SMALL MATTER !!!
Percayelah bahawasanya aku pun tak percaya diri sendiri boleh bangun seawal ini. heh. Ok berbalik pada tajuk entry, aku tetibe nak share tips-tips lah. BAJET pekerja cemerlang memang begitu peelnya. tak boleh buat ape dah. huahua
ok lets start!
1. sebelum subuh dah bangun untuk solat subuh
wah, ini bener-bener pekerja cemerlang. sekarang subuh kan lewat, dalam 610 macam tu sah-sah la kalau set jam pukul 6 korang dah bangun subuh sebelum azan. haha. tidak lawak. ye, itulah aku seminggu ini (woo, tak percaya diri sendiri) haha. tak set jam, mata otometik pukul 6 terjaga eventhough aku tidur pukul 3. amazing? i am amazed too. booo. bila bangun, terus teringat "alamak, nak masuk main campus kene cepat!". okay, spare me waktu punch in adelah pukul 9. KEJADAH KAU SHIMA EXCITED? lalalala
2. eh sebelum tidur dah siap iron baju + tudung + pikir kasut nak match
sepatutnya ni no 1. eh peduli. tips-tips ini kan aku yang tulis. suka hati la susunan macam mane kan (padehal malas cakap je la) malam sebelum sibuk nak tidur tu, dah keluarkan pelbagai fesyen baju dan tudung lagi terkini untuk kerja esok hari. iron mesti sharp so that tak sememeh. ada orang pagi nak pergi kerja pagi tu la baru iron pilih baju semua kan. aku tak boleh macam tu. memang akan kalut patu mula la terbakar tudung la, terbakar baju la. eh eh. kasut nak match tu tak la sangat. sebab aku pakai flat kaler hitam, memang la matching sangat. tapi telah mencederakan kakiku luka berdarah pilu. sobs
3. breakfast untuk tenaga
ye rakan, lepas subuh buat air milo dan makan roti. ok pagi ni lupa makan roti sebab dah terlewat. breakfast is important ok. tak dapat roti, air milo pun okek. nanti pandai-pandai la curi tulang pergi kafe makan nasi lemak telur mata 2 bungkus. heh. (bukan aku) lalalalala. kenapa kene tenaga? seperti sedia maklum, main campus uitm shah alam takde lif dari tempat parking. kau nampak tanggaaaaaa je semedang. mane-mane ko pergi, eh tangga? eh tangga lagi? omg, bila nak abis tangga ni? dan kau akan tersemput seperti pakar motivasi pagi ini. sebab apa? tiada tenaga.
4. parking di tempat paling hampir dengan tempat kerja
kenapa kene park paling dekat? agar ko tak penat bila sampai di tempat kerja. YES! dan tidak berpeluh juga. semuanya adelah untuk menjadi pekerja cemerlang. walaupun kau takde sticker staff/student lagi, tidak mengapa. banyak cara sebenarnye. kalau kau student yang skema macam aku, eh maksud aku baik tamo cari masalah dengan pak guard (tak mengaku), kau park la kereta di padang kawad and kemudian hop on lah dalam bas uitm yang berderet itew. ye, tiada masalah. pastu ko semput la naik tangga batu caves =__=" tapi kalau ko bijak macam pakar motivasi hari ni (hari ni je, esok lusa tatau lagi) ko park la di kawasan staff yang pak guard jarang-jarang buat ronda. WAH! ni tips paling bijak aku pernah tulis (dan pikir,haha) aku hari ni mengambil kesempatan park berdekatan ptar, sebab semalam aku pergi konon nak naik bas la, pastu abang driver bus kasi tips cakap "dik, bawak je kereta park je mane-mane ko suke". INI MEMANG BRILLIANT!
5. punch in card sampai 2 kali
nak tunjuk sangat ko tu pekerja cemerlang, ko punch in card ko 2 kali. macam pakar motivasi semalam. memang bangga la bos tengok. terus naik pangkat jadi vc. padehal tak perasan kat punch machine tu set button out. takpe, yang penting usaha, tawakal dan doa (ok tade kaitan)
6. duduk dalam gallery dan berbuat pandai seperti sekarang
untuk menunjukkan rupa seorang siswazah dan pekerja cemerlang, sila tiru ini. walaupun ko takde ilmu pasal tempat kerja baru ko (khas utk orang yang baru di tempat kerja), muka buat-buat pandai itu harus ada. bila pengunjung datang, terus bangun dan greet. bila derang tanya, ko jawab je ikut logik. duh, like sekarang la. confidence itu penting ye. walaupun tak pandai cakap, kalo ko pandai gebang orang ah, itu memang terbaik der
7. mengelap, menyapu, mengemas apa-apa yang patut
kat tempat kerja, kalau desk korang macam serabut, silalah kemas. bila bos lalu, tenang je dia tengok. ini kalau serabut, dia tengok ko pun ikut sama serabut. macam mana nak jadi pekerja cemerlang macam tu kan? kerja lintang pukang, file tah kemana, bila mintak tak jumpa (padehal alasan senonye tak siap lagi. huahua) so, kemaskan ape yang patut. macam aku, tapayah buat ape2, sebab first day dah kemas (bajet kekemasan itu akan berlarutan sampai sebulan)
8. sambil jaga gallery, sambil tu buat kerja sampingan
ini memang kebolehan semua orang aku rasa. tak payah kasitau memang pandai je cari peluang. maksud kerja sampingan ini bukan buat MLM ataupun jual insurans. ko online sambil2 bloghopping, baca bharian, bukak fb sume. haha. ini seperti pakar motivasi sedang buat je?
9. greet everyone who comes in the most wonderful manners
ah, ini cam customer service gak kerja aku. bila ade orang masuk, aku ada 2 options. satu, duduk je diam depan laptop cam patung or aku bangun and tetibe explain. haha. semalam ade budak laki 2 orang terkejut ternampak aku dalam gallery =__=" siap mulut ternganga. aku tau aku cun, sila tutup mulut nganga tu. pang!
10. tips terakhir mestilah teragung lagi bedaulat
untuk student macam aku yang kerja macam ini, waktu ni la ko nak baca journal & review at the same time. ah, tapi untuk aku macam tak berjaye. sian tak? aku adelah manusia easily distracted. dah la tempat macam fefeeling oversea. sejuk ye. helpdesk (tak menahan ayat) betul-betul sebelah tempat aircond keluar dari lantai. aku duduk situ buat muka beku. mungkin jugak budak tadi (rujuk no 9) terkejut lihat muke aku. hahaha. read your journal and do the review. sebabnya? kondisi tempat kerja adelah yang terbaik, senyap dan tiada gangguan kecuali lelaki kacak (saya setia orangnya) kena la cuci mata, berkabus ok contact lens i.
cukuplah 10 tips. tak penat pikir pun, tapi penat stalk orang kat facebook. HAHA. eh tak. aku sedang bukak google scholar, silalah percaya. percaya ok? eena ko percaye aku kan? kan ? jom gtalk jom (eh tadi bukan nak bace journal ke?)
shima sila baca journal sekarang!
No comments:
Post a Comment