sakit hati di bulan ramadhan.
bukan saniy buat pun.
tak baik ok pitnah saniy.
orang lain.
dah la nak makan. f-u
Monday, August 30, 2010
Saturday, August 28, 2010
plants vs zombies
gua rasa yang tegar game dari gamehouse popcap (er, gua la tu) mesti tau game ni. plants vs zombies. memang destructive betul game ni gua cakap sama lu. addictive ok. gua main sampai level 3-8 patu gua dah tak tahan sakit jari tekan mouse bercampur perasaan cemas cemas tiap kali ade zombie naik kereta lalu kat tanaman gua. dem.
first time gua tengok game ini time abg gua, si padil tu main kat rumah dia la. gua tengok dia meratib sikit punya khusyuk. kalah khusyuk melipat baju anak dia. dah la main tak pakai mouse, sure gua rase jari tangan dia kejang kejang. dia la yang nasihat kat gua kate, "lu patut download game ni main, best siot". gua lak jawab "celah mane gua nak download bai".
pastu abang aku pandang gua sinis, sambil tangan main game. gua rasa begitu sedih lantas bermain dengan anak beliau yang tengah tanak tido tapi ala-ala nak tido. dalam hati gua curse gak abg gua biar kalah. curse gua menjadi siut. tak menang-menang level yang same. HAHA. padan.
balik ke diamond bay, gua langsung lupa nak download game ini. kejadah lak gua nak cari keygen dia bagai. malas. gua kan malas. semua orang tau. fullstop.
dua minggu pas tu, abg gua balik bawak anak bini. tau tau dia downloadkan game dengan keygen sekali. sekali dia ngadap komputer adelah mau 5 jam. gua dok zikir tepi telinga tanya bila nak pas kat gua, tapi dia bagi pandangan sinis. dem u. biar kalah padan muka.
pas dia bercuti 4 hari kat rumah, gua take over balik. itulah. addictive tapi gua takat level 3-8 je, tak naik naik. gua semacam loser, tapi gua tak kisah. gelak gelak. khamis lepas, sepupu gua datang sebab nak hantar slr abg gua yang kat yangon tu. baru pas servis. aik? slr pun servis ke? of course der. lu kalau duduk kat oversea, summer winter tukar tukar season, memang slr lu boleh problem. tapi tak la sampai meletup. sekadar tak boleh click je. abes abes ilang 300 hengget nak service. ok la tu bhai, dari 5k ilang. (ok ngarut). ok sambung. anak anak buah gua ni jenis main game. aisyah tanye gua tade game polan binti polan (sebab lupa name game), celah mana gua nak download kan. gua just syorkan kat dia game plants vs zombie la. gua kasi tutorial sikit, jerit jerit dari tepi. terus addicted si aisyah ni...
of course la saniy pun tak ketinggalan. 2 laptop lagi gua install. senang. tiada rebut. cuma hati gua kene rebut la sebab tak boleh langsung pegang komputer. apetah lagi gua nak online check facebook gua. bahahahahahahahaha. T__T
aisyah kat sini 2 hari, dah level 3-5. saniy atas pertolongan mak dia, gua rasa mau dah level 4-5 kot.
gua rasa begitu loser sekali melihat mereka main.
justeru itu, gua pun nak sambung main balik.
lu orang nak game tu. boleh cekidaud kat sini or lu lu orang nak gua boleh kasi guna email aje la pun. bonus ade keygen beb.
saniy kentut kat gua. cilakak.
Monday, August 23, 2010
randomnya
- puasa kali ni mmg tak de rezeki nak ke surau maupun masjid sebab kena teman akak iparku dan anak anak buahku. selama ni mmg tak penah pun gi surau blakang umah. hahahahahampeh nyok.
- saniy makin lama makin err.. tidak keruan. HAHA.
- telah menjadi maksu garang totally. suka lagi!
- jarang sangat gi param. ujung minggu, ahad mesti pergi dengan lin. sekador cuci mata tgk makanan, patu sedut sedut bau makanan sedap. muahahahahha. perangai huduh. hep hep.
- dulu awal puasa down with cirs birs and muntah, now tiada lagi. selara bersahur lagi hebat dari berbuka. ;P
- harapan nak tambah berat badan boleh pikir selepas bulan ramadhan lah ye. skrg redho.
- safa comel. pipi bam bam cam maksu shima dia.
- baju raya setakat ini tiada khabar berita. sobs.
- lin ade 6 pasang baju raya. tak aciks! (tibe2 masuk lin)
- nak buka pose kat hotel. boleh? bosan la param sini. (pang di pipi!)
- eena dah nak kawen lagi..err..(kira guna jari) 9 bulan. T___T
- eh buat ape cite pasal eena pulak. haha.
- da terbau bau-bauan enak dari dapur. sebelum mak cubit, baiklah undur diri.
selamat berbuka puasa yo!
Thursday, August 12, 2010
kejam sangat ke?
Terjadilah satu kisah, si adam nak datang ke kampung halaman si hawa. Memandangkan surrounding kampung halaman si hawa bukanlah se-open minded macam kampung halaman si adam, jadilah konflik. Bukan cornflakes. Ah, tibe tibe.
Ibu si hawa kata tak elok lah datang, bulan puasa, takkan nak melepak saje di town. Ape pulak kate orang sekeliling kan. Kampung halaman si hawa kecil aje, tak macam si adam. Besar dan banyak tempat nak hang out. Si ibu hawa tidak menghalang, cuma kurang sweet. Nanti banyak sour dari sweet. Family si hawa bukanlah jenis open minded, lagi lagi mak saudara si hawa. Ada certain things boleh, certain things tak boleh. Si hawa akur.
Ibu si hawa cakap dengan si adam. Si adam boleh terima nampaknya pada awal perbualan. Setelah phone dipassedkan ke si hawa, jadilah konflik jeng je jeng. Si adam berkecil hati ya amat. Kes ungkit mengungkit terjadi. Si hawa mengalah. Cuba menahan emosi. Cuba tak menangis. Cuba tak melawan. Cuba redha.
Si adam bilang, biarlah lepas ini tiada komunikasi mulut antara dia dan hawa. Biarlah dia membisu. Biarkan. Si hawa of course la tak mahu. Hari hari kalau boleh nak dengar suara si adam. Ego si hawa dah lama buang. Buang jauh jauh. Si hawa cuma fikir positif je di bulan ramadhan ni.
Sekali tengok si adam cakap si hawa tak sayang dia. Whadehel. Kenapa si adam ni suka buat konklusi bukan bukan? Terus si hawa berkecil hati. Berderai derai hati, sakit hati sangat sampai si hawa rasa nak pitam. Dah la cuaca di kampung halaman si hawa sikit punya hot. 36 degree Celcius ok. Tak pernah panas melenting macam ni. Mungkin cuaca pun ikut sama berarak mendung dengan si hawa.
Damn. Bencilah macam ni.
ok kantoi.
Tuesday, August 10, 2010
benci bilang cinta ....
winda
dimas
pictures source = Wikipedia
BBC dah habis. Peminat tegar of course mak dengan mak long. Sanggup kalau balik mengaji lambat, ulang tayang tengok kat astro ria pukul 11 rasenye tak salah. Cerita ni kalau tengok dari awal memang la, ade iras iras Princess Hours kan, tapi eventually cerita dia bertukar! Dari kaya tak hengat terus miskin tak hengat juga. Nasib baik la mak bapak si winda ni kelakar ya amat, vengong cap ayam skit. Naseb baek jadi best. Ala, aku dulu tengok cerita ni pun sebab si dimas hensem sangat (tapi musykil kenapa kat gamba atas muka berlengas ni?!) Itu yang verangan la si baim wong nak masuk meminang kan? Over.
Cuma tak puas hati ending asal macam dipadat padatkan, walhal si Claudia tu muka sikit macam nak mati, pucat bagai, macam ape je kan. Tengok-tengok terus cergas esok hari lepas Winda jemput datang rumah. Haha. Crap betul.
Tapi,ngarut pun aku tengok juge. Ini yang menyampah ni.
p/s : saniy..tido laaaaaaaaaaa tido laaaaaaaaaaaaa
Ramadhan Al-Mubarak
Selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia. Puasa tu biar puasa yang betul-betul puasa, bukan puasa tapi pastu ngumpat orang sane sini plak (eh eh shima). Moga kita semua dilimpahi rezeki Allah hendaknye eh.
p/s : saniy oi ko bile nak tido ni, gua tak larat nak tengok kartun. T____T
Monday, August 9, 2010
pengganas dah balik rumah
pengganas dah balik rumah. that's why lack of updates. ceh macam orang bace je. tapi pedulik what.HAHA.
okeh okeh.
pengganas dah balik rumah dekat 4 hari. jumaat hari tu sampai. mule mule elok la, baik, behave, saint, angelic, angel, bidadari, kupu kupu, rama rama, ulat beluncas (tambahan di belakang adalah tipu semata) haha. ikot cakap, mendengar kate, suruh buat kerja, buat, tak membantah tapi kene la sogok dengan cartoon kan. OMG. berape ratus jam dispend hanya untuk tengok channel 613 itu.
Hot dog hot dog.. Oh tooodlessss.
dive oliy divee!
eh banyak sebenarnye sampai tak terconcentrate tengok tv. kalau cakap cartoon dah balik rumah mesti dia menjawab balik "saniy nak teynokk, bukak laaaaaaaaaaaaa".
suara dah la besar. seram okek.
HAHA
selain dari tengok cartoon kalo boleh tido, makan, mandi, solat jemaah semua nak depan cartoon. over ya amat. saniy juge penggemar minum susu hasil dari bancuhan maksu dia. AUWWWWW. Haha. first time pikul tanggungjawab memberi makan kepade saniy ni. selama ni koser lak kan nak bancuh susu kecuali untuk diri sendiri. HAHAHAHAHAHA. kemudian, memandikan saniy itu adelah lumrah kehidupan. terpaksa la hangkut masuk toys dalam toilet, almaklum la rumah takde bathtub, takbleh nak feeling macam orang putih berendam, bubbles penuh, pastu ada duck la, ayam la, segala binatang kalau boleh nak sumbat kan. aleh-aleh berendam dalam tub adik dia. Ya Allah. dah la besar nak dekat 20kg, mau pecah tub tu.
cumanya sampai sekarang tak boleh nak suruh dia pakai baju diam diam. mesti nak menari tarian naga, pastu main train dia, tengok tv, bogel bogel. nobody wants to see ur **** la saniy. sekali kene penampaq sedas kat bontot oleh maknya tercinta baru la diam baru la behave.
MAKA DENGAN INI, maksu SHIMA hampir hampir transformkan dirinya menjadi maksu SHIMA yang garang.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH
saniy panggil i, paksu ye bukan maksu T___________________T
Monday, August 2, 2010
kan dah kate..
Dari hari rabu pas balik shah alam hari tu dah rase something wrong with my self. Dapat pulak abg long balik dari kedah membawa pulang 'hadiah'. 'Hadiah' dia adelah bersin dan batuk melampau-lampau siap aku rase dia boleh muntah belahak dalam toilet. Tsk tsk. Abang Long tu ade resdung yang power. Ingat lagi dulu bila dia buat asap-asap hidung guna macam rokok tu kan, (dulu siap ingat yang balut tu guna kain kapan, apekah?) keluar ulat kecik sebijik sebijik. EUW banyak kali. Kagum pun ada. OK dah melalut, apesal nak bukak cerita orang resdung pulak ni?
Selain bang long tukang bagi hadiah hari raya early, jiran tetangga pun nampaknya turut sama menyumbang. Haha. Kak Lina siap muka nak pengsan masa kenduri tahlil hari khamis tu, sebab makan ubat katenye. Batuk kong kong (saniy ajar). Kire merebak la virus kat rumah 72 ni. Sobs sobs. Khamis sehat, Jumaat time tusyen aku dah start hilang suara ok. Berdehem je siap anak murid (auwww, so suwit) offer hacks. Haha. Takpelah, decline. Sabtu pagi gi kubur bapak. Lama dah tak ziarah (aku la, orang lain ok je) sebab asal time ziarah je, red flag. Cancel. Memang panas juga pagi tu, ingat pagi tak panas, rupanya matahari direct. Penyumbang kepada headache.
Ahad aku leh lagi keluar dengan Lin and Adam. Gosip secara random. Adam adelah manusia paling best diajak gosip. Woohoo! Ok, pastu balik aku terus rasa tak sihat sebab aku sakit kepala berdenyut denyut tapi gigih online. Ye tidak lupa juga, aku terus cancel tak pergi interview which is on Monday (the next day) because of few reasons. Reason kejap sihat kejap sakit pun terima la whattt.
Isnin bangun pagi suara dah hilang. Kepala start berat. Air mata meleleh. Dah agak dah, mesti style dulu punya demam time kat rumah sewa. Aku buat la nak berpeluh, tutup kipas tak juga berjaya. Ramai msg tanya interview camne, haha. Maaflah rakan rakan sekalian. I tak pergi ok. Mungkin rezeki aku bukan sekarang nak jadi cikgu, maybe later on. Aku percaya rezeki Allah ada di mana mana. Demam je pun, boleh apply later lagi. Kan KPM kan? Itupun kalau aku rasa nak jadi cikgu la. KALAU ye. Tetttttttttttttttttttttttttttttttttttt!
Mengadu kat aim, dapat la sedas dua syarahan tazkirah dan juge smash-an tepat di kepala. Pergh. Sakit beb. Orang tua ni kalau sindir, memang terbakar otak instantly. Serious. Makan dalam tapi sebab aku tak sihat sangat, terus la emosional mendadak. OMG, kan saya ni gedik nak buat camne? Haha. Over.
Maghrib tadi badan buat hal lagi. Adoi. Penat la camni. Sejuk panas sejuk panas. Ni ade konsert free plak kat sebelah jalan, kat dewan sekolah cina tu kut or kat sebelah rumah ni. Ada konsert ape tah memalam macam ni. Dengar macam kat disko pun ada, siap bergegar almari kaca aunty R aku. Tinggal nak jatuh pecah je. Ok over lagi over over. Haha. Sebabkan konsert tak halal ini la aku sakit kepala balik.
Ni sape nak tanggung ni? Dah la aku tanak telan lagi panadol banyak banyak.
Sakit kepala tapi kalo dapat bebel memang first ah shima.
get well soon myself. penat la sejuk panas sejuk panas. bosan ok.
Subscribe to:
Posts (Atom)