Friday, December 17, 2010

mentalititi cam haram

yo wassap, assalamualaikum. ce kalau ustaz/ustazah time ceramah tibe-tibe wassapp yalllssss, howw you doiinnn (siap buat tangan hiphop gitew kan) agak-agak pakcik makcik yang datang kate ape?

kate ape? entah boleh pikir sendiri.

bak kata nabil (euw euw) "u ols pikirlah sendiri okek"

Sape-sape yang ikot updates kat channel E!News Asia mesti tau Marion punye preparation nak kawen, updates dari dia cari dress, pre-wedding shoot tu bla bla bla.

Dah selamat convert ke Islam, dah menikah dah pun. Alhamdulillah.

Untuk gambar (malas lalalalala) sile kelik ke beutifulnara. k tengs

Ape yang buat aku panas hati di hari jumaat yang indah, sejuk, permai tade masalah (senonye byk, tapi buat takde, teheee) bila baca komen kat situ. Ala, kalo korang bukak forum cari gosip retis Mesia ni pun, kalo thread tak sampai beratus-ratus page sebab mengutuk tu tak sahlah.

Tangan yang mengomen tu pulak macam tak sedar diri, entahkan baik ke entahkan tidak diri sendiri tu nak judge orang.

Tanya apesal nama Marion tu tak tukar ke nama lain (ok, itu lantak dia) tak tukar ke nama islamik maksudnya seperti Halimah, Aisyah etc. Why stick to Marion Rose. Untuk saya yang punya ilmu agama tidak setanding anda anda di luar sana, jika dia convert ke Islam, dan mendapat hidayah dari Allah, dan menjadi lebih baik dari orang Islam sendiri, KAU NAK KECOH CAM HARAM APEHAL? mentaliti orang melayu, tak suka nak tengok orang up sikit. biasa sangat.

Boleh ke suami dia bimbing dia kalau diri sendiri tak terbimbing. Oh tuhan. Kenapalah sebok sangat nak semak-semak. Itu antara dia, isterinya, dan Allah. Suami dia tau tanggungjawab dia, let him do the rest lah. Tak perlu memekak, tak perlu bising, tak perlu nak gaduh-gaduh pasal pandai ke tak, elok ke tidak. Masing-masing belajar. OK? Kita yang memerhati ni patutnya mendoakan pasangan ini bahagia, dapat menjalankan tanggungjawab sebagai suami&isteri yang baik, sebagai orang Islam. You know the rest.

Suka sangat predict orang yang baru kahwin ni berapa lama bertahan. Means, bercerai. Siap buat countdown cakap "ahh, tak sampai setahun cerai la ni". Come on lah orang melayu. Asal kawen artis je, korang doakan bercerai. Memang kalau tengok patternnya, ramai yang bercerai tapi dalam majoriti itu, ada juga yang bertahan sampai ke hujung nyawa. Baru je kawen, dah doa-doakan cerai. Dalam Islam ade ajar ke macam tu? Mendoakan yang buruk-buruk pada orang yang baru nak kenal Islam, baru nak belajar. I suppose we should let her see the beautiful of Islam, bukan menunjukkan ohhh, orang melayu (Islam ye) macam ni rupanya perangai. Nak gitu? MALU beb.

Marion tu gold-digger. Just because tak dapat kawen dengan anak Nasa tu, teruslah cop si Marion tu GD. Haih. Dah jodohnya dengan orang kaya, rezeki dia. Mendengki tak habis-habis kan orang bermental macam ni. *nyanyi lagu Kanye West* She has the package. Engkau ada? Sebelum nak simply fitnah orang, sila check diri sendiri dulu okay?


"Apehal lah aku tengok muka tak naik seri langsung". *PENAMPAR DENGAN TAYAR TRELER satuuuu!* Eh ape ke bagus sangat pemerhatian ko tu? Ada juga aku baca time Serina anak Chef Wan kawen, boleh ke cakap muka tak naik seri? Bloodyhell. Kiranya muka ko yang cakap tu, berseri-seri sampai tak payah pakai flash la bila amek gambar? Bersinar macam nur jatuh atas kepala? GITU? Orang tengok kau bersilau-silau siap kene pakai raybankah? Entah kawen ke belum yang tukang komen tu. Eeeee, marah betul la dengan mentaliti orang melayu ni.


Kalau ikutkan banyak je lagi menceceh-ceceh orang mengomen ni. Tapi malas nak ulas (ulaskee?). Haha. Orang yang berkahwin itu pakai duit sendiri ye? Bukan korang yang tukar support dan mengeluarkan duit untuk majlis diaorang. Nak grand ke, nak over ke, it's up to them.

Itu lah kalau diikutkan cakap-cakap orang sekeliling, memang boleh hancur hati. Nak sedapkan hati diaorang dari hati sendiri. Memang masuk wad mental.




** I'm not Marion's stan ok. My 2cents je pun **




Hafffyyy Friidayyyyyy!

No comments: