berpanas-panas dahulu, berbasah-basah kemudian?
oh
bunyi lain macam.
berhujan-hujan kemudian.
cuaca sekarang makin panas. especially kat shah alam. hands down. tempat lain tatau la pulak macam mana tahap panas dia, tapi shah alam. huyoh. berpeloh peloh.
kalau siang tu, tengah duduk-duduk sahaja pun menitik-nitik. malam, lagi la. tidur umpama sambil berpoco-poco/senam aerobik/buat marathon 25km anjuran standard chartered.
eventually, baju memang bertukar ganti macam ada orang gaji. kejap-kejap tukar, kejap-kejap tukar. menimbun bakul. basuhnya? er, kejaplah.
apart from cuaca yang meruntun perasaan dan jiwa ini, aku dah 2 hari tidak disuruh berkerja oleh bos. haha. suka tak? sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa. hari-hari bangun pukul 9 pagi. kadang terlajak 10 pagi. wadehel. rasa rugi 2 jam okek. selalu pukul 830 dah terpacak bangun dan mandi dan dan dan tapi sekarang kemain liat bangun. isk isk. so, tomorrow maybe boleh datang kerja tapi stretch la 9-5 which, aku rasa..entahlah. sama je kan. selama last month pun, hari rabu je la aku datang kerja. nan hado hari lain.
so time aku banyak terisi dengan baca journal/articles dan tidor bangun pisat-pisat baca tak paham ape dan tidor. haha. sades bukan. macam mana nak ngadap mr B hari jumaat nih. aiyoyoyoyo.
rezeki lebih aku nak beli kipaas yang ala-ala coolant tu. kasi sejuk sikit bilik ni. ada rumet, tapi kipas kecik untuk dia je. sedih kan.
itula namanya hidup bermasyarakat. kau nak hak kau sorang-sorang je, orang lain tayah peduli merana ke senang ke. asalkan, kau sejuk.
kita datang sini nak bako, bukan poco-poco!
No comments:
Post a Comment