Wednesday, May 30, 2012

konpiden pun bagus apa

Baru je balik dari HUKM. 


Bawak mak jumpa Prof Ismail. Routine kot ye pun. 


Kali ni datang Bangi, semua berhangkut. Sebab berhangkut? Nak lari dari masalah. HAUHAUHAUHAU. Ok tak lawak pung. Saje je, sekali sekala bawak maklong & farris tukar angin. Amek angin Bangi. Dah lama sangat terperap kat Teluk Intan khen. 


So, ke HUKM semua nak ikut. Kang kalau tak ikut mula la sorang sorang pening kepala nak masak apa, nak makan apa. Yang sebenonye maleh, tak gitu aunty R? HAHA. Di jadikan cerita, before gerak ke hospital, bangi dah start gelap gelita. Woohoo! Hujan lebat, Alhamdulillah. Tapi hujan lebat dari start rumah abang cik sampai keluar ke tol exit Kajang. Then, masuk ikut balakong tetiba tak lebat. Renyai-renyai. Sampai Bandar Tun Razak ala-ala je uols. Tak la lencun aku jalan dari Stadium Bola Sepak tu ha. Boleh lagi la jalan laju-laju padehal bladder time tu YA ALLAH. Siap doa dalam hati, jangan terkenc masa tengah jalan. Malu iols nanti. 


So today, HUKM is a bit busy. Hari ni ada keberangkatan tiba Canselor (eh butui ke eje ni) UKM, Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan nak rasmikan birthday fakulti perubatan UKM yang ke 40 tahun. Pintu utama memang tak ramai orang lalu lalang. Lagipun ada macam orang yang jaga, bagi tak pijak karpet merah. Tapi, jangan khuatir, aku lalu siap pijak. Ampun! Tak sengaja yalls. 


Yang aku konfiden ada pesan kat mak aku suruh tunggu pintu lagi satu. She knows HUKM well enough. Dah aku jalan pergi pintu satu lagi. Siap call lagi mak depan farmasi ke? Haah, depan farmasi ni, cepat la datang. Gitu. Lagi la aku cepat padehalnya mereka bertiga, iols bersatu. Eh. Sekali takde kat depan farmasi. Aku dah cuak dah. Ni depan farmasi dekat escalator la ni. Sekali tahap kekonfidenku hancur. Rupanya, theyols tunggu depan kaunter pendaftaran. Sekian. Mak konfiden cakap depan farmasi. Dah la ala-ala tak boleh lalu situ sebab ramai benau polis. 


Tapi hari ni memang banyak aktiviti terlebih konfiden. 


Sebelum masuk jumpa doktor, ada jugak patient nama Mariam. 


Yang ke depan, mak aku dulu. HAHAHAHAHA. Padehal Mariam lagi satu. 


Pastu, Aunty R pulak konfiden. Sibuk cerita pasal ICT. Dia pun konfiden, "sekarang ni kan ramai orang pandai ITC. ITC ni sekarang hujung jari je". 


Selain dari ITC, pasal abang cik tengok kalender. Nak tengok tarikh sebenarnya. Dia sibuk cakap, "Abg cik tu mesti pakai kalender dari 4Life mak tu kan? Senang kan guna kalender tu tengok tarikh. Zap zap je".


Padehal Abang cik tengok guna Iphone dia.Apa yang zap zap pun aku tak paham. hahahahahah


Eh, banyak la mak dengan kakak dia buat lawak konfiden terlebih ni. Muka tapayah cerita memanggggg konfiden habis. Salah takpe, asal konfiden. 


But that is just one of the reasons why I heart them most.


May Allah bless them with good health insyaAllah :)


Amin!











Monday, May 28, 2012

Mak oh mak

Semalam tengok nona kat tv3. Cerita pasal wanita berblogging and at the same time, can earn money juga. 


So, dia tanya lah macam-macam soalan. 


Mak : Blog ni, kerjanya menjual aje ke?
Mak : Mak rasa budak yang jual tudung tu pasti anak orang berada (tetiba)
Mak : Shima ada blog?
Mak : Buat la blog, kot-kot dapat duit macam diaorang. 


Kalah inspektor polis punya tanya. Banyak lagi dia tanya, tapi tak ingat sangat. 


Sebagai anak yang jujur separa, aku cakap la aku takde blog (diiringi bunyi panah petir) tapi I used to have one back in 2000 until 2004/05 gitu. But those were the days yang aku memang online kerjanya, update blog. Tapi dulu takde nuffnang. Ke aku yang tak tau? Haha. 


Dulu zaman blog, siap ada orang hostkan. Update through php uols. Tak macam sekarang, simple je kerja. Dulu, buat header sendiri, pecahkan 3 column senang-senang je. I learnt all the html codes from lissaexplains. Dari ada bintang-bintang kecik yang follow kat cursor, kalau klik sparkle keluar. Super fun tahu. Alangkan adobe photoshop tu pun, belajar secara raw dah terel (wah berlagak kau shima). I mean, edit gambar, buat vector (dulu-dulu vector punya lukisan memang famous. Kalau tak buat, nampak sangat kau kuno, hohohoho) and downloading hundreds of brushes & fonts. Ye, dan sumber rujukan adalah 100% internet. 


Yes, those were the sweet days of blogging. 




Lagipun, sekarang aku adalah pemalas. Update blog, kejap tak kejap ada. Kejap tetiba rasa teruja, kejap tak terasa apa-apa. I'm so unpredictable. 




*tumpang lalu sambil tunduk-tunduk* 









Wednesday, May 23, 2012

orang yang tak faham bahasa ni, nak layan macam mana?

Having troubles dealing with other people lately. 


Troublesome pun bukan dengan orang jauh, orang terdekat aje. Terasa macam nak take it easy, but I just cant. Tapi, bila tengok the ohsem ladies dekat rumah ni rileks aje, takkan la aku pulak yang lebih sudu dari sudip kan? Tak best pulak. Aku yang beria-ria, orang lain tengok aku cam terkinja. 


Haha. Tak lawak. 


Kalau berdepan dengan orang tak paham bahasa, kita selalu buat apa? Certain orang akan guna signal. Ye la, dah bahasa tak paham kita gunalah hand-gesture ke (nenong nenong, kontroversi), signal tulis kat board ke, tunjuk muka masam ke and the lists go on and on and on. 


Well, kalau dah dua-dua tak paham, bahasa mahupun signal what should I or you do?


I'm trying my very best to stay positive. Habis semua motivational links especially dari Dr Muhaya aku dok baca untuk mempositivekan diri. 


Hey, nak jadi positive ini susah kalau hati tak kuat. Ada je banyak benda kiri kanan or situation dok cucuk-cucuk suruh buat benda lagi syaiiitoonniroojimmm. 


Me not liddat.


Tapi ye lah. I've been psycho-ing my self to be a freaking positive lady. It has been working wonderfully sepanjang mak aku tak sihat ni. Tapi bila ada lagi satu hal yang aku rasa tak patut pun terjadi, dan terjadi dan boleh disetelkan oleh orang itu tapi orang itu tiada paham bahasa & signal. Iols snapped. 


Ada orang kata buat bodoh, TAPI IOLS KENOT. T___T




Makanya, nak pergi menghabiskan makanan. Mak suruh. (nampak sangat tatau nak setel)



















Monday, May 21, 2012

Memang hobi saya badmouth orang

These few weeks, memang banyak dugaan. Macam-macam rasa, tak best, kejap happy, kejap tak, kejap suka, kejap tak. Biasalah, kot?


Aku memang manusia slowpoke, I admit that. Tapi aku regularly or senang cerita religiously akan sentiasa dapatkan update dari twitter. Sebab twitter memang updates sentiasa tiptop laju. 


Nak dijadikan cerita, aku ada terbaca pasal Irene Santiago Fernandez (ok malas google) but pasal kes pekerja Indonesia yang rasa Malaysia bawak masalah pada diaorang. Dengan kes kena bunuh, kena dera lah, apa lagi. 


Padehal, itu nak dikirakan sekelumit dari apa masalah yang orang Indonesia bawak ke Malaysia. 


Lagi mau demand. 


Macam kes terlatest ni, pembantu rumah abg cik. Lari dari rumah - katanya stress kerja. Nasib baik lari ke rumah cousin aku. Pandai pulak dia. Pandai.


Aku tahu skop kerja dia macam mana. Aku tahu juga kakak ipar aku garang gila orangnya. Ok, part garang itu aku highly concern sebab - 


1. Maid tu orang baru, freshie la senang cerita. Baru datang macam tak tau nak adapt pada new life. 
2. Hari-hari kena marah. Sikit-sikit marah (ini aku hari-hari nampak)


Concern sebab, dia jaga budak dua orang tu. Dibuatnya, dia tinggalkan kan nayo. Itu aku tak pasti la akak ipar aku tu pikir ke tak. Malas nak cakap. Dah dewasa, tau beza buruk baik. 


Oklah part kena marah memang aku kesian. Lagi-lagi mak aku. Dia mana boleh orang naik-naik suara. Dia naik suara takpe. Haha. Ok tak lawak. Orang sakit, nak persekitaran calm, tenang, positif. Ini tak, negative je memanjang. Mak aku dah gelisah. Aku rileks lagi. 


So bila dah part lari dari rumah. Memang kecoh. Bila selidik, boleh pulak la dia mengata buruk side sini, mengata buruk side sana. Nice one huh. Aku tau la kau tertekan, but the point is why you want to badmouth my family. Apa kami tak bagi makan? Apa memang suruh kau basuh baju guna tangan? Apa kau kene mop lantai guna tuala good morning?


Takde kot.


Belah sana, dia kata buruk pasal kami (mak & aku). Belah aku, dia kata buruk pasal belah sana. 


Cantik. 


Kalau hari-hari menghadap cerita tak betul, lama-lama boleh la termakan sikit kan? Mula la masam muka. Mula la ada side sini kecik hati, side sana kecik hati. Padehal, pasal mulut tu aje. 


So, conclusionnya kalau dapat pembantu rumah yang betul betul zuhud berkerja untuk keluarga, alhamdulillah. Hargai baik-baik. Sebab kalau dapat yang betul, lancarlah perjalanan rumah tu. Kalau dapat yang kurang, meranalah. Sakit hati, sakit jantung, sakit mulut, dosa banyak, kerja nak merampus je sebab tak pernah puas hati, asyik buat salah itu ini, mengata orang sana sini. Even ex-maid abg cik pun cakap, ala makcik orang indonesia memang suka berdrama drama. 






Yeah, like you.































Saturday, May 12, 2012

Alasan banyak sangat?

Assalamualaikum

Bila bersawang blog, tapi hari hari ralit baca blog orang lain, pandai pulak nak menjeles tanpa alasan. Padehal kalau ikutkan aku la manusia yang paling banyak alasan. 
Yes, I am full with alasans sampai aku sendiri kadang-kadang rasa "eh, i should stop."
Banyak kali dengar motivasi especially Dr Muhaya. Siapa dengar ikim.fm dia tahu *ehem ehem*
Motivasi especially part-part orang yang banyak alasan. Kau hingat aku tak terasa ke? Terasa mak noks. Sangat. Apa je yang aku tak beralasan sekarang ni. 

Paling famous, sambung belajar tapi guna alasan I am taking care of mother now. 
Kalau dulu, 6 months ago boleh diterima sebab HUKM was like my second home. Tidur di wad seminggu direct siap ada akak pekerja Indon tu dah tau favorite lauk tapauku. Awww, sweet sangat baru seminggu belum sebulan, eh. Ulang-alik hospital itu adalah normal. Parking di tepi stadium pun normal walaupun ramai tanya, kenapa parking jauh sangat? Jawapan - exercise. 

Back to the first point, alasan. Aku tau alasan tu kukuh dan separa tak kukuh juga. 
Kukuh sebab ikut hati dan perasaan aku, aku tak mampu nak biarkan mak drive ke pekan, drive ke pasar, pergi pasar, berjumpa dengan too many people yada yada. Senang cerita, aku tak mampu nak lepaskan mak aku kembali berdikari sama macam lepas arwah bapak meninggal. 
No. No. No.
Selagi aku ada kat rumah ini, tanggungjawab aku memang akan make sure, condition mak tip top. Walaupun dia kata, "mak ingat nak try try la bawak kereta balik".
Eh.
Aku terus bangkang. Haha. I know it is a good sign for her, untuk buat benda yang dia selalu buat before di-dignosed. But, bagi aku tak payah.All her chores yang dia buat dulu, aku dah take over sekarang. Alhamdulillah. 
Kukuh tak? KUKUH kan?

Kalau separa kukuh pulak, mak aku selalu bising aku online 24/7 in front of laptop tapi tiada hasil. Hasil bagi mak adalah, I read at least 2-3 articles/journals/theses a day. A DAY YALLSS. Aku dulu duduk kat shah alam pun, satu article pun berjanggut. Adaaaaa je kerja bukan-bukan nak dibuat. See, aku beralasan like that. 
Senang cerita, mak wants me to continue kerja yang tertangguh. I do want to, BADLY. Berdoa kat Allah hari-hari mohon rezeki murah nak habiskan pengajian yang tertangguh. 
Ye, berdoa mesti bersungguh, tapi ikhtiar, usahanye kemana?
Tapi, slowly aku dah cuba stop beralasan. Kalau alasan tu jatuh kategori tak kukuh/separa kukuh, aku memang tak ada alasan dah la. Memang aku buat kerja tu sungguh-sungguh (sangat)
Sekarang kat rumah, ada list. What-to-do. At least 6 things need to be done, a day. A day. Payah woi (alasan, sangat) tapi gagah juga buat. 
Doakan aku keluar dari kepompong beralasan ini. Penat sangat otak pikir alasan tapi tak pernah nak critical pasal articles/journals. BAHAHAHA. not funny. 

Besar harapan nak setelkan pengajian ni (cewah). Doakan :)