Assalamualaikum!
Dekat setahun tak update, memang dasar malas menulis betul. No wonder I lost my touch oredi (gitew, padahal malas) Haha.
Ehem. Excuse me.
Sebenarnya, ikutkan hati taknak la tulis dah dekat blog sebab duniaku bukan di blog dah. Cewah. Gaya nak up je kan. Sekarang ralit layan Instagram, twitter, facebook pun dah jarang-jarang sangat. Sejak pakai phone yang sedikit 'pandai', i spent most of my times mengusha ig retis, ig orang cecantik je. Haha. Murni sangat hobi pengganggur ini.
Oklah. Oklah. Kata nak sembang serius kan. Maka, marilah!
Have you guys heard about endometriosis? To tell you the truth, it's a common illness yang 1 out of 10 women ada. Common sangat, sampai tak sedar pun ada penyakit tu. Magic sangat rasa. Simptom endometriosis yang paling obvious adalah, bila datang bulan akan senggugut sangat teruk. It's either, you terguling-guling di atas katil, sakit perut yang sakit sampai tak boleh function (eg: cannot walk, stand still whatsnot), pucat sebab sakit sangat and heavy bleeding, or sometimes irregular period circulation. Jap-jap datang, jap-jap cepat, jap-jap lambat (but sometimes ini dah didiagnose dgn prob dkt fallopian tube) Tapi part senggugut tu, hanya hari yang mengenal manikam (eh betul ke?) Kalau yang period tapi tak pernah rasa period pain as in senggugut, maka demi Allah yang Maha Penyanyang Lagi Maha Mengasihani, bersyukurlah. Bersyukur sangat-sangat, ok?
Jangan pulak mintak macam mana rasa senggugut. Lempang kang.
So, most of the patients with endo bergantung pada painkiller. Yeap. Ramai dah kata tak elok, sebab akan ada effect. To tell you the truth, every medicine ada effect. Kalau tak sekarang, later on jika dipanjangkan umur. Bila on painkiller, then baru boleh function. Dulu time tak tahu ada endo, I used to berguling atas katil, atas lantai atas memana lah asalkan selesa. Sapu minyak panas banyak-banyak, then selimut dan try to sleep. It never works pun. Kekadang even bunyi tapak kaki pun boleh buat kau irritated sangat rasa nak amukan. Dasar cakaran iblis di dinding rahim!
Makanya, if you have one of those symptoms, silalah cepat-cepat ke klinik or hospital berdekatan. Disarankan ke Dr Gyne untuk check what the hell is wrong. Takut nak terima kenyataan itu perkara biasa. Aku dulu tahu pun, dah besar sangat. Besar as in 6cm diameter dia and it grows setiap kali period. Kelakarnya rasa masa tu, sampai tak tahu nak menangis or nak diam je. For my case, I chose to eat traditional jamu which was Nona Roguy. Banyak ok jamu aku telan, detox, jamu apa tah lagi, dengan pahitnya payaunya. Menderita dalam 3 bulan jugalah tapi sebab fikir nak sihat, I should just go on and telan everything. Haha.
Malangnya, the thing grows to 10cm. Doctor ambil darah, and result darah untuk ovarian cancer yang normal ada between 0-35 but mine was 975 macam tu. Wayyyyy too high and dia dah concerned about me having an ovary cancer. Ct scan showed otherwise, Alhamdulillah but still risiko itu ada. Nak tak nak operate.
Pang pung pang (long story short)
I'm still alive alhamdulillah. Still recovering alhamdulillah. Still fighting alhamdulillah.
Untuk yang perasan macam ada je something wrong with you (selalunya kita memang tahu diri sendiri bila something is wrong somewhere) go and have a check-up. Check je demi kesejahteraan hati nurani dan fizikal. Tak rugi apa. Kalau ada, there are soooooooooo manyyyyyyyyyyyyyy available treatments yang doctor akan suggest. From oral (birth control pills, Visanne, etc) to monthly jabs (Lucrin, etc) Selalunya kalau kecil, doctor akan monitor and bagi pills, if besar sangat usually kena operate je lah. Key-hole operation or minor operation depends on how big is your endo...ok?
The key things is to make yourself stress free. Stress dalam hidup memang ada, but try to manage one. Truthfully, I'm still struggling but lama-lama pandailah kan. Asal stress je, pergi tumbuk dinding ke, conteng buku ke, tulis diary ke, karok lagu sedih ke. Lol. Mana-mana yang berhasil. One more important thing is, kena jaga makan. Please avoid, red meat, dairy products (milk, cheese sobsobs), soy products (sobsobs), processed foods (mcds, kfcs) and eat lotssssssssssss i mean ALOTS of fruits, vegetables, fish with high omega 3 (eg: salmon, tuna, mackarel senang cerita ikan je takyah fancy sangat) and white meat (isi ayam iaitu dada only). Kalau ada duit lebih, kita spend it on health food, kalau takde, kita buat mana yang termampu. InsyaAllah ada jalannyaaaaa.
Senang cerita, diet dia most likely macam cancer patient punya diet. Sama ada discipline or not je. Sekarang kan tengah popular, clean eating kan? Smoothies made from combination of fruits+vegs. Semua tu boleh google and you can try. Kalau tak kuasa, telan je la buah-buahan yang high in antioxidant such as berries, avocados etc. Kalau tak jumpa, makan je buah-buahan 'normal' dalam petiais tu. Haha. Kekadang fikir, nak sihat semua benda nak fancy dan mahal.
But....Itu harga untuk sihat. So, yang sihat walafiat tiada penyakit tu silalah bersyukur pada Allah. Yang tak sihat pun besyukur juga, Allah bagi penyakit sebab Dia taknak kau jauh dari Dia. Geddit?
Jangan cepat putus asa, Allah itu ada. Doa bebanyak ok?
Kita berusaha, berdoa, bertawakal.
No comments:
Post a Comment