Wednesday, May 4, 2011

siapa yang google klinik dr yohes ni?

kalau anda orang teluk intan, anda akan kenal dr yohes, dr tan.

itu je dua nama famous yang aku tau lah. yang lain-lain, sila ke kaunter z (takmo layan)

dr yohes adalah my family's dentist la kekononnya. kerana, arwah bapak dulu, dari zaman bergigi hingga ke gigi palsu adalah di situ sahaja. ye, bapak saya bergigi palsu. so? tapayah cover-cover noks. aku yang selalu gi dentist pun tau la, ramai gila kot opt for gigi palsu di usia emas (eh tetibe)

specialist dr yohes adalah..

1. gigi palsu
2. braces

itu je la yang aku tau. yang paling aku tau sangat adalah braces lah. kalau takat cabut ke, tampal ke, scaling ke aku malas layan. k next.

aku start pakai braces umur 14 tahun ke 13 tahun (ok lupa ingatan akibat makan semut). tujuan pakai pun tak tau la kenapa tetibe bapak kata jom gi yohess, check gigi. ok, gi check gigi seperti biasa, scaling harus ye sebab aku ada masalah gums at that moment lah. gusi berdarah, bengkak2 semua tu. aaahhhh, dalam tangan (gila bunyi berlagak)

tetiba dia check, cakap gigi atas aku berlapis, gigi bawah pun sama berlapis. apa kata kita buat braces?

er. aku... ikut kata tok ketua (bapak i lah) tok ketua kata, ok jalankan je. aku pun turut perintah anak anakkkkkkkk. so, at that time, rm2500 sahaja. gila cheap kan? sekarang. tataulah. malas nak amek port. (mentang2 da setel terus malas nak amek tau kan, memang dasars). kiteorang di teluk intan, kalau mampu pun takkan bayar sebulat bulatnya rm2500. mesti bayar rm500 as pendahuluan, dan kemudian every appointment kena bayar rm200.

so, aku rasa aku start di hujung tahun time aku berumur 13 tahun (mungkin). scalling, tampal semua jadah kena buat dulu. then, baru dia cabut. JENG JENG JENG. actually gigi bawah aku tak la berlapis teruk sangat, cuma tak straight. dia just cabut satu je kat bawah, tapi akar gigi adalah sangat panjang..dia siap pegang aku kat kerusi. ye, sangat takut. walaupun tak rasa sebab bius, tapi fefeeling cam kene cabut nyawa gak la kat atas kerusi tu. huhu. so, setel bawah, atas pulak dia cabut 2. wooo wooo. dah terus tak lengkap gigi iols seperti uols uols sekalian.

so pasang braces di gigi bawah, di awal bulan ramadhonnnn. memang menangis mak nak. baru pasang belum ketat lagi. dah ternganga, sebab gusi kena pengang. nak kunyah, sorry la. memang telan nasi dan sup semata. telan, bukan kunyah. penyahtinjaan? belakang kira. so.. gigi bawah aku ni masalahnya, terlalu rapat dengan gigi atas. which means, bila aku senyum, gigi atas akan automatically melanggar gigi bawah + braces = braces tercabut. yeeeeeeeeeeeeeesssss,itu la kerja aku takde keje lain. jap2 tercabut. nak makan benda keras memang berhati2. uhuhuhu. dr yohes, sah sah la marah kan. sebab katenye aku tak reti jagoooo. uhuuu~

dah lama sikit pakai, tiba-tiba (eceh saspen padehal tak) aku ada masalah kesihatan sikit, berehat 3 bulan. dah berehat continue balik. baru continue dalam 2 bulan macam tu, arwah bapak pulak meninggal. ye. aku rasa aku rehat setahun kut untuk pakai braces ni balik. hilang tempat bergantung ye. sian kat mak aku melayankan aku punya appointment.

pastu start pakai balik. dah pakai atas. terus semua orang cop tak comel. OHHHHHHHHHHHHHHhh, sentap hati mak nak. kata tak cute la, ape la. cam betty la fea la (da la tengah hangat cite tu. demmit) sebab aku pun pakai spek full frame tapi bulat. sangat fashion police nenong nenong.

tapi aku suka pakai braces because of dia tukar tukar band tu kan. jap2 aku pakai shocking pink, patu biru la, hijau la. ha yang hijau siap kene tegur lagi, weiiii, sayur terselit kat gigi. BODOS! meh sini mak lempang kau nak.

so era memakai braces adalah era di mana self esteem aku low. muahahahahaha dalam low low aku dulik apa. sampai la masuk matrik, aku bukak. dah la time tu nak ponggal kut. wahhh, cam menyambut sekali gitu. terus celebrate makan gado-gado (femes doe) kat bumbung biru.

and then bermulalah era aku...er, self esteem kembali sikit demi sedikit. makan pun, berhentam dan badan adalah naik sikit di matrik. ye, makan sedap kat matrik, wat pe nak tahan2. duh.


sekarang aku rindu nak pakai braces balik. tatau nape. roomate aku sekarang pakai braces. aku jaki tengok dia pakai getah yang sambung gigi atas n bawah tu (elastic band something tak hingat), berus gigi special lubang tengah. auwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww. suka.

ok. oh lupa. klinik yohes berdekatan dengan pasar sekupang. dekat dengan pasar besar teluk intan.









2 comments:

al said...

salam cik shima.. sekarang masih ade lagi ke buat braces kat klinik tu and harga berapa?

al said...

salam cik shima.. sekarang masih ade lagi ke buat braces kat klinik tu and harga berapa?