bunyi lempang kedengaran di udara.
hari ni sepatutnya aku kerja, tapi sebab dah ganti hari isnin dengan najwa, aku free for today. hoyeah! (tetibe cite padehal orang tak tanye, tak malu punye shima) tapiiii, cuti ke tak cuti ke aku tetap bangun pagi. memang aku tak boleh nak tidur macam dulu lagi. eceh. cam dulu tu macam mana? alaa, cam bangun pukul 11 ke, 12 ke, kul 1 ke. ok tipu. kul 11 paling max di teluk intan. di shah alam, paling max aku tahan pukul 9 je. T_____T sedey tak. sebab bilik da macam sauna. rasa nak tolong abang razi pasangkan aircond je.
so aktiviti hari ni, adelah MEMBASUH BAJU!
selama ni, tak pernah aku peram baju sampai seminggu. selalunya selang 3 hari aku dah start rajin tangan kirai baju satu-satu masuk dalam washing machine. iyolah. kali ni, seminggu. pergh. sikit punye menimbun pulak tu. sebabnya? sini shah alam adelah sangat panas, pagi ke, petang ke, malam je dah start hujan sikit-sikit. alhamdulillah. syukur.
aku suke sangat lari topik.
dah dah fokus (zaireena,2011)
ok adik-adik akak-akak macik-macik (tiru muka adi putra iklan sabun-lupa-jenama), mari rapat-rapat. hari ni i ols nak tunjukkan dekat u ols macam manaaa cara nak basuh baju palingg berhemahh, palingg bagusss, palinggg palinggg la kirenye u olssss.
memula u ols, u ols kene la ada mesin basuh! tak kire la jenama ape. sekarang ni kat market (bukan pasar basah pang!) banyak je jenama-jenama tempatan. macam i ols dulu kat rumah sewa i ols pakai NEC je.semi-auto ye u ols. bukan auto punye. ala, yang ade dua part tu, satu wash satu spin. itupun i ols beli dekat giant, seksyen 13. dapat la 7kg tu dalam rm320 ke berape kan. i ols rembat lah. sebabnye? pitam la i ols u ols nak kene menyental seluar jeans tebal, cadar, baju t-shirt semua tu. pihtammmm mak u ols. cukup-cukup la dulu i ols basuh baju guna tangan dekat asrama dulu. gegeh tak terhingga, hari-hari lepas kelas i ols fefeeling cinderella (zaireena, 2011). tak gitu.
dah ade mesin basuh tu, u ols pandai-pandai la setting nak letak mana. kat luar rumah? tepi dapur? tepi bilik air? tapi make sure la u ols cari tempat yg boleh ada pengaliran air keluar gitew. harus la kan. ape u ols ingat tetiap kali drain u ols nak tadah pakai baldi? u ols duduk zaman mane nih? pang! tempat afdal adelah, u ols letak lah kat tepi bilik air. kalau bilik air u ols besar macam hall ke kan (wow besar gile) boleh la letak situ, make sure ok tak kene air pulak. kang u ols terenjat elektrik situ nayaaaaaaa u ols. i ols tak mau tanggungjawab tau.
dah cantik settingnye u ols, u ols jangan pulak lupa pasal sambungan plagnye. haha. kekohnon dah jumpe setting paling afdal kat rumah, tetiba takde plug. u ols jangan sesekali pakai extension. nantiiii, power tak cukup tau. bile power tak cukup, mesin basuh pun ala-ala kereta semput aje. lagipun u ols, bahaya. extension ni kalau bantai dia nak zap ke, terbakar u ols di situ juge. ha, kan dah hitam!
paling pentingggggg sekarang u ols. sabun basuh baju & softner. kalau ikut i ols la kan, sabun basuh ni u ols usha la dekat giant ke tesco ke mydin ke econsave ke bintang ke kejora ke eh eh. pandai-pandai la u ols nak beli liquid or serbuk. walaupun kat tv tu kate, kalau pakai serbuk mesti tinggalkan kesan kat baju. u ols jgn la percaya. i ols selama ni pakai serbuk hokeh je. make sure la before u ols masukkan serbuk pencuci itew, u ols hancur-hancurkan gitew. barulah dia sebati kan.
