Wednesday, February 9, 2011

takda ape pun nak pelik pelik dengan perangai manusia

manusia kat dunia ni memang ada banyak jenis perangainya.

kalau aku?

perangai aku ni kadang-kadang boleh predict, kadang-kadang tak. people do see me as someone yang tidak banyak bersuara. means, voice out my own opinion. aku memang tak bersuara sangat orangnya. ce check kat kelas. setakat second the motion ye. so people always think me as, orang yang mudah nak diperkotak-katikkan. yep, seriously macam itu. aku juga adalah manusia yang suka pendam perasaan sorang-sorang. luaran orang tengok happy, gelak-gelak, boleh melawak. dalam hati, i'm crushing alone. ada certain insan je yang aku boleh luahkan. ewah shima memilih dia!

tapi alhamdulillah, as time grows, as i am getting older (tua nyah, T___T) i am wiser. halamek. aku dah pandai nak voice out my own opinion. tak la pendiam macam dulu. sekarang ni pakai belasah je apa nak cakap, cakap je. HAHA. TAPI, i still cuba jaga hati orang sekeliling. walaupun orang kata, buat ape jaga, kalau orang tu tak jaga hati kau juga. I KNOW. itu betul. siapa kata salah? tapi dah aku suka jaga hati orang nak buat macam mana. heh. tapi kalau orang tu tak jaga hati aku, could i care less? no okay. tidak kesah. sebab aku percaya yang what goes around, comes around ; setiap perbuatan kau buat kat orang, pasti ada balasan. KAN?

so do try buat me sakit hati, try la. we will see how it goes (ayat nak dendam je kan. HAHA)




**ada orang perangai memang mintak kene kasut. satu kelas, satu bilik, kongsi the katil pun, tak boleh nak kejutkan kawan sendiri. yang terlewat mintak ditolong kejutkan, dijawab "salah i ke u bangun lewat??"

ohh, macam ni manusia. nak untung sdn bhd seratus peratus.

hello adik, walaupun moto hidup u, u nak live alone and not rely on others, that does not mean you can have a f***ed up attitude. macam takda perasaan keluar masuk bilik dengan satu coursemate yang supposedly ada kelas sama waktu dengan ko, tapi ko boleh la jual ikan takde langsung niat kat hati nak kejut kawan sendiri.wtf **


bikin aku panas pagi pagi.





mana abdul rahim ni? hish =___=




Tuesday, February 8, 2011

bukan tanak, tapi ..

dah selamat pulang ke Malaysia, alhamdulillah.

hari ni shah alam, kat seksyen 17 ada pasar malam. siapa yang duduk kat shah alam mesti alert pasal pasar malam kan? especially students. masa ni la ko nak stock up barang-barang basah like ikan, udang, ketam (slrpp) sotong, ayam, daging and also barang kering esp bawang-bawangan, sayuran la.

aku sebagai insan mithali, beli la bawangan, teluran, ikan bilisan (konon nak masak, we will see)

(gelak dalam hati)

memandangkan shah alam ni banyak jalan berlubang, dapat pulak pemandu yang terlebih berhemah like me asyik la kan tak nampak lubang pastu ape lagi, langgar la kan. pastu buat terjerit-jerit, "AH", "AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!", "OMAK!" dan sewaktu dengannya. sesiapa yang selalu naik dengan aku tu, boleh la dengar aku selalu terjerit bila terlalu lubang, or tak perasan bumper. ala, cam korang tak biasa? lalalalalala~

dah macam tu, sah sah la kan, tayar tu cam sakitnya, peritnya, kempisnya, kurang anginnya.

so decided nak pump tayar. kat petronas ss18. muka konfiden harus ada. padehal anak mata dok tengok orang sebelah pam tayar. HAHAHA. tidak boleh belah sekali shima.

dah setel pump (cukup rasanya sebab bunyi tet tet tet) pergi la isi minyak pulak. terperasan budak perempuan kat sebelah kereta myvi. ingatkan budak tu tunggu maknya isi minyak rupanya tak. aku kan mempunyai mata jenis yang suka tengok orang kan. haih. terus la tertengok budak tu dan terbuat eye contact. dah budak tu tetiba datang.

budak perempuan yang letih itu : kak, tanak derma ke kak?

gadis jelita : derma utk apa ye ni?

bdk itu : derma untuk pusat tahfiz tet tet tet (dirahsiakan)

gadis jelita : dari mana ni?

bdk itu : ***** kak

gadis jelita : eh jauhnya, bila datang sini (boleh tak ajak bersembang?)

bdk itu : oh tadi saya datang dengan cikgu saya (dia buat muka penat nak cakap)

gadis jelita : tak sekolah ke awak ni?

bdk itu : eh sekolah kak, saya datang dengan cikgu saya. dia pergi mintak derma kat tempat lain. dia tinggalkan saya kat sini

gadis jelita : erm. amek la ni. (dalam hati nak cakap, ko amek buat makan tapi..)

bdk itu : mekasih kak, moga Allah rahmati hidup akak.


ye konklusinya? gadis jelita tu aku.


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA


eh eh, tak. aku paling pantang budak-budak ni dipergunakan untuk kesenangan kau. kau paham tak ??(sambil buat muka bengis tapi still comel). kau boleh la senang hati letak budak tu kat tepi jalan, kat tepi petrol pump suruh mintak derma. dah la perempuan, kecik aku rasa (umo macam 12/13 tahun). entah-entah kau elok je lepak dalam kereta ke van pasang air cond. sian budak kecik itu ok. mesti la dia nak belajar. belajar jadahnya kalau mintak derma macam tu. dari ***** pagi2, bersekolahkah namanya? mesti la tidak. perjalanan je dah berapa jam kan? itu yang kadang-kadang aku tanak derma, tapi lebih nak bagi budak tu beli makanan. tapi kalau aku bagi, dan 'bos' dia nampak dia beli makanan mau pulak kene balun kan?


sian ok sian.




sila jangan nak pemerdagangan manusia sangat ok,walaupun anda berlandaskan utk membina pusat tahfiz ke, madrasah ke. itu still budak kecik, diaorang datang situ untuk belajar agama dan menuntut ilmu. bukan untuk berdiri berejam-jam, penat, berhujan panas, sekadar untuk meminta derma. aku tau itu menderma itu adalah amalan yang terbaik sekali. banyak pahala, tapi bukan cara macam ni. please stop using kids/students as your tools ok?


aku report kang report

Thursday, January 27, 2011

sanggup tak sanggup belakang kira

"peng peng", bunyi tembakan pistol kedengaran.

"Ah, kemana aku nak menyorok ni?", getus hati kecil Raman. (bukan nama sebenar)

"Raman!!! pssttt, Ramann!!! sini sini!!" bisik Jovi (bukan nama sebenar lagi) ke arah Raman yang hanya 50 meter dari tempat dia menyorok. Raman terus memandang Jovi, Jovi pandang Raman dan mata bertentang mata, terlahirlah sinar kosmik antara pancaran mata mereka berdua.

Raman mendapat isyarat dari Jovi untuk berlari ke arahnya. Raman cepat-cepat tunduk dan berlari sepantas kilat ke arah Jovi. Nafas Raman tercungap-cungap. Dadanya berombak-ombak mengambil nafas. Tercungap-cungap Raman, Jovi hanya mampu memandang. Bunyi tembakan masih kedengaran.Makin lama makin kuat. Semacam hampir dengan kedudukan mereka menyorok. Muka mereka berdua, kalau ditoreh pasti darah tidak mengalir.

Cemas. "Telefon bimbit entah ke mana tercampak. Mungkin masa berlari tadi, ataupun memang dah tercicir sejak mula? Arghh. Marahnya aku!",Raman bermonolog sendirian. Kemana nak minta pertolongan? Peluh sejuk mula membasahi dahi. Raman lihat Jovi. Jovi lihat Raman. Masing-masing pucat lesi.

Tiba-tiba..


"HOI!"


to be continued..




.
..
...
....
.....
......


tetibe fefeeling menjawab kertas periksa BM untuk SPM. haha. aku dulu tima sekolah menengah memang sangat-sangat suka mengarang. kalau cikgu dah kasik limit 300 words je, aku boleh belasah 450 or 500 ppt (eh lame tak gune lah! haha). sebab ape aku boleh mengarang merapu? sebabnya aku geng-geng dengan orang merapu. HAHAHA. tidak. tipu saje. aku dulu sangat suka kat cikgu bm aku tu, dah la kecik, petite, comel, putih melepak, best, cikgu pakar hah serba lengkap kau. aku dah la duduk depan sekali, depan dia kan. konon nak sedut ilmu. bm lepas, fizik tak lepas. nan hado. hahahahaha. eh aku merepek ape pasal fizik pulak ni? isk isk.

ok back to topik. setiap kali kalau ada kena buat karangan memang first choice adelah karangan tidak formal dan ceritera. omjay. ceritera aku taip. ala, kiranya karangan yang ko boleh sembang kencang gitew. imaginasi aku time itu memang tinggi. selalu la kan masukkan dialog-dialog puitis kenot go, cam situasi cemas ke ape ke. memang dalam kasut aku lah! tapayah susah-susah pikir. tangan sentiasa laju, siap mintak tolong fariza urutkan sebab lenguh menulis (OVER!)

tapi sekarang pun aku still menulis laju. taip pun sama (ini tade sape sangkalkan? lalalala tapi still kalah dengan eena. pfftt~)

motifnya sekarang, aku dalam phase reading. kena membaca berapa journals sampai lebam. eh jap jap tak lebam lagi, haha. aku belum sempat lebam dah selamat di perbaringan kroh kroh. itu aku la tu kan. memang tak sempat apa terus pengsan tidur. hahaha. eh tadi aku nak cite pasal ape? oh. pagi tadi lepak library. bawak laptop sebenarnya dengar lagu fly like a g6 (kau hado?nan hadokan?) patu terdiscover journal physics yang dah out-to-date tapi still boleh diterima akal la oleh aku, kalau ipsis maybe tak. boo shima boo. terus la aku laju-laju pergi fotostet sdn bhd. aku kan peghak sket. mengaku tak bagi salam tul shima ni. cheit.

sebagai orang yang peghak, aku kan cecita dulu yang ultimatenya nak jadi cashier. pastu tukang potostet gitew. kiranya second cecita dah tercapai! aku berjage mempotostet 15 pages. muka konpiden itu harus yew. walaupun ada la makhluk tuhan yg tidak seksi dok menyendeng kat tetepi aku konon nak potong line la. sori sket kak, dok belakang k? (ok ni pun nak dialog gak ke shima!pang!) sebabkan derang la harus la aku punya potostet jadi senget benget. like what?

senget benget sampai yang last page terus tak dapat baca apa jadah. haha. aku peghak sangat sampai tak boleh nak konsentret at all kat mesin potostet terbabit.

ni aku salahkan bebudak dua orang tu la, dok pandang aku potostet.



tau la aku cun kan. sebok je.










PANG!

bila melompat tinggi dan tersembam ke tanah

Selalunya bila kita melompat tinggi mesti landing ok je kan. Tapi tak selalu juga bila melompat, kita dapat landing dengan betul. Dalam erti kata lain, kaki tidak terpeliot (pelik beno ejaannya, tak gitu?) Haish shima, terpelecok la!

Dalam terjatuh mestilah sakit kan kaki tu. Cepat-cepatlah cari minyak panas, urut bagi hilang bengkak or surutkan bengkak pada urat kaki tu kan. Jangan jadi cam aku ni. Dulu punya terpelecok pun tak setel lagi =__=". Ye, aku dulu terpelecok di PD, sewaktu main bola kat laut. Kononnya mengganas nak mengejar bola, aleh-aleh bola tah mane, aku yang jatuh tersembam dalam air. Jari di kaki kiriku ye adik-adik, boleh terlipat habis. Ala macam korang suka ketip ketip jari tu kan. Kali ni memang habis dasyat siap bunyi prak. Dalam hati sah-sah la, ingat dah terkehel dah ni kaki ni. Eh, kaki ade main ayat kehel ke? huhu

Moral of the story is, sila jangan terlalu seronok melompat dan terkinja-kinja. Mesti benda yang sedih akan terselit sekali. Tak kira cepat or lambat, mesti punyalah.

Pesan orang tua kan, jangan terlalu seronok sangat, nanti mesti datang sedih.




Motipnya?



Aku sekarang tengah down ya amat because of few reasons. Mungkinkah sebab aku terlalu happy 2-3 hari ni? Possibility itu tinggi. Haha. Aku ada pattern aku. Kalau ada hari tu aku teralalu happy sangat, tomorrow or the next day mesti air mata jadi peneman. Tapi aku rasa, itu lumrah hidupkan? Biasa la tu, mana la hidup nak happy je semua. Mesti ada pasang surutnya, mesti ada pahit manisnya. Kena lah telankan?

I really hope that everything will settle down soon. IF, I my rezeki is not at that place, I'll accept it without regret. InsyaAllah.

I'll do my best. Hopefully.




Sunday, January 23, 2011

Cara mudah nak mendapat seronok

Hari Selasa lepas balik ke TI lepas subuh. Gigih tak? Gigih sangat (tolong jawabkan). Settelkan everthing yang perlu disetelkan di TI. Rabu, rushed back to Shah Alam. Konon di hati berniat (niat ye) nak balik lepas breakfast. Alehnya, mak pergi kelas Arab dia pukul 9, aku masih di perbaringan. Breakfast on a bed. Pfftt. Bangun pukul 10 dah cemas-cemas kemas. Mak balik cakap, "sila pulang lepas zohor".

OKAY MOTHER perintah diturut. suka sebenarnye


Lepas zohor balik Shah Alam. Sampai je, kemas apa yang patut. Terus pergi kotadam, ikot jalan belakang. Lepas hafal segala instruction Eena dalam bahasa Kelantan, lepas la jugak aku ke kotadam tapi tersalah turn di akhir garisan. Haha. Tapi selamat je, naik atas batu caves (rumah eena). Semput bawak naik bantal, beg baju, dengan selimut bagai.

Malam itu dispent dengan makan chicken chop di rumah orang, pergi cineleisure konon nak tengok khurafat (isk isk) tapi nasib baik sold out! Yes Yes. Tengok malam-malam can lead to many other things yang tidak seronok. Last choice, we ended up with karok! I love karok-ing. Dapat lihat ye Eena dengan Kak Asmida punya peel. Gila kelakar ended up sakit perut gelak sampai sekarang. Siap cerita kat Aim lagi Eena punya style nyanyi. HAHAHAHA. Sorry nyah, ko best sangat tu yang kene share dgn aim. lalalalal ;P

Esok pagi-pagi (pagi la sangat) bangun siap pergi Jalan Tar. Menjadi gila sebab beli tudung thai silk awning. Cantik gak cam Ariani. Ok la tu kan, pakai tade siapa selak selak brand pun kan? Pakai ikut selesa and penting sekali cantik.

Dah setel beli semua barang yang dikehendaki oleh masing-masing, pergi Curve balik. Niat di hati mereka (bukan i) nak tengok khurafat. OMG. Memang tengok la kan, pukul 630 punya show. Damn. Dah la duduk tepi dinding tak boleh nak nyorok-nyorok. Aleh-aleh guna tudung buat style purdah. HAHA. Overall, khurafat bagiku memang seram tapi sebab tak tengok sangat sbb almost 90% tutup muka dengan tudung kan. Haha. Jadi, yang berani lagi tegar jiwa raga silalah tengok dan jangan tutup mata cam aku, kak asmida dan eena. Eena lagi seram, tutup mata dengan rambut. Cam haram. Tengok dia lagi seram dari tengok movie.

Balik tu singgah beli makanan. Teringin nak minum milo ais tapi jatuh ke jalan raya. T___T
Sedih ok, muka nak nangis tapi sempat dicover dengan berlari ke kereta mendapatkan bantal. Haha. Last minum air cincau sejuk je. Booooo. Sedih.

Malam tu, hiburan adalah bermain Old Maid. Bak kata Eena dengan Kak Asmida, instinct diaorang memang tepat. Diaorang dah rasa aura-aura old maid kat aku. Cis. Main tukar-tukar tempat pun still jadi Old Maid. Boleh cemtu? Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! Hahahaahahah
Tapi happy gila kot. Serious.

Lain kali kita lepak lagi. Ini sungguh fun!









** Benci gila taip ayat camni. SO NOT me tapi saje je try. hua hua **

Sunday, January 16, 2011

pagi pagi lagi dahhhh....

sejak aku duduk rumah sewa baru ni, (name pun baru kan, roommates pun sah-sah freshly baked from oven), kenalah rajin bersuai-kenal dengan diaorang. aku kan freshie, diaorang dah super super senior. maksudnye? akurrrr akan ketentuan toqdiiirrrrrrrrrrrr ;P

contoh takdir yang betul-betul buat aku hangin di pagi hari yang murni adalah...


bunyi alarm handphone


ok. mmg tak big deal pun. dulu time kat rumah sewa lama, serentak tiga orang kot handphone buat konsert secara jemaah. no big deal at all. layan je kepala. siap sambung tidur lepas tolong snoozekan henfon zila/nonot time tu. rajin tak bertempat.


tapi kali ni, memang meruntun perasaan sangat. sebabnye? pagi-pagi tepat pukul 5 am, dah dengar ayam berkokok. 10 minit pas tu lagu "Sorry seems to be the hardest word", ala blue feat elton john tu. by the time rumet snooze, then serentakkk kauuuuuuuuuuuuuuu kokok + karok.
aku yang tak bangun ni pun dalam hati siap nyanyi2 lagu blue tu. ahahahahahahahahahahaha.

emosyiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!


ayam kokok style ayu



+





kumpulan blue nyanyi lagu sorry seems to be the hardest word mendayu-dayu gak





=



rasa nak slam kepala kat dinding. ooooooooooooooooooooooooohhhhhhooooooooohhhooooooo~



tapi tak slam pun. cuma emosyi je lebih. hahahahahahahahahahahahahaahahahahahhahaahhahaha. patu datang dengki aku tukar alarm ringtone lagu korea bising-bising.



*pangggg!



Thursday, January 13, 2011

bila yang sepatutnya menjadi...

salam u olss~

hari ini progress diri adalah ya amat lembab. rasa nak melempang diri sambil tu emosi sebab melembab sangat. haha.

dalam perasaan penuh lembab itu, sempat juga shopping sorang-sorang di Tesco, Sec 13, Shah Alam bukan Setia Alam (jadah, name pun section 13. pffft). siap tulis list because tanak terlebih bajet membeli. bajet dalam hati adelah rm50 sahaje, tetapi bajet dalam resit adelah rm90. list tah kemane, mata merambang tak kemane. gagagaga. itu pun ada hati nak beli bahan mentah seperti, ayam, udang (tengah murah kot tengok ramai gilaaaaaaaaaaa berebut pilih tadi -__-"), nugget/hotdog, or buah-buahan. leykin leykin, itu bukan aku pun sejak dari dulu. i mean dari rumah sewa dulu celah mane je aku beli ayam or udang, or ikan, or buah-buahan. dulu takat beli hotdog, fishball and fries je. fruits pun boleh bilang la dengan jari berapa kali beli. hahahahahaha.

sungguh tak sihat pola pemakanan ku.

dah nama pun shopping sorang-sorang, dah terbit status "tetiba rasa loser" ;P i was all alone, pushing the trolly here and there, from the stationaries section until the beras section you know. sangat teliti satu-satu aku belek (macam rumah dok sorang, pfffttt) itu pun terlepas pandang kat mana milk section. *lempang berdas das pada diriku* tapi lepas taip status kat FB camtu, ramai la pulak kan aku tengok sorang-sorang tolak trolley, dok belek-belek items cam aku. dan-dan itu tak rasa loser. sekian. patu tengok jam, oh, orang lunch time, of course la kan ramai isi masa terluang dengan stock up barang dapur. boo shima boo.


moral of the story, sebagai budak master yang masih tidak punya pekerjaan (please sks, please accept me, i need moolahhh!!) kene tukar konsep, single lebih baik dari double. which means, u will ended up being solo to go here and there rather than beramai-ramai macam zaman degree dulu. yep, dulu aku hidup dikelilingi roommates, coursemates, housemates jadahkan. sekarang?


i am a proud lone ranger.





proud la sangatkan. sekali kalau jumpa eena ke, lin ke, aju ke mau terkinja kinja rupa. hahahahahahaahahahahah.




sekian diari hari ini.



** marilah ke pangkal jalan shima. go and read those articles and journals sampai lebam, bukan facebooking sampai lebam**

*** roommates baru ajak tengok drama korea pulak. how? ***

**** tolong lempangkan aku (ikut versi ana rafali okek?) ****