Sunday, May 15, 2011

orang-orang yang suuuuuuper annoying

ye, di mana saja kau berdiri, di mana saja kau berlari mesti akan terjumpa dengan orang annoying. jika tak kawan kau sendiri, orang luar yang tiba-tiba masuk ke dalam hidup kau dan jadi super annoying.

ciri-ciri orang annoying (bagi aku) adalah :

1. sibuk menempel di wall post orang walaupun tiada kaitan --> di facebook
2. jantan yang taip "hihi" bila chatting or bercakap kat phone, kau pehal?
3. terlalu memaksa
4. tidak sedar diri tu annoying tapi tak ngaku dia tu annoying.
5. terjerit-jerit, tapi tak siapa nak amek tau pasal dia kasihan
6. posing, amek gambar tidak puas hati suruh kawan amik gamba lagi. hello, kawan kau pun ada kerja nak buat bukan nak ngadap kau sorang je.

hohhhh, ada banyak. tapi itu je aku rajin nak listkan. sebabnya? aku ada banyak kerja lagi nak buat selain mengumpat orang (ecehwah, hati suci murni, well)

ciri pertama
aku rasa ramai je kenakan. aku selaluuuu sangat kena dengan this lady (so baik me, sebenarnya nak tulis minachi tapi hati suci, oh well). everytime aku tulis something kat wall aku, and aku comment dan kawan aku yang aku jarang2 komen (kawan dia jugak la) join sekali komen. tengah rancak-rancak berbalas komen, tetiba dia menyampuk.

like wtf.

terus aku putus mood. terus aku maki dia dalam diam (di hati lah). tiba-tiba nak sebuk "i pun rindu kat u tauuu nonot" (contoh) eh, kau sape nak panggil kawan aku nonot doe? babiks itu wanita. lain kali kalau kau rindu kat kawan aku tu, chat please. dont simply suka hati nak sebuk-sebuk kat wall aku. unless la aku sebuk sebuk dalam wall kau kan.

#bengang

ciri kedua
aku tau, mungkin mereka berasa oh-so-ohmel pabila menaip begitu, tetapi percayalah lelak2 di luar sana. takde pe yang comel pun untuk kau taip hihi or cakap hihi di talian tepon. serious aku rasa nak pelempang kau laju-laju.

serious.

aku mana pernah nak melempang orang kalau orang tu tak annoying sebegitu rupa. jadi sila la jangan taip macam tu. tapi kalau dah memang azali tangan tu taleh nak bedung dari tiap hihi, ape je yang aku boleh katekan. aku cuma mampu memaki kau dari jauh je la (dalam hati)

ciri ketiga
ha ini. aku paling rasa nak lempang sekali. kenapa mesti nak paksa kalau orang tu kata dia ok sahaja? kenapa mesti tak puas hati jugak? bila kau dah macam ni, orang akan cop kau super annoying sebab tak paham-paham bahasa. that's one reason why people avoiding you, you know. jadi, walau tak sepuas hati mana pun dalam hati kau tu, tolonglah jangan paksa. tolonglah bersabar boleh? setiap kesabaran ada ganjaran. dari kau memaksa, ada makan kaki dan putus kawan.

kau nak camtu?

ciri keempat
tiada orang nak mengaku diri sendiri annoying. ye benar. tapi cuba dok depan cermin dan kaji diri sendiri. kau annoying ke tak? kalau ye, sila tone down.

#ihateyou

ciri kelima
ini, attention seekers ni. masalah sungguh. aku tak kesah kalau orang luar yang buat macam ni. ni kalau kawan sendiri berperangai begini, sumpah annoying. gelak mengilai, tiba-tiba terjerit. kalau hot stuffs pandang, tidak mengapa. ini tidak pandang.

mana iols nak letak muka iols ni uolssssss

ciri keenam
ahhh, ini mana-mana pun ada. aku tak kesah kalau sekali dua mintak tolong snap the same portrait, the same pose. tak kesah pun. tapi janganlah sampai 5-6 kali gambar yang sama, di tempat yang sama.helllooooooo???

situasi
X : eh, tak cantik lahhhh, ce zoom sikit
Y : ok, 1,2,3 senyummmmm
X : ahaa, dah ok dah. ehh tudung pulak amek lagi eh
Y : ok, 1,2,3 senummmm
X : yey..ehh tapi nape nampak gemuk pulak ni..ce amek gambar dari side
Y : er ok. senyum
X : alamak, dari side pun nampak gemuk. ce tangkap gambar muke je. zoom muke je lah
Y : okey
X : ala muke je tak nampak background, takpe la tangkap je la dengan background2 sekali.
Y : ()@*$*&(*^(*)(!@* (dalam hati) ok.

itu contoh aje lah. aku rasa ramai je ada member macam ni. pftttttttttt aku memang tak buat muka, tapi tangan kalau tunjuk perasaan dengan menghentak kamera ke lantai cano?

maka itu, bersyukurlah. (tidak paham)








so, i am sorry kalau aku ada menjadi super annoying or else. bersama-samalah berusaha menjadi manusia yang less annoying so that we can live happily ever after.

why?

because i m ohsem :D




No comments: