Tuesday, February 8, 2011

bukan tanak, tapi ..

dah selamat pulang ke Malaysia, alhamdulillah.

hari ni shah alam, kat seksyen 17 ada pasar malam. siapa yang duduk kat shah alam mesti alert pasal pasar malam kan? especially students. masa ni la ko nak stock up barang-barang basah like ikan, udang, ketam (slrpp) sotong, ayam, daging and also barang kering esp bawang-bawangan, sayuran la.

aku sebagai insan mithali, beli la bawangan, teluran, ikan bilisan (konon nak masak, we will see)

(gelak dalam hati)

memandangkan shah alam ni banyak jalan berlubang, dapat pulak pemandu yang terlebih berhemah like me asyik la kan tak nampak lubang pastu ape lagi, langgar la kan. pastu buat terjerit-jerit, "AH", "AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!", "OMAK!" dan sewaktu dengannya. sesiapa yang selalu naik dengan aku tu, boleh la dengar aku selalu terjerit bila terlalu lubang, or tak perasan bumper. ala, cam korang tak biasa? lalalalalala~

dah macam tu, sah sah la kan, tayar tu cam sakitnya, peritnya, kempisnya, kurang anginnya.

so decided nak pump tayar. kat petronas ss18. muka konfiden harus ada. padehal anak mata dok tengok orang sebelah pam tayar. HAHAHA. tidak boleh belah sekali shima.

dah setel pump (cukup rasanya sebab bunyi tet tet tet) pergi la isi minyak pulak. terperasan budak perempuan kat sebelah kereta myvi. ingatkan budak tu tunggu maknya isi minyak rupanya tak. aku kan mempunyai mata jenis yang suka tengok orang kan. haih. terus la tertengok budak tu dan terbuat eye contact. dah budak tu tetiba datang.

budak perempuan yang letih itu : kak, tanak derma ke kak?

gadis jelita : derma utk apa ye ni?

bdk itu : derma untuk pusat tahfiz tet tet tet (dirahsiakan)

gadis jelita : dari mana ni?

bdk itu : ***** kak

gadis jelita : eh jauhnya, bila datang sini (boleh tak ajak bersembang?)

bdk itu : oh tadi saya datang dengan cikgu saya (dia buat muka penat nak cakap)

gadis jelita : tak sekolah ke awak ni?

bdk itu : eh sekolah kak, saya datang dengan cikgu saya. dia pergi mintak derma kat tempat lain. dia tinggalkan saya kat sini

gadis jelita : erm. amek la ni. (dalam hati nak cakap, ko amek buat makan tapi..)

bdk itu : mekasih kak, moga Allah rahmati hidup akak.


ye konklusinya? gadis jelita tu aku.


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA


eh eh, tak. aku paling pantang budak-budak ni dipergunakan untuk kesenangan kau. kau paham tak ??(sambil buat muka bengis tapi still comel). kau boleh la senang hati letak budak tu kat tepi jalan, kat tepi petrol pump suruh mintak derma. dah la perempuan, kecik aku rasa (umo macam 12/13 tahun). entah-entah kau elok je lepak dalam kereta ke van pasang air cond. sian budak kecik itu ok. mesti la dia nak belajar. belajar jadahnya kalau mintak derma macam tu. dari ***** pagi2, bersekolahkah namanya? mesti la tidak. perjalanan je dah berapa jam kan? itu yang kadang-kadang aku tanak derma, tapi lebih nak bagi budak tu beli makanan. tapi kalau aku bagi, dan 'bos' dia nampak dia beli makanan mau pulak kene balun kan?


sian ok sian.




sila jangan nak pemerdagangan manusia sangat ok,walaupun anda berlandaskan utk membina pusat tahfiz ke, madrasah ke. itu still budak kecik, diaorang datang situ untuk belajar agama dan menuntut ilmu. bukan untuk berdiri berejam-jam, penat, berhujan panas, sekadar untuk meminta derma. aku tau itu menderma itu adalah amalan yang terbaik sekali. banyak pahala, tapi bukan cara macam ni. please stop using kids/students as your tools ok?


aku report kang report

No comments: