat kain putih,haha)

makanya, untuk mengelakkan perkara menakutkan diri terjadi lagi, adelah dicadangkan

  1. mak buat toilet khas utk shima dalam bilik tidur. sebab semua toilet di luar bilik tidur. (padehal tidaklah di luar rumah) kadang2 ketakutan utk membuang apa-apa (buang ape ko neh shima? to the left!)
  2. ade mak nak layan cadangan terlebih bernas ko tuh shima? next!!
  3. dah tau agak takut (penakut sebenonye. har har) berus gigi dan cuci muke sebelum tido secara laju2. secara laju2 bukan bermaksud 90km/j. (hoi ko nak bagi berdarah ke muke? tanggal gigi dan tangan, sebab tak sangka boleh capai kelajuan 90km/j)
  4. engko tido je la awal. sebelum ahli keluarga lain masuk tidur. contoh, macam pukul 9 dah siap2 nak tidur. biar semua hairan. asal tak takut sudah. HAHA
  5. itukan makhluk Allah juga. jika dia menangis. biarkan. jika dia mengilai. biarkan juga. jika dia tiba2 ingin bermain sep sep tom tom bersama. okey, jgn biarkan. lari secare laju dan kemudian demam 7 hari.
sekian.

these few days petang dah tak hujan lagi. langit sangat cerah. dan panas juga (tiada rungutan, air cond sila full blast sekarang!) which i think it's good. ingin juga keluar dari rumah dan bermain2 tapi sifat mazmumah iaitu malas tiba2 menguasai diri. (cepat korang pakse aku keluar dari rumah, pakse la aku pakse cepat!)

hari ni baru nak start puasa. puasa sunat zulhijjah (mak kata) tapi saya puasa ganti al-hijjah (okey, to the left shima) haha. ganti nak banyak juga kot. tapi padanlah muka kenape tidak berpuasa enam pada hari dahulu. (smbil menangis dalam hati) tapi tidak mengapa. puasa la sikit2 dulu. tapi mak sengaja cucuk2 aku semalam.

"nana pun da ganti puasa banyak tau"
"berapa dah dia ganti"
"3 hari"
"eleh, sikit je kot"
"dari kamu"

perasaan ketika itu equals to bagai jatuh ditimpa kerusi rotan.

kalo nak diikutkan mmg tak patut ade rase ape2 pun. lantak nana la kan. dia nak puasa 3 ke, puasa 4 ke (mummy nana kata, org lain puasa 6 dia cipta puasa 3. biarkan. HAHA) budak masih hingusan lagi. tidak mengapa. tapi jgn compare saya yg berumur 21 (erk?) dgn budak 11 tahun itu.

nana puasa 3 (malas la tuh, cut short dari 6 ke 3, hebat)
shima tak puasa 3 atau 6 (ter HEBAT u!!!)

saya agak malu.

oh well.

takpe mak. shima puasa la ni. hati pun suci murni lagi tulus je hari ini. tiada unsur2 ingin mengumpat atau sebagainya. mata sudah ditutup close close (sudah tutup, diclose pula) dari menonton movie2 yg 18sx (HAHA, kenot go ini ayat. lin, sepak aku.pretty please ;p) sebab semunya sudah dibereskan semalam (er, semalam ya semalam)

*insert gelak syaitonirrajim here*


tapi hari2 aku bukak ohnotheydidnt!

macam mane tuh?