Wednesday, December 7, 2011

random 11 muharram 1433H

1. selepas berhempas pulas semalam, hari ini rasa macam pinggang patah, kaki lenguh, bahu tergeliat. erti kata lain, penat uols.

2. semalam, 10 muharram ayah meninggalkan kami. dapat tahu, masuk hospital, tak lama lepas tu, kak tina call menangis ayah dah takde. aku bawak kereta adalah seperti haram sambil vibrating. (terketo-keto)

3. balik kemas apa yang patut, terus shoot balik teluk intan lepas zohor. dan aku sampai pun tak sempat nak mengadap ayah. jenazah dah siap kapan, nak dibawa ke masjid.

4. ke tanah kubur, sempat usap muka ayah. alhamdulillah. manis aje muka ayah, macam yang ada dalam ingatan. yang suka senyum, yang suka tegur "shimaaaa (sambil sengih)". yang suka ajak aku makan. yang rajin menghulur duit kat aku walaupun dia tak kerja.

5. sekejap, lap air mata.

6. bab menghulur duit tu aku terkilan sangat. terkilan sangat sangat sangat.

7. tapi takpe, mama ada. aku usahakan duit gaji aku nanti (insyaAllah walaupun samar-samar, heh) mesti dapat rasa duit aku. just macam mana diaorang (mama & ayah) jaga aku dari aku baby lagi.

8. other than that, mak confirm kena chemo as the oncologist said yesterday. the first cycle will be starting on 19th dec. i'm hoping for the best, insyaAllah.

9. sekarang ini berikhtiar cara moden & islam. harapnya mak taklah berputus asa dan besar harapan aku nak tengok mak ceria dan dia kuat semangat. amin.

10. tinggi harapan nak bersemangat balik sambung study. doakan!






Sentiasa dalam doa orang-orang yang menyayangimu - Alwi Hj Mohd Bakhtiar (1928 - 2011) & Hj Hashim Salleh (1939-2002) Al-Fatihah.



Friday, November 18, 2011

saya rasa saya rasa

saya rasa sedikit lega

saya rasa sedikit gembira

saya rasa sedikit senang bernafas

saya rasa sedikit bahagia

saya rasa sedikit cahaya sedang masuk ke dalam rumah saya














Alhamdulillah. Mak sudah selamat operate, ketumbuhan dalam usus dia dah dibuang. tapi doctor ada cakap, the cancer ada spread area kelenjar and she needs chemo. But it's okay. my mom is a tough mother. I know her well. Aku rasa aku yang menangis berbaldi-baldi, sebab tak kuat nak tengok dia lemah.

heh.


Tapi Allah pun suruh kita berusaha, bertawakal, berikhtiar, berdoa.


Makanya, aku cuba tidak down, cuba tidak jatuh sakit, cuba tidak bersedih, cuba berlagak tough depan mak.






Hey, i'm trying. She's looking quite good now. Muka dah tak pucat (which is good), selera makan itu ada, penyahtinjaan yang bagus unlike before she was diagnosed (sonang cito berak lawas ah! :) )



Makanya dengan itu, all i can say is Alhamdulillah. Thank you Allah.









Sunday, October 16, 2011

jatuh terduduk tapi masih mampu bediri dan tersenyum

sebulan dua ini, hidup sedikit bercelaru.

ye.

bulan 8, down semahunya sebab telah di-smashed secara bertubi-tubi oleh dr B. dan akur dengan kehendak hati, aku menyepi diri dari dunia journal/articles. oh tidak lupa juga, tidak berkerja lagi. terlalu mengikut sangat emosi, mungkin. tapi rilekslah. bulan puasa bukan? enjoy sekali berbuka di sana sini dengan aim. at least, aku cakap kat dia, i need a time off. (time off katanya, tak tahan) dia pun layan. mana nak berbuka, dia belanja. BAHAHAHA. tapi terkadang, entahlah.

bulan 9, raya aidilfitri. biasa sahaja. dua abang tak pulang. kami sambut ber-empat. tetap meriah tetap ramai family datang. tetap makan turkey & kambing panggang. tetap ok tetap. masih bahagia. walaupun tak dapat beraya dengan aim sebab dia kerja di hari ke 2. so high betul company. --"

pertengahan raya, membawa family ke bangi. ingin lihat cucu baru. cucu gegirl malaysia. bukan cucu gegirl myanmar. sambil tu, adalah membawa family beraya sana dan sini. mengutip duit raya, takde pulak.

"kau dah 24, aku pulak nak rasa duit kau"


krik krik


koser nak layan.

di kesempatan tu, mak decided utk buat endoscopy di KPJ. well, the result was not good at all.

mak down.
aku down.
semua down.

tapi, hidup ini indah, mungkin ada hikmah dalam setiap kejadian tersurat dan tersirat.

sesedih mana aku di sini, sebanyak mana aku menitiskan air mata, di luar sana mungkin lagi ramai yang menderita.

cuma bezanya, kuat atau tidak kuat.

mungkin first few days aku tidak kuat. menangis semasa mandi? itu perkara biasa. konon cover lah mata sembap, hak tuih sama je. haha. habis kuat tunjuk positive attitude depan family. kau ingat senang? orang nampak dari luar gembira, sakan sana sakan sini. hati kat dalam dah macam kene langgar truck 36 tayar. digilis, siap reverse dan jalan.

tapi,


Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang. Maha Mengetahui apa yang terbaik buat family aku.





berpura-pura positif lama-lama positif juga kan?



and i need to smile more. full stop.























in other words, cancer runs in my family.










