Monday, December 29, 2008

balik dah ke shah alam

hoi hoi

benci la nak balik shah alam.

huk huk

sudah masuk itu semester 6 lah.

the time table also madness.

classes sgt pack padehalnye credit hour 14 only.

so cacat la sape yg susun jadual. pffftttt.

hopefully there will be some changes in my time tables. come on lah. hari khamis free, friday got classes till 5pm? aku nak friday free so i can go back home!!! wuwuwuw (belom balik shah alam lagi, gosh. shima suda kronik. major HELP here!!!)

T_______________________T

my nose still tak elok lagi. batuk2 pun ade kahak lagi. itu adelah signs suroh duduk kat rumah diam-diam. tayah balik shah alam (ai terok benar tamo balik nih -_-) Huhu

sesodah pulang shah alam, i wont be updating kot.

gonna be busy here and there. dari dulu lagi nak apply sticker for my car taboleh2. the server has been down like forever? sape punye idealah nih. menyusah betul. (okey padehal ade gak salah sendiri sbb tak apply awal2, tp lantakk!!)

im gonna miss my mom, my mom lagi,my mom, mak, mak mak n mak, mak lagi

sedey nih (sambil nanges dalam hati)

mengantuklah. haih. maybe tido kejap n then makan, solat and later berambus balik shah alam.

gonna miss you my bloooggiieeeeeee (slap me someone)




oh yea, aku juga rindu sama lin dan aju byk-byk.

itu encik abg sayang (yg hari2 gaduh tak hengat. adei)

my friends yg lain (itu so-so sahje, muahahahahhaha)



moi so jahat lah.


jumpe lagi


insyaAllah ;)

Wednesday, December 24, 2008

lain kali bagi signal la bodoh!

kereta tuh ade signal kot?

lain kali bagi SIGNAL!

aku bawak keter bukan nak jage hal ko sahaje.

aku pun jage hal sendiri jugak!

kepale otak tuh pandai kan? kereta nak pakai besar-besar, tanak bagi kereta tuh kene langgar or calar.

senang, BAGI SIGNAL LA BODOH!

tak kurang sekilo pun berat kalo nak bagi signal tuh. tak lenguh pun tangan nak bagi signal. jari tuh gerak sikit je. kau selamat. aku selamat. tayah aku kesah-kesah nak jage hal ko. macam ko bayar aku nak jage hal ko kan? tade kan??

benci betul la dgn org yg tak bagi signal nih. tak pasal2 aku yg kene emergency break. dia rilek2 je. macam siyal. dalam kereta nak kene carut2 je agaknye.

lagi lagi org ca ya nun alif.

bawak keter tak penah nak bagi signal, peh tuh pakai masukkkkkkkkk je tak tengok kiri kanan. peh tu dalam keter tesengih2 like shit. urgh.


ba alif ba ya.


balik2 umah, astro plak tade.

sume nak kasi hati aku panas lah neh.


dah la demam. i feel like shit.


damn.

Friday, December 19, 2008

cerita mereka asyik nak karut binti marut aja

yey!

result dah out. Alhamdulillah. tade paper yg fail. itu je yg penting sangat2 bagiku. i didnt mind about my pointer. tiada kesah (sungguh benar) asal aku tak repeat itu paper RESEARCH, itu paper DIFFERENTIAL EQUATIONS dan juge paper PHYSICS yg sume saiko2 susah.

  1. Introduction to Research Methodology.
    Memang tak suka subject nih. sumpah tak suka. tapi buat-buat suka. siap duduk paling depannnnnnnnnnnnnnnnn (to motivate me lah kan) kat dalam lab tuh. even the lecturer mmg power pun cant help me. First test pun ala2 jer markah, then second test mcm bagos sket markah because cakap2 ngan ana. hahahahah. ops, bukan cakap, berbincang secara halus malus. HAHA. dah la duduk depan, ade hati nak mentiru secara public. tapi tidak mengapa, prof aku seorang yg memahami. (ayat bodek, tapi terlambat sudey.huhu) then, when it comes to making the pra-thesis. lagi la hancor. i did take notes sume tapi tak msk kepale doe. mmg dasar otak beku kot. Prof dah bagi dari awal sem, tapi aku ngan zila wat 5 more days before nak submit. mau tak mengelejat tak tentu hala. tidur mmg tak lah, tidur lepas subuh then pukul 8 pagi bangun balik (baek tayah tido ye dak) muke tekelat2. haha. mata jgn cerita la, double, triple, fourple (okey, tiada. shima u get out!) berlapis2 eyebagsnya. kadang2, eh bukan selalu menangis di dalam hati. kadang-kadang bergelak ketawa tapi masih di dalam keadaan horror akan keadaan pra-thesis tak siap-siap. boleh bertepuk tampar, tapi rasa nak mati bila2 aje. HAHA. statement harus dramatik sebab mmg betullah! padan la muka buat telebih last minute. bak kate fareeq (eh fareeq tbe2? i know someone smilingggg ;p), ala, esok nak hantar pun boleh siapkan. tapi betul lah, siap juge semuanya!!! and alhamdulillah, LULUS! itu yg aku suka sgt. nak celebrate secara total. hoyeah!
  2. Differential Equations.
    Ni la subject killer yg aku tak reti2 nak paham. every test asyik nak flunked je. mmg la tak fail, tapi takat-takat nak mati dah. so, mmg target aku paper ni musti jahanam ke longkang. mesti fail la. sebabnya, lepas je kluar dari exam hall derang berbincang2 (mereka mmg, aku tak paham la kenapa) menakut2kan aku dengan bagitau jawapan. and all their answers TIDAK same dgn aku. TIDAK SAMA. and that freaks me out. dan aku turut join mengiyakan aje jawapan diaorang. padehal dalam hati rasa dah nak mati dah. tinggal nak mengucap. betulllll.. nasib baik lulus. sebab aku dah tak sanggup nak integrate berkali-kali tuh. penat otak weh. aku mmg tabik spring kat org yg suke subject nih. TAHNIAH WEH TAHNIAH SEBAB OTAK ANDA MMG BRILLIANT! kah kah kah
  3. Physics Waves & Optics bla bla
    Even tajuk panjang pun aku tak berape nak ingat. ape nih shima? cuti tak sampai 2 bulan da lupa2 tahap melampau. adekah aku makan semut telalu banyak? HAHA. time belajar subject ni mmg enjoy lah. sebab lecturer, miss farah sangat2 sporting. umur cam 25~26 kot. so, otak nak mereng-mereng aje. tapi sgt strict on giving marks lah. nak buat slacknye, final exam punya paper. masyaAllah. budak-budak math dapat jawap gile lancar lah (berbaur dengki melampau) i can see clearly they can answered 4 questions yg budak physics takleh buat. sah-sah la lecturer derang provide exercises yg menepati soklan. tapi kami tidak buleh!! dah la tak bagi unit for this one symbol. satu question markah nak 8? like hello. itu aje ade 2 soklan. another question, suruh terbalikkan formula juge bermarkah 8? semua nak 8 lah! mmg ong la aku jawab soklan-soklan begitu. naseb baek lulus. sbb aku tanak ngadap muke cik farah lagi. bukan benci tapi merasa dianaktirikan. ini BENARLAH!sayang sangat kat budak-budak math tuh, kami yg budak physics cam nak tak nak je bagi hints or whatsnot. shima berbaur jelesy yg melampaulah bukan? HAHA.
hoi melampau benar aku marah nih.

out dulu. nanti update pasal trip gi bandung + jakarta. abg ku baru pulang. nanti dia mesti sebok2 nak guna my laptop oso.



Thursday, December 11, 2008

hari indah utk esok dan esok dan esok lagi.

these few days had so much fun spending time with my friends. ronda-ronda JJ ipoh. watched twilight. asal la JJ ipoh de like 5-6 movies je. damn.



hofff...

see. see. see. sdg dalam phase admiring this guy la after watching that movie. tapi setelah ku terjumpaain gambar bulu ketiaknya like OMAIGOD. this guy, at least trim la weh! i know you ada itu sikit bulu2 panjang (he's hairylicious, ;P) terus terjunam ke dalam gaung my feeling. HAHA.

