Wednesday, November 17, 2010

terkorban before hari raya korban

entry semalam kemain lagi happy internet kat rumah dah sihat kan?

happy sangat sampai terus tak sihat secara berdos-dos.


al-kisahnya sakit kepala dari hari isnin, masa on the way balik bangi ke teluk intan. kepala sakit belah kiri, so i (tetiba i) ingat setakat lapar sebab breakfast makan meehun goreng. tapi itu da makan tu. so sampai ke teluk intan, menyinggah ke cm tapau lauk untuk makan tengahari. i tibai kerabu perut, siput sedut dgn ikan bakar. slrpp slrppp. sedap dah la nasi banyak. maafkan orang kebuluran.

nexxxxxxxxttttt


esoknya, pagi-pagi orang TM dah call. rujuk entry before. ecewah macam orang nak rujuk-rujuk entry aku ini kan. tak penting pun. hahahahahahahahahahaktuih. aku dah ready bangun pagi-pagi.nampak sangat tak bangun pagi punya orang. ok. dah setel hal internet, aku pun gerak la pergi bank sebab nak bayar yuran konvo. balik tu, dah rasa sakit nyucuk kat belah kiri. ingatkan sebab panas ke ape. so buat bodo. menjelang petang, dalam pukul 2 or 3 macam tu, bila nak solat zuhur macam nak terbunuh aku time sujud and ruku'. mata rasa nak terkeluar. wuuuuu. azab beb azab.

pas solat terus buat keputusan untuk menidurkan diri before berbuka. teori adalah, bila sakit kepala, tidur kejap sure ok balik. tidakkkkkkkkkkkk ok. tidakkkkkkkk. lagi menggigil satu badan, pastu loya-loya yang hebat. dah loya tu paham-paham sendiri la kan, memang muntah di atas katil la jawabnya. abis selimut jadi tempat muntah. haihs. dah la perut kosong, muntah air pulak tu. perit perut woo perit.

dah tak tahan, panggil mak. terus menangis hiba. hahahahahahah. kelakar bila ingat balik tapi nak buat macam mana, aku tak tabah beb tak tabah. sakit kepala teruk sampai menangis. campur la dedua sekali memang sakit gila gila. mak siap tadah tangan bila aku muntah banyak kali. T___________T sedih ok. sebab tak berdaya langsung. kepala lembik, badan sejuk gila, muntah tak berhenti.

macam nak mati rasa.


mak pun bawak la pergi klinik ridhuan. sekali kau kene drip masuk air. doktor kata dehydration, pastu campur dengan angin sebab tak sahur. aik, aku bangun sahur ok minum milo panas, dengan air sikit punya banyak. ok la redha la kene drip. siap tidor kat situ dekat 3 jam nak menunggu natang tu abis.

dalam pukul 7 tu dah balik, sempat2 je mak bukak puasa. nasib baik.

pengajaran pada diri sendiri, silalah bersahur berat-berat. jangan amek enteng pasal bab makan-makan ni.


thank you Allah. kerana bagi saya seorang mak yang sangat-sangat hebat orangnya.


Salam AidilAdha semua =)




Tuesday, November 16, 2010

internet kembali lagi

fuhhhh

dekat 2 minggu tak boleh online secara ilmiah dan proper + dengan sakit hati, akhirnya internet di rumah kembali ke pangkal jalan.

Alhamdulillah.


Call TM, sampai dah rasa orang kat situ dah malas nak entertain aku kot. haha. mula-mula cakap Komtar rosak, affected 10,000 customers. Ok, boleh terima. Second, dia kata splitter rosak. Ok, tak boleh terima. Pastu, dia kata modem rosak. Eh, what the hell.

Hari tu technician datang, dia kata sambungan kat splitter salah. Tipu la tuh, rumah ni dah pakai streamyx dari kurun 12-masihi. Tak pernah usik pun splitter tuh.

Hari ni pagi-pagi da datang, dia check, cakap overload. Kat rumah pakai 512 je, maleh nak pasang 1mg or above sebab nanti mula la semua nak online pastu download movie dan tidak sedarkan diri (tipu). Kat rumah biar bersederhana je. hahahahahah. kesian kandangah. Dia check, kata 2mg. Memang la overload. Patut la aku online connection putus-putus. Kiranya bukan salah modemku, bukan salah splitterku. Salah merekaaaaaa~

Nasib baik dah downgradekan. Btw, thanks to TM sebab memang nampak sangat take care kat customers, call tanya, berapa kali dah. Baru ugut nak tukar line lain. HAHAHA


tengs.

