Monday, February 21, 2011

hari yang semuanya tak menjadi

hari ni isnin, 21 february 2011 or 21022011

cam cantik je tarikh tapi bagi aku same je.

i am currently having my monday blues, padehal kerja 3 jam je kan. ape jadah nak monday blues pun tak tahu. hahahaha ;P

hari ni, memandangkan aku cuti-cuti malaysia, bangun pun terlewat sedikit. terus motivasi pagi down melaut. ye, aku pagi ni sakit-sakit badan dan senggugut (bukan sesungut ye adik-adik) teruk sedikit. huuuu. bayangla pagi ni, muka sembab, baju tak iron, tudung tak iron, air dalam botol tak isi, breakfast untuk suami tak siapkan. eh eh.

hari ni, aku iron baju adalah dengan perasaan hambar sekali. baju kurung noks. very the lah kan, nak kasi licin nak kasi sharp kat lengan kain semua tu. huu. dah la mengantuk padehal tidur pukul 12 tu. pelik pelik. tudung pun iron ala kadar je. haha. nampak sangat blues teruk sangat.

tiba time nak pakai tudung, adalah azab bagiku. oi oi jangan salah anggap pulak aku berasa azab nak pakai tudung eh. tudung bawal itew tak memberikan cooperation kepada ku. macam tau tau pulak kan aku dah memang lewat, bantai pulak tanak mengikut bentuk muka. alaaaaa, kalau korang pakai tudung bawal mesti ada certain time tudung terbabit akan berasa degil untuk dibentuk dan dibedung. kejap-kejap senget ke kiri, kejap-kejap ke kanan, pastu paling teruk langsung tak ikut muka. sepertinya kau tak reti langsung nak pakai tudung bawal. YA, ITULAH YANG BERLAKU PADA PAGI TADI. aku dah lah rasa vulnerable gila dari semalam (gedik) tambah pulak pepagi dah lewat kan. haish.

pastu terus tukar tudung awning. auwwww. terus fefeeling opah-opah tetiba. kahkahkah. tetibe teringat eena pakai baju aku memang macam opah-opah. wakakakkakaka. tak tahan. adeh.

say no to tudung awning when your face is so sembab and tak ceria. bila sarung tudung awning terus rasa nak bakar je. haha. siap komplen depan cermin, eh asal muka macam ni sekali. dulu okey je. ha kauu, dulu okey tak tahan tu. hahaha.

aleh-aleh pakai shawl je. senang. balut kepala pusing-pusing taraaaaaa. done.

berlari ke kenderaan seperti pelesit naik moto ex5. tapi still kene tunggu sebab enjin tak panas. huks. emosyi lagi. sampai kat main campus pun kene tunggu bas pulak.

so hari ni, tak sempat breakfast. jam tangan pulak mati, tudung tak ikut muka. muka sembab macam baru lepas nangis (memang pun) kahkahkah and i am feeling down. aircond kat gallery pulak takde. hoi hoi. emosi.



random : dengar suria.fm pepagi. apesal macam tak berapa nak lawak? ke aku je sebab emo di pagi hari? bahahahah.


i am a red.fm, fly.fm & hitz.fm fan. wooohoooo (tetiba tak sedar diri) haha











oh, tayar kereta macam kempis je. dah la tak berapa reti nak isi tayar. haihs =___________="

No comments: