Thursday, January 27, 2011

bila melompat tinggi dan tersembam ke tanah

Selalunya bila kita melompat tinggi mesti landing ok je kan. Tapi tak selalu juga bila melompat, kita dapat landing dengan betul. Dalam erti kata lain, kaki tidak terpeliot (pelik beno ejaannya, tak gitu?) Haish shima, terpelecok la!

Dalam terjatuh mestilah sakit kan kaki tu. Cepat-cepatlah cari minyak panas, urut bagi hilang bengkak or surutkan bengkak pada urat kaki tu kan. Jangan jadi cam aku ni. Dulu punya terpelecok pun tak setel lagi =__=". Ye, aku dulu terpelecok di PD, sewaktu main bola kat laut. Kononnya mengganas nak mengejar bola, aleh-aleh bola tah mane, aku yang jatuh tersembam dalam air. Jari di kaki kiriku ye adik-adik, boleh terlipat habis. Ala macam korang suka ketip ketip jari tu kan. Kali ni memang habis dasyat siap bunyi prak. Dalam hati sah-sah la, ingat dah terkehel dah ni kaki ni. Eh, kaki ade main ayat kehel ke? huhu

Moral of the story is, sila jangan terlalu seronok melompat dan terkinja-kinja. Mesti benda yang sedih akan terselit sekali. Tak kira cepat or lambat, mesti punyalah.

Pesan orang tua kan, jangan terlalu seronok sangat, nanti mesti datang sedih.




Motipnya?



Aku sekarang tengah down ya amat because of few reasons. Mungkinkah sebab aku terlalu happy 2-3 hari ni? Possibility itu tinggi. Haha. Aku ada pattern aku. Kalau ada hari tu aku teralalu happy sangat, tomorrow or the next day mesti air mata jadi peneman. Tapi aku rasa, itu lumrah hidupkan? Biasa la tu, mana la hidup nak happy je semua. Mesti ada pasang surutnya, mesti ada pahit manisnya. Kena lah telankan?

I really hope that everything will settle down soon. IF, I my rezeki is not at that place, I'll accept it without regret. InsyaAllah.

I'll do my best. Hopefully.




No comments: