Saturday, July 31, 2010

boleh kena darah tinggi

Tersebutlah al-kesah, my 2nd brother atau glemer kite orang panggil dia (whole family ok, relatives) KandaNgah. Macam gedik kan? Memang gedik tapi dia memang macam itu, so got no choice.

Kanda = Kekanda in bahasa dulu dulu

Ngah = no 2 kan, angah lah.

Dulu panggil angah @ abg ngah @ ngah ngek (ok ini da tipu, haha)

Kandangah ini adalah manusia yang paling special dalam hidup kami satu family. Dialah manusia yang boleh buat orang kena darah tinggi in a blink of an eye. Tak percaya? Percayalah. Kena percaya pun. Haha.

Dia special sebab dia adelah Autism or lembam. Pemikiran tak sama macam pertumbuhan fizikal. Meaning, lambat proses lah ape yang dia dapat tu. Boleh fikir tapi needs time. Aku dulu selalu bergaduh mulut dengan abg aku sorang ni. Ye la, tak paham paham bahasa kan? Sape tak marah? Aku cakap A, dia buat B. Elok sangat kan.

Patu kalo dia dah start emosional or getting angry at certain point, dia kalo tak hentak kaki, adelah hentak meja or tunjuk penumbuk padaku. Scary kan macam ni? Tapi aku suka gak torture dia, ok bukan aku sorang je, abg cik pun sama. Haha. Ha, jangan nak naik angin dulu ok. Ini cara kiteorang manja-manja style adik beradik. This guy he cannot understand what the hell we're trying to tell him about. He doesnt know how to express his words in the correct ways. Mesti terbelit belit, and sometimes seorang penyibuk yang sangat penyibuk giler. Sikit sikit ape hal yang jadi kat rumah semua nak ambik kecah. Asal phone bunyi je, dia la orang pertama buat larian 100m tanpa hurdles untuk jawab phone. Patu suara, of course ya amat kasar orang yang call tu mesti macam cuak cuak ingat salah call or ape kan? Hahahahahahahah. Sian. Sorry la eh.

Tapi itulah, orang kate, anak istimewa macam dia ini mesti ada talents or gifted juga kan. Dia boleh belajar to switch on computer, downloading songs, videos, or segalanya internetlah in his own. Bangga aku abang aku macam ni. Bangga ok? Dia tak susahkan aku langsung. Semua buat sendiri. Lagi satu, dia penggemar lagu lagu oldies. Macam, Lite n Easy tu adelah favourite radio channel dia. Kalo bawak kereta, of course la aku tak bukak channel tu. Giler ape? Nak bagi tido ke termellow mellow melody, mau terbabas kereta. Fuhhh.

Bila birthday, tak pernah mintak benda yang bukan-bukan kecuali, walkman or vcd ultraman, batman or segala man man yang dibelakang. Op, cicakman takde ok. Bila dah telinga sumbat dengan headphone memang pekaklah jawabnya,itu yang buat orang marah tuh. Bukan nak dengar, terpakse la terpekik terlolong jerit nama dia baru dia dengar. Sigh. Tapi, itu dia. I cannot change that.

Dia jugak ade collection cassettes ya amat banyak. Semua oldies. Ade gak favourite aku dalam tuh macam Spice Girls, Britney Spears, Pepsi Top 10 ke ape tah, ala yang top 10 top 20 camtu. Pernah gak abang aku nak bagi dia Ipod. Oi like hello? Tak bleh ok. I aje yang boleh. Tetibe dari aku tukar jadi I. Haha. Over lagi. Dia juga seorang yang suka tulis, dia tau facts sejarah Malaysia, nama Menteri tahun ke berapa sebelum masihi pun dia tau okay. Itu pasal suka tanya dia facts pasal apa apa je pun. If he doesnt know, dia quickly of course Google and then, tulis dalam buku.Dah macam journal aku tengok. Mangsa buku of course la buku aku. Ambil tak pernah mintak permission pon. Redha ok redha.


But yelah sedih ok. Boleh menitis air mata ni kalau fikir pasal abang aku yang seorang ni. Kalau orang yang tak paham dengan dia, mahu bergaduh mulut, mahu sakit hati, mahu rase nak lempang. Tapi dia pun tak mintak lahir macam tu kan? I'm aware of that dari kecik lagi. Arwah bapak sangat sayang abang aku ini. Sangat special. Tak pernah naik angin, naik suara kasi pitch tinggi, tak pernah. Layan abang auk memang tip top. Ape nak semua dapat. Best ok abang aku, pergi Toys R Us dapat Batmobile Rm200 tu senang senang je. Aku time tu mintak Barbie Doll tak dapat hokeh? Emosi. Padehal Barbie doll tu murah kot dari Batmobile tu.

Si gemuk ni lately tak sihat. Physically sihat dari luaran, dalaman dia dah kena darah tinggi. Tak turun turun sejak check time kat Shah Alam 3 weeks ago. Mak punye la takut, dia kene strok ke jantung ke. Dah la mok, mak dengan mak long kudrat mana la nak kuat sangatkan. Itu yang buat diet plan tadi. Dan dan keluar buku diet plan. Dasat la mak!

So sekarang we all akan pantau dia makan apa, daging dengan ayam kurang, no lemak lemak, susu manis ke apa sebab precaution takut dia kena kencing manis pulak. CUKUPLAH satu penyakit. Itu pun dia mengamuk sakan tadi cakap dia tade darah tinggi. (-.-")

Patu mak pesan, jangan nak marah marah si gems ni karang dia marah marah balik tinggi pulak darah tinggi dia. Ok mak fine.

Masalahnya sekarang, dia buat perangai gedik dia nak control semua remote, bajet orang tak boleh marah dia la kan. Ade yang kene darah tinggi gak ni.

orangnye?






AKULAH!




pergh, panjang siot entry. walopapepun, aku sayang abang aku sangat sangat. kalo ada orang buat hal dengan abang memang nak foot in mouth.




No comments: