Baru je balik dari HUKM.
Bawak mak jumpa Prof Ismail. Routine kot ye pun.
Kali ni datang Bangi, semua berhangkut. Sebab berhangkut? Nak lari dari masalah. HAUHAUHAUHAU. Ok tak lawak pung. Saje je, sekali sekala bawak maklong & farris tukar angin. Amek angin Bangi. Dah lama sangat terperap kat Teluk Intan khen.
So, ke HUKM semua nak ikut. Kang kalau tak ikut mula la sorang sorang pening kepala nak masak apa, nak makan apa. Yang sebenonye maleh, tak gitu aunty R? HAHA. Di jadikan cerita, before gerak ke hospital, bangi dah start gelap gelita. Woohoo! Hujan lebat, Alhamdulillah. Tapi hujan lebat dari start rumah abang cik sampai keluar ke tol exit Kajang. Then, masuk ikut balakong tetiba tak lebat. Renyai-renyai. Sampai Bandar Tun Razak ala-ala je uols. Tak la lencun aku jalan dari Stadium Bola Sepak tu ha. Boleh lagi la jalan laju-laju padehal bladder time tu YA ALLAH. Siap doa dalam hati, jangan terkenc masa tengah jalan. Malu iols nanti.
So today, HUKM is a bit busy. Hari ni ada keberangkatan tiba Canselor (eh butui ke eje ni) UKM, Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan nak rasmikan birthday fakulti perubatan UKM yang ke 40 tahun. Pintu utama memang tak ramai orang lalu lalang. Lagipun ada macam orang yang jaga, bagi tak pijak karpet merah. Tapi, jangan khuatir, aku lalu siap pijak. Ampun! Tak sengaja yalls.
Yang aku konfiden ada pesan kat mak aku suruh tunggu pintu lagi satu. She knows HUKM well enough. Dah aku jalan pergi pintu satu lagi. Siap call lagi mak depan farmasi ke? Haah, depan farmasi ni, cepat la datang. Gitu. Lagi la aku cepat padehalnya mereka bertiga, iols bersatu. Eh. Sekali takde kat depan farmasi. Aku dah cuak dah. Ni depan farmasi dekat escalator la ni. Sekali tahap kekonfidenku hancur. Rupanya, theyols tunggu depan kaunter pendaftaran. Sekian. Mak konfiden cakap depan farmasi. Dah la ala-ala tak boleh lalu situ sebab ramai benau polis.
Tapi hari ni memang banyak aktiviti terlebih konfiden.
Sebelum masuk jumpa doktor, ada jugak patient nama Mariam.
Yang ke depan, mak aku dulu. HAHAHAHAHA. Padehal Mariam lagi satu.
Pastu, Aunty R pulak konfiden. Sibuk cerita pasal ICT. Dia pun konfiden, "sekarang ni kan ramai orang pandai ITC. ITC ni sekarang hujung jari je".
Selain dari ITC, pasal abang cik tengok kalender. Nak tengok tarikh sebenarnya. Dia sibuk cakap, "Abg cik tu mesti pakai kalender dari 4Life mak tu kan? Senang kan guna kalender tu tengok tarikh. Zap zap je".
Padehal Abang cik tengok guna Iphone dia.Apa yang zap zap pun aku tak paham. hahahahahah
Eh, banyak la mak dengan kakak dia buat lawak konfiden terlebih ni. Muka tapayah cerita memanggggg konfiden habis. Salah takpe, asal konfiden.
But that is just one of the reasons why I heart them most.
May Allah bless them with good health insyaAllah :)
Amin!
No comments:
Post a Comment