dah lama sangat tak hadap blog, 2 bulan lebih dah ni. nampak sangat ciri malas dan malas dan malas nak menaip tu memuncak. termasuklah part nak menyambung research. eh.
part research tu buat buat tak nampak. buat buat. nanti dapat panggilan maut baru terlompat.
ok ok.
sekarang ni dekat perak lebatkan pasal rotavirus. lebat lagi di hilir perak. kiteorang (read: me & mader) risau ya amat kat maklong & kandangah kat teluk intan tu takut-takut terkena virus. ye la, dah la tinggal berdua, nak harapkan siapa nak pergi check hospital bagai kalau dah tercirit birit ye dak. syukur alhamdulillah, until now so far so good.
yang tak goodnye kiteorang kat sini. hari isnin lepas mad atep demam, terus warded di Az-Zahrah Bandar Baru Bangi. abang baby ni memang low immune sikit bak kata ustoz ashraf muslim. last year siap complete package dengue & e-coli. so, wardedlah abg atep, cirit birit je, temperature mmg shoot 40 je. takut kena sawan tapi doktor pakar kata, budak ni level nak kena sawan most probably lagi tinggi dari 40. pantauannya, shot ubat demam + antibiotik. biasa la tu.
esoknya abang cik (bapak si atep) pulak demam. sekali watery diarrhea. jenis tak menahan tu. u should know kalau nak cirit tak bisa di tahan tahan ya, makanya berlari la orang tua ni gi toilet. sprint. pergi az-zahrah balik, terus admit. check darah, urine and stool. confirmed rotavirus.
nak dijadikan kes, mak pulak tetiba cirit lebih dari biasa. usually symptom paling common untuk patient yang ada colon cancer or sekitar bowel adalah cirit lepas buat rawatan. cirit tu boleh stop bila makan ubat tahan cirit yang doktor prescribed. tapi kali ni tak boleh langsung. dalam sejam 5 kali pit stop ke toilet. badan makin mengering sebab air dalam badan tak retain. we decided to admit masuk hukm la kan, in case anything happen, doctor sana boleh la buat something tapi...
takpalah. kiteorang masuk az-zahrah je. mintak dripkan I.V, then warded terus sebab suspect rotavirus. semalam dah check stool dan darah, mader is free from rota rota virus tapi, pottasium kurang sangat & tak dikhuatiri tak fit untuk buat kimo next monday.
so sekarang yang lawaknya, bangcik & atep satu bilik. mak bilik bawah. tetiga masuk drip. dah macam aksesori pulak dibawak berjalan. tapi atep & bang cik baru je keluar tadi tinggal mak je doktor nak pantau level pottasium.
me? setakat ni alhamdulillah sihat dan gigihkan menyihatkan badan. berdoa secara kuat agar tadapat la virus virus jadah sume ni kan. kang satu hal aku lak masuk hospital siapa pulak nak bawak mak pergi rawatan kat hukm nun.
sooooo, sila check diri anda bila dapat simptom2 ni eh -
1. demam
2. cirit air - meaning, kalau nak tercirit tu terus tersemburrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr (efek mesti ada) tak menyempat. then, keluar air bukan makanan sangat.
3. loya/muntah - sebab korang tak lalu makan. asal makan cirit perut kosong loya tu tinggi la.
4. badan rasa sejuk - air banyak keluar dari badan.
5. dehydration
maka, sila ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
lagi satu, jangan lupa minum air yang dimasak. air filter pun masak dulu weh. nanti kalau tercirit camano? malu tauuuuuuuu.
pretttttttt pretttt prettttttttt
ok bai
No comments:
Post a Comment