Wednesday, December 7, 2011

random 11 muharram 1433H

1. selepas berhempas pulas semalam, hari ini rasa macam pinggang patah, kaki lenguh, bahu tergeliat. erti kata lain, penat uols.

2. semalam, 10 muharram ayah meninggalkan kami. dapat tahu, masuk hospital, tak lama lepas tu, kak tina call menangis ayah dah takde. aku bawak kereta adalah seperti haram sambil vibrating. (terketo-keto)

3. balik kemas apa yang patut, terus shoot balik teluk intan lepas zohor. dan aku sampai pun tak sempat nak mengadap ayah. jenazah dah siap kapan, nak dibawa ke masjid.

4. ke tanah kubur, sempat usap muka ayah. alhamdulillah. manis aje muka ayah, macam yang ada dalam ingatan. yang suka senyum, yang suka tegur "shimaaaa (sambil sengih)". yang suka ajak aku makan. yang rajin menghulur duit kat aku walaupun dia tak kerja.

5. sekejap, lap air mata.

6. bab menghulur duit tu aku terkilan sangat. terkilan sangat sangat sangat.

7. tapi takpe, mama ada. aku usahakan duit gaji aku nanti (insyaAllah walaupun samar-samar, heh) mesti dapat rasa duit aku. just macam mana diaorang (mama & ayah) jaga aku dari aku baby lagi.

8. other than that, mak confirm kena chemo as the oncologist said yesterday. the first cycle will be starting on 19th dec. i'm hoping for the best, insyaAllah.

9. sekarang ini berikhtiar cara moden & islam. harapnya mak taklah berputus asa dan besar harapan aku nak tengok mak ceria dan dia kuat semangat. amin.

10. tinggi harapan nak bersemangat balik sambung study. doakan!






Sentiasa dalam doa orang-orang yang menyayangimu - Alwi Hj Mohd Bakhtiar (1928 - 2011) & Hj Hashim Salleh (1939-2002) Al-Fatihah.