Monday, August 2, 2010

kan dah kate..

Dari hari rabu pas balik shah alam hari tu dah rase something wrong with my self. Dapat pulak abg long balik dari kedah membawa pulang 'hadiah'. 'Hadiah' dia adelah bersin dan batuk melampau-lampau siap aku rase dia boleh muntah belahak dalam toilet. Tsk tsk. Abang Long tu ade resdung yang power. Ingat lagi dulu bila dia buat asap-asap hidung guna macam rokok tu kan, (dulu siap ingat yang balut tu guna kain kapan, apekah?) keluar ulat kecik sebijik sebijik. EUW banyak kali. Kagum pun ada. OK dah melalut, apesal nak bukak cerita orang resdung pulak ni?

Selain bang long tukang bagi hadiah hari raya early, jiran tetangga pun nampaknya turut sama menyumbang. Haha. Kak Lina siap muka nak pengsan masa kenduri tahlil hari khamis tu, sebab makan ubat katenye. Batuk kong kong (saniy ajar). Kire merebak la virus kat rumah 72 ni. Sobs sobs. Khamis sehat, Jumaat time tusyen aku dah start hilang suara ok. Berdehem je siap anak murid (auwww, so suwit) offer hacks. Haha. Takpelah, decline. Sabtu pagi gi kubur bapak. Lama dah tak ziarah (aku la, orang lain ok je) sebab asal time ziarah je, red flag. Cancel. Memang panas juga pagi tu, ingat pagi tak panas, rupanya matahari direct. Penyumbang kepada headache.

Ahad aku leh lagi keluar dengan Lin and Adam. Gosip secara random. Adam adelah manusia paling best diajak gosip. Woohoo! Ok, pastu balik aku terus rasa tak sihat sebab aku sakit kepala berdenyut denyut tapi gigih online. Ye tidak lupa juga, aku terus cancel tak pergi interview which is on Monday (the next day) because of few reasons. Reason kejap sihat kejap sakit pun terima la whattt.

Isnin bangun pagi suara dah hilang. Kepala start berat. Air mata meleleh. Dah agak dah, mesti style dulu punya demam time kat rumah sewa. Aku buat la nak berpeluh, tutup kipas tak juga berjaya. Ramai msg tanya interview camne, haha. Maaflah rakan rakan sekalian. I tak pergi ok. Mungkin rezeki aku bukan sekarang nak jadi cikgu, maybe later on. Aku percaya rezeki Allah ada di mana mana. Demam je pun, boleh apply later lagi. Kan KPM kan? Itupun kalau aku rasa nak jadi cikgu la. KALAU ye. Tetttttttttttttttttttttttttttttttttttt!

Mengadu kat aim, dapat la sedas dua syarahan tazkirah dan juge smash-an tepat di kepala. Pergh. Sakit beb. Orang tua ni kalau sindir, memang terbakar otak instantly. Serious. Makan dalam tapi sebab aku tak sihat sangat, terus la emosional mendadak. OMG, kan saya ni gedik nak buat camne? Haha. Over.

Maghrib tadi badan buat hal lagi. Adoi. Penat la camni. Sejuk panas sejuk panas. Ni ade konsert free plak kat sebelah jalan, kat dewan sekolah cina tu kut or kat sebelah rumah ni. Ada konsert ape tah memalam macam ni. Dengar macam kat disko pun ada, siap bergegar almari kaca aunty R aku. Tinggal nak jatuh pecah je. Ok over lagi over over. Haha. Sebabkan konsert tak halal ini la aku sakit kepala balik.

Ni sape nak tanggung ni? Dah la aku tanak telan lagi panadol banyak banyak.




Sakit kepala tapi kalo dapat bebel memang first ah shima.




get well soon myself. penat la sejuk panas sejuk panas. bosan ok.

2 comments:

Famierararara said...

hurm...sian cikgu..
get well soon ya!!
:D

cik shima said...

tq famiera :)