Tuesday, July 12, 2011

menanti yang tidak pasti

punya hati yang terlebih fragile this week.

telah berasa down teramat these few days, rasa dah downkan mak, downkan my sv, downkan diri sendiri.

especially dekat mak lah.

semalam mak macam tau tau je aku sedih, dia call.

resultnya, banjir pipi.

mak kata "tak apa, dah buat terbaik, doa banyak-banyak, hari-hari mak doakan shima"

ok.

aku terharu sangat. aku paling tak boleh bila mak cakap macam tu.

sedih bodoh.















mak i love you. thank you for everthing

Friday, July 1, 2011

postponed

kepala atuk kau.

dah prepare (walaupun tak sgt, tapi)

macam org gila, 2-3 minggu tido tak tentu hala

akhirnya

tak jadi

postponed until nov kot





i am so pissed but at the same time i am happy


so nak balik teluk intan dengan hati gembira

padehalnya, kalau balik lepas drp mesti lagi gembira kan?


sobs


bencikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkks

Tuesday, June 14, 2011

kenapa ya ampun!

watsuppppppppp.

quick update yall.

i've been stressing the hell out of me since 3 weeks ago. or wait, a month ago. since i got the email from my superior boss. ahhh, DRP will be held this 28th June.

*dies already*

i'm still gelupur edit my proposals and seriously, gua dah menyampah baca.

gua takut drp, tapi gua tak takut tido (ek?)

baiklah, harapan setinggi gunung agar berjaya submit this coming friday, then i can sing tgif like krazi. heh.


till then, doakan aku berjaya!




(padan muke menggelupur, dulu taknak menggelupur)



the end.

Wednesday, June 8, 2011

sometimes tak semua benda kena dengan kau

sejak dah berkerja, ada duit sendiri mesti nak beli macam-macam. mesti dah ada target everytime gaji masuk..

1. nak beli baju kat zara, sebab tgh in (eh macam aku je? ok next)
2. tudung/shawl baru
3. awning baru
4. kasut baru
5. jeans baru

serba serbi baru lah. sonang cito. asalkan masuk je gaji, terus laju-laju gi shopping mall, terus terjah shop yang diimpikan. dan terus membeli tanpa rasa regrets at all. ye la, kau nak regret apenye kan kalau dah memang ko punye target nak beli. (ok aku pun tak paham ape aku tulis, jap jap)

ok back to the point. pernah tak terpikir, baju or seluar or tudung/shawl yang ko beli tu actually tidaklah berapa sesuai dengan ko? sonang cite, tak kene gaya.

kekadang kita beli baju or segala kelengkapan tadi tu sebab ape? SEBAB APE? kalau aku, sebab ikut orang. YE, memang. aku suke tengok orang pakai cantik, so aku assume kalau aku pakai baju/seluar/shawl yang sama, aku automatic akan jadi super gorgeous macam orang yang aku ikut itu.

baiklah.

conceptions sumpah terpesong.

memang kene tuning sikit.

tak semua, TAK SEMUA yang kita tiru/ikut orang lain, bila kite sarung kat badan kita, akan jadi cantik. ye, tak sama ye. sekali sekala, mungkin. ataupun kau memang cantik, kau sarung guni pun orang kate gojes, memang tade hal. tapi yang berhal ni, nak sangat ikut trend sekarang, tapi.. tak cantik.

CAMANO nih?

aku tau, being bold is sexy. kau makan dengan kutukan/makian/cercaan ape an-an kat belakang, semua kau telan sebabnya ye lah. kau punye decision nak pakai semua tu kan. ok aku paham. tapi seeloknya, mintaklah pandangan orang sekeliling. jangan nak bodoh sombong sangat. tak mati dek keji lah kalau bertanya, mintak pendapat. seriously.

contoh macam pergi ke mall, jumpa satu baju tu. tapi kawan ko cuba dulu. memang cantik, tapi dia rasa tak sesuai dengan tubuh badan dia. dia letak balik. yang kau pulak jenis jaki ke dengki ke, terus grab baju yang sama without trying. dan bayar. adoi. jangan la desperate noks. tetiba bila try pakai, dah tak cantik. kan rugi tu. kan dah terpaksa simpan dalam almari. rugi wo rugi.

contoh lain, kau jenis color coordinate. abes semua atas bawah kau nak color sama. HELLO. sekarang color block ok. tulunglah. kau nak berfesyen tapi tak buat research. marah betul aku. (dan orang lain juga). macam shawl dan anak tudung tu kan, anak tudung tu tak perlu la nak coordinate dengan baju n tudung. huduih. tapi balik-balik ikut orang tu juga la. dia rasa dia cun, keep it up. tapi orang luar rasa dia tak cun, cano?














sorry la being harsh, kekadang perlu tegur gak. aku nak kata expert bab fashion ke color block ke tak juga, tapi banyak buat research (katanya #TKDMKK) pasal fashion, colors and stuff. kalau ye pun tanak mintak pandangan orang luar, tolong la bukak mata tu luas-luas. cuba google. banyak kut. sometimes, minimalist is sexy u know. don't over do it people.






i love you (tetibe amek hati) :P