Monday, September 6, 2010

rayaaa datang lagi!!!!

(sila jerit dalam style tora datang lagi!)


Tiba-tiba rindu kat Tora, coklat dgn free toy dalam kotak tu. Oh~


pang!


Sedar tak sedar, lagi 3 hari aje lagi nak raya!! Tapi macam tak raya pun this year. Itu aku sedarlah. Mak long tak minat nak buat kuih raya, kuih semperit kuih kegemaranku. Sobs sobs. Dia kata tahun ni buat kuih tunjuk je lah, tak kuasa katenye nak pung pang kat dapur. Kecewa hati ini. Baru nak putar alam. Cis. ==__=="


Dari puasa pertama lagi aku dah bising sebab tak ada baju raya. Haha. Loser tak loser. This is because aku tak rasa nak raya sangat tahun ini. Itu pasal bila sibuk sembang kencang pasal baju raya, aku lah manusia paling excited menggelabah sebabnya semata nak rasa hypenya hari raya. Apekandaya, umur je 23, tapi otak masih 12 tahun. Excuse me. =P

Tapi mungkin percentage hype raya dah merasuk dalam diri ini. Aku sudah ada baju raya baru!! Fully sponsored by mak long. Itu pun setelah tawaf PKNS Shah Alam tuh, sampai aku rasa kaki aku tinggal nyawa-nyawa ikan dah. Over kan? Memang. Haha. Nak buat macam mana kot? Dah lama tak buat aktiviti shopping atau pun secara ilmiahnya, berjalan secara rawak selama beberapa jam tanpa henti, dan juga di bulan puasa. Sangat seronok. Kesian mak kene teman anak dia. Kat PKNS aku berjaya rembat sepasang je pun baju, mak la dapat 2 pasang. Satu baju kurung, satu jubah, and then satu tudung ariani. Talking about ariani. Omaigod. What's the hype? Aku tengok macam nak runtuh orang rebut beli tudung-tudung. Aku pulak rasanya the only person yang buat muka terpaksa, semata nak teman mak beli. HAHA. Sebabnya mungkin,

a) aku tak berduit seperti mereka mereka yang membeli sampai rm520. wtf.
b) aku tak berminat nak pakai tudung awning. walau begitu, aku ada satu, hitam. beli pun kat Gerbang Malam, rm10 je. Lin cakap macam orang arab, tapi ade orang itu cakap macam bibik. wadefukkk
c) aku belum datang seru nak pakai tudung begitu? aku lagi suka pakai tudung bawal or shawl. Tudung bawal tetap dihati. ecewah.

Tapi ingatkan hari tu nak belanja mak tudunglah, what to do. Duit tinggal sikit. Cukup-cukup buat lepas isi minyak + tol untuk balik ke Teluk Intan. Lain kali ye mak. Dapat gaji tusyen, shima belikan yang baru. Mithali sungguh ayat.

Aku tadi nak cakap pasal raya, mesti tiba tiba meleret masuk pasal ariani pulak. Adoi.


Nantilah pasal raya. I'm in a hunt for tudung/shawl for my baju raya.




*nyanyi lagu raya*

No comments: