Sunday, October 16, 2011

jatuh terduduk tapi masih mampu bediri dan tersenyum

sebulan dua ini, hidup sedikit bercelaru.

ye.

bulan 8, down semahunya sebab telah di-smashed secara bertubi-tubi oleh dr B. dan akur dengan kehendak hati, aku menyepi diri dari dunia journal/articles. oh tidak lupa juga, tidak berkerja lagi. terlalu mengikut sangat emosi, mungkin. tapi rilekslah. bulan puasa bukan? enjoy sekali berbuka di sana sini dengan aim. at least, aku cakap kat dia, i need a time off. (time off katanya, tak tahan) dia pun layan. mana nak berbuka, dia belanja. BAHAHAHA. tapi terkadang, entahlah.

bulan 9, raya aidilfitri. biasa sahaja. dua abang tak pulang. kami sambut ber-empat. tetap meriah tetap ramai family datang. tetap makan turkey & kambing panggang. tetap ok tetap. masih bahagia. walaupun tak dapat beraya dengan aim sebab dia kerja di hari ke 2. so high betul company. --"

pertengahan raya, membawa family ke bangi. ingin lihat cucu baru. cucu gegirl malaysia. bukan cucu gegirl myanmar. sambil tu, adalah membawa family beraya sana dan sini. mengutip duit raya, takde pulak.

"kau dah 24, aku pulak nak rasa duit kau"


krik krik


koser nak layan.

di kesempatan tu, mak decided utk buat endoscopy di KPJ. well, the result was not good at all.

mak down.
aku down.
semua down.

tapi, hidup ini indah, mungkin ada hikmah dalam setiap kejadian tersurat dan tersirat.

sesedih mana aku di sini, sebanyak mana aku menitiskan air mata, di luar sana mungkin lagi ramai yang menderita.

cuma bezanya, kuat atau tidak kuat.

mungkin first few days aku tidak kuat. menangis semasa mandi? itu perkara biasa. konon cover lah mata sembap, hak tuih sama je. haha. habis kuat tunjuk positive attitude depan family. kau ingat senang? orang nampak dari luar gembira, sakan sana sakan sini. hati kat dalam dah macam kene langgar truck 36 tayar. digilis, siap reverse dan jalan.

tapi,


Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang. Maha Mengetahui apa yang terbaik buat family aku.





berpura-pura positif lama-lama positif juga kan?



and i need to smile more. full stop.























in other words, cancer runs in my family.