aku kecik-kecik dulu sangat obsesi dengan basikal. i loveeeeeeeeeeeeeeeeee bicycles. i love riding bicycles. kalau tengok basikal, macam terus jatuh cinta dan boleh paksa bapak suruh beli satu, tapi of course.. tak dapat. bohoo
sebab musabab suka basikal adalah kerana abang long aku dulu adalah pencinta basikal. mama (not mak aku lah) aku pun. semua pakat ronda-ronda taman, semua naik basikal. best ok. angin sepoi-sepoi mengusap pipi, sambil-sambil angkat tangan kat jiran tetangga. pheewit.
pang!
dulu, masa sekolah rendah aku adalah salah seorang (ke aku sorang je?, tsk tsk) yang tak boleh naik basikal ke sekolah. jangan harapppppppp boleh naik basikal, dan melintas jalan raya besoo tu. bapak aku memang akan hantar dan amek lepas dia pencen. tapi before dia pencen ayah la yang antar amek. tapi memang tak kisah pun, sebab jalan tu kau usah tengok la, lori lalu lalang, laju gila so tak payah verangan.
tapi ye lah, dah nama pun suka naik basikal. tak dapat sekolah pagi, sekolah agama pun jadi. hahahahahahahhaah. melaun punye anak. aku dulu siap sanggup pinjam dengan diana, eh ke dayana (bukan ko dayak) punya basikal semata nak berjalan-jalan. apekejadah sanggup sangat pun tidak diketahui. selalu paksa bapak hantar awal, dalam kul 2.10 or 2.15 camtu sebab ada lagi 15 minit untuk meronggeng di sekitar taman di tmn seri setia. macam haram jadah lagi kan? haha. adeh adeh. aku ade merambu sorang-sorang, naik basikal pergi jalan mane tah. ape tak takut pulak time tu. padehal sebok orang kecoh-kecoh hantu purdah itu. uuuuuuuuuuuuuuuuu. memang berani tak bertempat.
itu satu. ade sekali tu, tengah seronok meronggeng time-time waktu rehat pulak. pinjam basikal siapa tak pasti pulak. jalan-jalan dengan lin, aju, sape lagi tah. sekali kauuuuu, bapak aku lalu nak gi masjid. wadehelllllllllllll. memang muka pucat, siap berenti basikal lari kat bapak. haha. cam crap. pastu cakap, bapak sori bapak sori. tapi bapak aku buat dek je plak. sampai ke sudah tak marah pun. tapi stok muka garang ah. tetap takut kot. aku risau je dia lempang aku ke ape, tapi dia buat dek je. mungkin sebab dah berwudu'. aicehwah.
pang lagi!
sebab naik basikal jugak la kain sekolah agama rakyat aku terkoyakkkkkkkkkkkkkkkk panjang. cam, kalo lakukan eksperimen ke atas kain itu, macam kain batik lepas dah jadinye. haha. camane boleh tersangkut kat basikal punya besi ke tayar. siap ustaz adnan tegur pulak tuh. malu noks. hahahahhahahahahahahahahaha.
tapi agaknye sejak-sejak peristiwa aku asyik kantoi dengan bapak aku je, terus bapak aku belikan basikal eh, ke dia repair basikal raleigh abang long and kasi aku naik. dengan eena ngan izdihar. time ini aku tak ingat aku darjah or menengah? haihs. memang makan semut betul. ini pun heaven gak, tetiap minggu keluar petang. makan berger abang khalid jual sebelah rumah si azwan mazlan. haha. sedap okey berger terbabit, order kalau tak special tak sah. ataupun benjo sahaja. (tiba-tiba craving berger, tsk tsk) and then, jalan-jalan pergi ke taman terpencik (pencil la sangat) kat sebelah rumah MD caelygirl. haha. situ ada gelongsor simen itu. pastu ada papan kayu, cam buat slide. OMG!!! best gila-gila kot. mula-mula sangat tak berani, pastu lepas di'a lepas, eena yang kecil dari aku pun lepas, apehal aku tak lepas kan? memalukan. haha. seronokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat. kalau boleh nak ulang balik part itu. sobs sobs.
tapi ye lah. seronok tak long lasting. pas di'a tiba-tiba berubah suara dan menjadi tidak kawan kepada aku dan eena. dia berubah menjadi malu dan sombong tiba-tiba. ala, cam tak biasa kot budak laki akhil baligh. bahaha. aktiviti itu tiba-tiba stop. sedih ok. haha. tapi nak buat macam mana. no lelaki, susah la nak ronggeng-ronggeng.
sekolah menengah sekali sekala je aku lepas naik basikal. sebab ape tah eh. aku pun lupa. kalau naik basikal pun, rumah sape je. rumah lin gak aku tuju. pastu pergi jalan-jalan. best-best.
itulah dulu naik basikal, berjemur sanggup. sekarang naik kereta, air cond nak full blast.
rindu nak naik basikal. dan juga nak main badminton.
**rasa sedih pulak eena dah nak kawen. haha.**
No comments:
Post a Comment