Saturday, July 31, 2010

boleh kena darah tinggi

Tersebutlah al-kesah, my 2nd brother atau glemer kite orang panggil dia (whole family ok, relatives) KandaNgah. Macam gedik kan? Memang gedik tapi dia memang macam itu, so got no choice.

Kanda = Kekanda in bahasa dulu dulu

Ngah = no 2 kan, angah lah.

Dulu panggil angah @ abg ngah @ ngah ngek (ok ini da tipu, haha)

Kandangah ini adalah manusia yang paling special dalam hidup kami satu family. Dialah manusia yang boleh buat orang kena darah tinggi in a blink of an eye. Tak percaya? Percayalah. Kena percaya pun. Haha.

Dia special sebab dia adelah Autism or lembam. Pemikiran tak sama macam pertumbuhan fizikal. Meaning, lambat proses lah ape yang dia dapat tu. Boleh fikir tapi needs time. Aku dulu selalu bergaduh mulut dengan abg aku sorang ni. Ye la, tak paham paham bahasa kan? Sape tak marah? Aku cakap A, dia buat B. Elok sangat kan.

Patu kalo dia dah start emosional or getting angry at certain point, dia kalo tak hentak kaki, adelah hentak meja or tunjuk penumbuk padaku. Scary kan macam ni? Tapi aku suka gak torture dia, ok bukan aku sorang je, abg cik pun sama. Haha. Ha, jangan nak naik angin dulu ok. Ini cara kiteorang manja-manja style adik beradik. This guy he cannot understand what the hell we're trying to tell him about. He doesnt know how to express his words in the correct ways. Mesti terbelit belit, and sometimes seorang penyibuk yang sangat penyibuk giler. Sikit sikit ape hal yang jadi kat rumah semua nak ambik kecah. Asal phone bunyi je, dia la orang pertama buat larian 100m tanpa hurdles untuk jawab phone. Patu suara, of course ya amat kasar orang yang call tu mesti macam cuak cuak ingat salah call or ape kan? Hahahahahahahah. Sian. Sorry la eh.

Tapi itulah, orang kate, anak istimewa macam dia ini mesti ada talents or gifted juga kan. Dia boleh belajar to switch on computer, downloading songs, videos, or segalanya internetlah in his own. Bangga aku abang aku macam ni. Bangga ok? Dia tak susahkan aku langsung. Semua buat sendiri. Lagi satu, dia penggemar lagu lagu oldies. Macam, Lite n Easy tu adelah favourite radio channel dia. Kalo bawak kereta, of course la aku tak bukak channel tu. Giler ape? Nak bagi tido ke termellow mellow melody, mau terbabas kereta. Fuhhh.

Bila birthday, tak pernah mintak benda yang bukan-bukan kecuali, walkman or vcd ultraman, batman or segala man man yang dibelakang. Op, cicakman takde ok. Bila dah telinga sumbat dengan headphone memang pekaklah jawabnya,itu yang buat orang marah tuh. Bukan nak dengar, terpakse la terpekik terlolong jerit nama dia baru dia dengar. Sigh. Tapi, itu dia. I cannot change that.

Dia jugak ade collection cassettes ya amat banyak. Semua oldies. Ade gak favourite aku dalam tuh macam Spice Girls, Britney Spears, Pepsi Top 10 ke ape tah, ala yang top 10 top 20 camtu. Pernah gak abang aku nak bagi dia Ipod. Oi like hello? Tak bleh ok. I aje yang boleh. Tetibe dari aku tukar jadi I. Haha. Over lagi. Dia juga seorang yang suka tulis, dia tau facts sejarah Malaysia, nama Menteri tahun ke berapa sebelum masihi pun dia tau okay. Itu pasal suka tanya dia facts pasal apa apa je pun. If he doesnt know, dia quickly of course Google and then, tulis dalam buku.Dah macam journal aku tengok. Mangsa buku of course la buku aku. Ambil tak pernah mintak permission pon. Redha ok redha.


But yelah sedih ok. Boleh menitis air mata ni kalau fikir pasal abang aku yang seorang ni. Kalau orang yang tak paham dengan dia, mahu bergaduh mulut, mahu sakit hati, mahu rase nak lempang. Tapi dia pun tak mintak lahir macam tu kan? I'm aware of that dari kecik lagi. Arwah bapak sangat sayang abang aku ini. Sangat special. Tak pernah naik angin, naik suara kasi pitch tinggi, tak pernah. Layan abang auk memang tip top. Ape nak semua dapat. Best ok abang aku, pergi Toys R Us dapat Batmobile Rm200 tu senang senang je. Aku time tu mintak Barbie Doll tak dapat hokeh? Emosi. Padehal Barbie doll tu murah kot dari Batmobile tu.

Si gemuk ni lately tak sihat. Physically sihat dari luaran, dalaman dia dah kena darah tinggi. Tak turun turun sejak check time kat Shah Alam 3 weeks ago. Mak punye la takut, dia kene strok ke jantung ke. Dah la mok, mak dengan mak long kudrat mana la nak kuat sangatkan. Itu yang buat diet plan tadi. Dan dan keluar buku diet plan. Dasat la mak!

So sekarang we all akan pantau dia makan apa, daging dengan ayam kurang, no lemak lemak, susu manis ke apa sebab precaution takut dia kena kencing manis pulak. CUKUPLAH satu penyakit. Itu pun dia mengamuk sakan tadi cakap dia tade darah tinggi. (-.-")

Patu mak pesan, jangan nak marah marah si gems ni karang dia marah marah balik tinggi pulak darah tinggi dia. Ok mak fine.

Masalahnya sekarang, dia buat perangai gedik dia nak control semua remote, bajet orang tak boleh marah dia la kan. Ade yang kene darah tinggi gak ni.

orangnye?






AKULAH!




pergh, panjang siot entry. walopapepun, aku sayang abang aku sangat sangat. kalo ada orang buat hal dengan abang memang nak foot in mouth.




Tuesday, July 27, 2010

agak agak pening

hari ni check tempat interview eGST. ok boleh check di sini.

Alhamdulillah, dapat interview Isnin depan bersamaan 2 Ogos 2010 di SMK Presint 14, Putrajaya.

Putrajaya?

Why?

Sampai sekarang tak dapat terima hakikat dapat interview kat Putrajaya. Dah la sampai sekarang baru tau sorang je (iaitu diri sendiri) dari Uitm yang dapat kat sana kan, itu yang bertambah syahdu syahidan shahdan. Yang lain 3hb, 4hb, tapi tempat semua lain-lain. Lagi sayu bertambah-tambah. Over ok shima. Haha.

Lagi satu yang tambah pening boleh pitam adalah kerana sampai ke kurun ini tak dapat lagi ok surat senat tu. Ni memang bikin panas hati ok. Ana da pergi dua kali, dah buat semua surat untuk students lain ok, yang tak dapat dapat adelah aku seorang ajer. Kenape aku sorang aje tak dapat dapat ni? Sedih okey. Walaupun hakikat sebenarnye aku cam tak kesah pasal interview cikgu ni, tapi tak boleh terima kenyataan surat senat tak dapat dapat. Tak pasal-pasal esok pagi-pagi kene gerak pegi Shah Alam, gi induk, gi tadah muke kat akak Hajar ape tah name, nak mintak surat senat tu.

Patu tadi chat ngan reen, dia cakap dia proses 5 hari okey? 5 hari?



Memang boleh pitam sekarang.



venciks ok venciks!





baru perasan banyak betul taip ok. hahahahahahah. hangus!

Sunday, July 25, 2010

boran boran boran

patut lah hati ni dup dap dup dap suruh tengok blog sendirikan.

rupenye background yilek pochi.

hua hua hua.

dan dan la tukar layout kat blogger yang amat la simple click click je terus apply dan tak payah pening berpeluh keringat nak pikir coding HTML. i suka, u suka tak? hahahahahaha.

op op.

eena dah selamat ok jadi tunangan orang. oh em gee. untuk kesekian kalinya, tak habis habis jeles. baju cantik, make up cantik, hantaran cantik. lists go on and on and on..ape pun jiranku, merangkap besfren forevehku, Selamat Menjadi Tunangan Orang and Please Drive Carefully because Darah U Manis Bley Buat Nyamuk Kena Diabetis.

nan hado kaitan. hahahahahahhahahahahahahah.

tadi rasenye macam ada banyak nak taip berkobar kobar, tibe-tibe hilang. dah lame meninggalkan pekerjaan menulis blog ni, that's why.



mak tengok diariku....shahir dia cakap shahir cam pondan sebab pakai braces.



sori ok fans shahir. muahaahahhahahahahahahah

Tuesday, July 13, 2010

hahahahahahaha

dear all my sayangs, aiceh aiceh.

support skit!



kerjasama dari uolls amatlah kami hargai. tqqqqqqqqqqqqqqq =)

Friday, July 9, 2010

kerja kahwin or ?

lame gile tak update blog. cam la org bace pun. tapi tak kesah tak kesah. lalala. i dont care.

nak cerita pasal org kahwin. boleh? boleh je. kan kan?

tersebutlah kisah, my cousins, both nak kawen this year. sorang da selamat nikah, sorang lagi bulan 12 insyaAllah. both my cousins ni, makcik makcik aku kat kampung sume stok bengang tali kecapi sebab tak boleh langsung nak bagi pendapat. kalo bagi pendapat sikit, MUKE MONYOK, MERAJUK TANAK CAKAP LANGSUNG SILENT TREATMENT. ok itu satu hal. pas tu kawen kat dewan, gabung dgn belah lelaki. ha, lagi la kesian.

apesal aku tak puas hati? banyak sebab kot.

  1. da kawen kat dewan, gabung pulak tu. family belah lelaki conquer abes-abesan. aku tak kesah, tapi org org kampung aku kesah. aku pun turut same kesah. haha. not funny.
  2. dah la amek anak dara org (i mean, kami kan belah perempuan) kena la fair and square. bodoh gile DJ, tak reti nak protokol ke?
  3. kami pas makan, terus dok kat luar, dok kat khemah, pas tu trus duduk di luar as if nobody cares. padehal yg tengah bersanding tu family tu. kalo tade org perempuan,tade la sape nak kat ko la pengantin laki. weks!
  4. sikit-sikit lelaki didulukan. bladihel?

pelamin sikit punye cantik like omg grand wth sume, tapi orangnye la tak best. i dont know. betul2 tak rasa seronok. tak seronok langsung. aku lagi rela dok rumah tanak datang kenduri tu. hahahahahaha. tapi sian la kat family, derang semua turun kasi support kat makcik tupin. tapi tu lah, sayang sekali. sepatutnye family boleh la campur tangan sikit, kasi opinion ape yg patut, anak patutnye dengar, if its good boleh terima, kalo tak, tolak baik-baik please? aku pantang tul la kalo jenis tanak dgr cakap mak ke ape, mak ko support kenduri ko nak tolak dia tepi apecite? sikit2 lari kat belah lelaki, semuanye betul je kat belah lelaki. bile mak ko bagi nasihat sikit, melenting. perangai mintak kaki tapi sebab dia matang, takpe lah. aku harap sangat dia bahagia. haharapnye.

yang tak jadi kawen pun ade gak.

pening kepala dok kampung dengar cite itu ini.

kad kahwin da hantar, dewan dah tempah, makanan da tempah, eh senang cite dah semua lah. tinggal hari je nak kawen, tibe-tibe, pengantin perempuan said no, tanak.

memang tade jodoh, aku tau tu. aku paham mmg taleh lawan qada' dan qadar Allah.

tapi something fishy yang buatkan aku rasa sangat tak suke pada perempuan yg bergelar peguam syarie itu.

ko dari keluarga berada, mungkin darjat ko, taraf ko hanya untuk orang yang betul-betul je tip top anak Dato', anak menteri kan? takpelah, if the money can give you happiness, go on. aku tau money is important, sape kate duit tak penting? duit penting beb. aku pentingkan duit tapi tak la sampai aku leh nak pijak kepala future in-laws aku. engkau belajar agama tinggi, aku pun tau aku tak layak nak komen panjang pasal agama sebab aku pun tau basic je. tapi tak bermaksud aku buta agama.


aku hari hari doa, moga semua hal yang jadi kat family aku tak jadi kat aku. harap sangat-sangat.


makin membesar, makin banyak pulak aku kene perah otak pikir.

HAHA.