lepas dah wash, drain, wash, boh la u ols softner. ikut sukatan i ols 2 penutup penuh softner DOWNY ye. DOWNY bukan softlan or daia. amboi i ols demand. i ols dah terikut perangai kawan i ols lah. dia la dok mengajar pakai 2 cap. memang baju u ols lembut dan sangat-sangat wangi. refreshing gitu macam ambi purrrr. nak kasi lembut sangat-sangat tu, u ols rendam la baju u ols dalam mesin basuh lebih sejam. ala, macam buat-buat lupa. pas kene tegur dengan housemate u ols baru la buat2 teringat 'aah la, baju i ols dalam tu, sorri ;P'. muke mesti comel ok u ols.
dah spin tu, u ols spin 1 minit or 2 minit je ok. jangan 5 minit. kenape? u olssss, 5 minit abeslah dia perah u ols punye bau downy tu u ols. hish hish. dah seminit tu, u ols amek la baju dan sidai la sambil nyanyi lagu sharipah aini kudaku lari gagah berani.
ape? u ols tak pakai semi-auto? u ols pakai auto?
lagi senang i ols.
kalau auto, u ols campak baju, masukan detergent secukup rasa. ikut indicator di washing machine ye. kalau full scoop, full la. jgn plak u ols letak suku. KEDEKUT! and then, u ols tunggulah dia, dari wash ke rinse, dan wash and rinse kali ke 2, u ols mestilah begegas ke aras washing machine itu. HOLD sekejap, masukkan softner secukup rasa (2 cap, lagi-lagi downy yang perfume kaler merah. ungu i ols tak pakai) and then resume. sambil2 tu u ols boleh la buat kerja sampingan, seperti iols sekarang. tulis blog mengarut.
"tet tet tet"
ok baju i ols dah siap. baju u ols bile lagi???
sebenarnye, i ols baju basuh kali ke dua. kahkah. tq internet, for making my life miserable with or without u.
ah lapar nak makan meggi
2 comments:
Sabun Dynamo 10kg @ liter :
1 - 10 botol = RM27 /10kg
11 - 20 botol = RM26 / 10kg
21- 30 botol = RM25 / 10kg
31 botol dan ke atas = RM24 /10kg
11 Jenis2 @ Warna Sabun Pakaian Wangi :
1. Dynamo Biru Original
2. Dynamo Lemon
3. Dynamo Lavender
4. Dynamo Downy Pink Rose
5. Dynamo Downy Green
6. Dynamo Red ruby passion
7. Dynamo Givenchy Mistic (Black Gold)
8. Dynamo Candy Crush
9. Dynamo Green Paradise
10. Dynamo White Vanilla Suspicious
11. Dynamo Secret Blossom
Jika nak beli, sila WhatsApp or SMS Khai 013-333 2502 .
(Sunway, Petaling Jaya, Selangor)
Sabun Dynamo 10kg @ liter :
1 - 10 botol = RM27 /10kg
11 - 20 botol = RM26 / 10kg
21- 30 botol = RM25 / 10kg
31 botol dan ke atas = RM24 /10kg
11 Jenis2 @ Warna Sabun Pakaian Wangi :
1. Dynamo Biru Original
2. Dynamo Lemon
3. Dynamo Lavender
4. Dynamo Downy Pink Rose
5. Dynamo Downy Green
6. Dynamo Red ruby passion
7. Dynamo Givenchy Mistic (Black Gold)
8. Dynamo Candy Crush
9. Dynamo Green Paradise
10. Dynamo White Vanilla Suspicious
11. Dynamo Secret Blossom
Jika nak beli, sila WhatsApp or SMS Khai 013-333 2502 .
(Sunway, Petaling Jaya, Selangor)
Post a Comment