Wednesday, October 27, 2010

keteringinan yang overdose

last week, abang cik balik. ngangkut baby atif. atif dah tak kenal aku. oh, bukan aku sorang je, opah-opah dia pun same. haha. kasihan kami. setakat mama dengan papa dia, dia layan. kalau aku, agah sikit, tibe-tibe cebik, patu jerit. sekarang dah pandai jerit high pitch melalak punye style. mane dapat pun tatau.


typical atif. nasib baik ko cute tau tak. nasibbbbbbb baik.


hari tu bersembang kencang dengan bang cik, aku ini ilmu pasal handphone memang fail. kalau ada exam pasal handphone, mungkin dapat F? atau dapat 1/100. ataupun kosong terus. so aku tanya la pasal sebarang dua benda pasal handphone. dia pakai samsung touch screen. bini dia baru dapat samsung wave. ok jeles. walaupun bukan iphone, tapi macam iphone gak. eh tiba-tibe iphone. kejadahs.

bang cik kasi penjelasan panjang lebar, dia suruh cari phone yang boleh support jadi modem. setahu aku, sekarang ni semua telefon pintar/pda sume boleh support modem kan? ke aku salah? kalau salah, sila betulkan budak baru nak belajar. haha. tragisnya. sebabnya dia kata, senang hidup shima nak online di mana-mana. itu satu. pastu apetah lagi dia ajar, aku pun ingat-ingat lupa. sambil-sambil aku godek si samsung wave tu, aku dah bajet buat muka-pemilik-iphone-in-the-future. tak boleh blah kan? takpe, berangan itu bagus untuk masa depan.

dah dapat ilmu, bang cik tiba-tiba bukak cerita nak beli iphone 4g tu. dia ada usha kat klcc, tapi kene queue sikit punya lama dalam list. dia cam postponed. then dia cakap nak usha ipod plak. pastu aku teringat ipod aku beli kat madrid. very the murah one. bukan ipod touch la tapi. ipod classic, you knowwwwwww. yang bulat di tengah-tengah itu. entah mana aku letak. ni kene cari balik ni. tak boleh jadi!



tapi.....









tadi baru usha ipod touch kat applestore.








membuatkan aku keteringinan yang overdose. saliva meleleh. kalau bang cik rembat ni, memang aku sanggup jadi orang gaji dia jadi bibik semata nak pegang ipod touch terbabit. haha. bunyi sikit punya desperate sebab aku bukannye anak orang kaya mintak je dapat, asal mintak je dapat. nak mintak mak support beli camera pun kene ada proposal, lagi la ipod touch.






sape nak sponsor ipod touch?





damn u apple. damn u.





Tuesday, October 26, 2010

sayang sayang sayang

(buat dalam suara paling manjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sekalian alam)



sayang, sayang sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang sayang. sayang sayang sayang??
pernah try sekali, patu dengar bunyi 'uweeekk' di talian talifon.



ade aku kesah gitu?



of course la tidak kan noks.




motif utama buat entry bukan untuk kejar publisiti (kejadah), saje nak share apa dalam hati. seperti sweet sangat bila shima cakap camtu. kans?kans? kans?

kenapa hari ini shima sweet sangat?

it is because tomorrow is my 3rd anniversary!


apesal kepochis sangat shima?

  1. saje nak kepoh secara membuta tuli. i can, can i?
  2. tiba-tiba feeling sweet teramat sangat. see, dah berapa banyak sweet aku taip.
  3. because i never think that this relationship will last this long. 3 years baby, not 3 months
  4. because dah lame tak buat entry feeling love love camtu. hahahahahha *pang sedas

okey, moh serius moh.

it's been a lovely 3 years knowing you. thank you for being my best friend, my lover and sometimes my enemy (standed kot). thank you for loving me to bits, for accepting me for who i am, and also for being there when you're needed. thank you so much for understanding me deeply, for never fail to pujuk me when i'm sulking or whatnot, and for always cheering me up when i'm in my most bad mood. thank you sayang for everything, for thick and thin that you've to go through with me. thank you so much =)

for the past 3 years also, i am really sorry for being bossy, for not understanding you at certain points, and always hurt your feeling. i'm really sorry for not being able to pujuk you with sweet words because i never have the idea how (bocooooooooooooorrr rahsia) but eventually you accept my pujuk because you tak sanggup dengar i sobbing rather than pujuk-ing you. haha. i am sorry for always bugging you with this and that, nagging (not all the times), but it is because i'm worried about you.

i really hope that we will have another wonderful years to come, and insyaAllah another 2 years to go before we step into our serious plan.

i hope for this 3 years relationship,the ups and downs, the loves and hatred will complete us, and makes us grow stronger and wiser together.


i miss you. i love you.



insyaAllah, when there's a will, there's always a way for us.


i cannot wait to be your future wife, to be your future mother to our beautiful babies, and insyaAllah grow old together.


ok aku tau corny gila, but this is my first time writing corny-ish entry so do bare with me. hahahahaahahhahahahahahahah *pang*








doa-doakan la weh, bende baik memang tak boleh lame-lame. kene cepat-cepat.



eh gatal gile?



selamat berkenalan selama 3 tahun abang. moga masih ada tahun-tahun yang akan datang untuk kita masih berkenalan.














Monday, October 25, 2010

penting sangat?

Harta memang penting. Sebab harta boleh hilang keluarga, sebab harta boleh tak bertegur sapa, sebab harta boleh buat jatuh sakit dan mungkin sebab harta boleh bertemu ajal, mungkin.







kalau arwah atuk and arwah bapak tengok semua ni, mesti sedih gila diaorang.



berebut harta tak bawak kemana.














Friday, October 22, 2010

hilang selera aku.

memandangkan i seorang guru tusyen yang berkreadibiliti tinggi dan obses terhadap anak-anak murid sendiri (muntah muntah), i telah keluar ke pekan after tusyen untuk membeli ink printer. haha. ayat macam gi buat buku exercises ke buku rujukan ke kan? well well well.


i keluar pergi pekan, bayar duit ink printer, dan kemudian lepas gian beli air mata kucing dekat colliseum. kat situ ade laksa sedap. slrpp sllrrppp. (saliva melelehs)

pastu i pun bawak diri untuk pulang sebab tak solat asar lagi (pang sedas). patu sampai kat satu corner tu, terpaksa ikut bontot uncle bawak motor. slownye lah,i rasa kalau i bawak basikal saniy yang kecil itu pun lagi pantas. pas tengok tade kereta or apa-apa kenderaan yang merbahaya, i pun pintas la uncle tuh sambil lihat jadahnye dia bawak slow nak mati kalah siput babs.

tengah pecut dengan gear 1, beridghamm enjin keter kuning i. sorry.

i pun lihat ke kiri, sambil ingat nak tunjuk isyarat (cube teka isyarat apaaaa??). rupa-rupanya, uncle itu sedang menikmati moment-moment terindah sambil dibuai angin.

jari telunjuk siap landing di lubang hidung.


oh.


kedalaman jari, tak dapat dipastikan. tetapi keasyikan dapat dilihat dari rupe paras uncle terbabit.


i yang tadi sedang sedap hirup air mata kucing, tersedak gitu.


cantik sikit.


uncle, please after this u nak korek and makan tahi idung u tuh, u please la buat kat your house ok. please dont show to public. i hilang selera terus tau. tak baik ok. tak baik.


moral of the story
kepada peminat pengorek hidung yang berjaya, come on dudeee, korek idung ilmiah sikit la. nak korek hidung cover sikit, kalau agak-agak nak makan taik hidung tu pun, bawak-bawak la balik rumah ke kan.


ape sedap sangat ke tahi idung tu buat makan?


nanti nak tanye kat coach german.


tengs.

Thursday, October 21, 2010

terkedip kedip

Rasa macam nak jerit, tapi tak terjerit.

Pffttttttt.


Aku itu mengalami kepenatan jiwa dan raga atas sebab-sebab tertentu. Tak tahu mana nak tuju. Nak luah dekat mak, macam tak kena. Luah kat kawan, bukan tak kena, cuma tak mahu membebankan kepala orang lain. Luah kat diri sendiri, makin makan hati.

Makin berpenyakit hatiku.

I'm just not quite sure why the f-ing hell everything was not right from the beginning. Oklah, no be precise, it was not always not right (ayat madafaka), but disulami ketidak-right itu lah yang menyebabkan aku sakit jiwa, sakit mata, sakit perasaan, sakit lah. Senang.


I never know untuk pertahankan a relationship, baru nak 3 tahun sikit punya la payah. Memang pun selama ini takde la nak cakap, everything will be sailing smoothly ke ape, tapi ye lahkan. Baru nak 3 tahun bagai nak rak, perasaan aku. Lagi la orang-orang yang couple bertahun-tahun, 5,6,7 tahun macam tu. Tabik berkali-kali. Serious. Macam mana je la cara tanak bergaduh je? Memang orang ada kata, gaduh itu tanda sayang. Memang la sayang, siapa tak sayang kot? Tapi dalam nak gaduh tuh, come on lah tak payah la kerap. Mainan emosi betul. Buatnya tak stabil, mahuuuuuuuuuuulah tetiba ikut hati. Ikut hati mati ok?

Sila ikut logik dan akal fikiran lain kali.



Sebenarnye ape yang aku nak sampaikan kat sini pun, macam terkias-kias. Benci betul dengan diri sendiri.


Apapun, i love u abang.


Really, I do.



**sambung emosi balik**