my Hari Raya was so-so aje. tade sape pun balik. bg cik pun raya belah family kak as since raya dulu derang beraya kat sini. no hal la tuh. cuti pun sehari je, penat je kalau balik. my mom n my aunty masak spaghetti bolognise (without meatball.sy gune hotdog je la, huhu) dgn rendang ayam yg delicious. makan non stop since i didnt know what to do. then tido like nobody business. raya mcm tak raya onleh. huhu

im gonna go for vacation with my family. gi jakarta and bandung. short trip only. my uncles & aunties will be coming soon (kot). i'm not done packing tapi at least 85% dah setel masuk beg. only couple of things left blom masuk beg lg. aku mahukan fun! fun mari kaw ke sini cepat! (peh tuh segerombolan orang sepak2 saya, haha)

to my friends, dont miss to much k. i know i'm gonna miss you guys. to lin and aju, jgn gi mcD dulu before me. hahahahahahha. apehal ayat nak dengki. nanti aku balik kite gi same2 menjahanamkan mcD tesebot k! (diamond bay baru je nak ade mcD, so proud. muhuhuhu ;P)


not gonna lie. i'm sad.

Wednesday, December 10, 2008

jangan dan jangan

just dont.

dont tell me you love me, cannot live without me, missing me too much and it hurts you, feel like crying if you didnt hear my voice, ya da ya da ya da ya da and then in a single snap, you tell me "i've got to go. my friends are waiting"

what the hell?

you know how to make me feel happy and miserable at the same time.

why dont you just tell me straight, "i'm going out with my friends", without telling me all those sweet words.

i can bear with that. seriously.


jangan nak kata rindu kat aku kalo dalam kepale ko tuh dah set nak keluar dgn kawan-kawan ko. just jangan.


aku tidak jeles kat kawan2 dia.

no i am not.


saya hanya marah.


done.

Thursday, December 4, 2008

ich liebe meine Mutter



MAK, SHIMA SAYANG MAK GILE2 AH!
(sile translate sndiri ke bahse french german. hofff)

mwah mwah

;)

p/s : proses bodek membodek sdg berlangsung. biasa la tuh. lalalalalalalalalalalalalala~


update
baru je ade elektrik neh. tadi black out mari. adoihai. baru je tak sampai setengah jam berbijik2 bintat gatal kat tangan ngan kaki.hey nyamuk nyamuk sekalian alam, berani eh ko nak gigit2 aku banyak2. siap korang aku saman. aku kenal belang2 korang (bajet belang nyamuk = no plate kereta. HAHAHAHA) abes la korang. esok ade a surat saman kat dalam post box tuh. HUH!


shima, pergi ke kiri sekarang secara senyap-senyap!

pergi!


esok itu mintanya hari indah. nak nyanyi (okey, sudah lebih)


*syaitonirojjim laughs*







Wednesday, December 3, 2008

aku mmg suke berjalan2



bila langit sangat cerah.
telefon berdering.
jom pusing.
ayuh!


tidak lame selepas itu.
sebijik keter hitam yg gile kiut.
ade sodah kat depan!
weng weng!


ini cik ju.
mule2 macam malu2.
eley eley dia.
close close face pule!
(siyes pantun 4 kerat)



tadaaa~
tidak close face dah.
kalo close face, nanti eksiden pule kan kan aju kan?
lawa dia hari tu.
pink okey.



ini vvip.
dok belakang!
nama dia cik razlina ramli
mari mari
waves kat lin ramai2



ah. muke ku lagi.
hahahahahahahahahahah.
lin gile cute okey.
sangat cute.
aju, maaf. gambarmu hanya sikit.
my hand tak reach ah (ape ni ayat. ke kiri ko shima!)



ini shima.
hi again.
pemilik blog ineh.
HA HA HA.
mata satu.
syaiton?



ce teke ini ape?
teke la teke la

ini sekawan lembu.
otw balik rumah katenye (sekawan lembu itu katelah..)
haha

tamat sudah presentation hari ini.

w'salam.

hoff...

Tuesday, December 2, 2008

hingus pergi!


"tu carwash 6 ringgit je"
"pegi la situ"
"cuci la kereta ni, berabok sgt"
"warna kuning pun da tak nampak" (ini tipu semata2. Har Har)

shima malas.

tahap kelajuan ayat berikut sgt pantas je keluar. lagipun tanak la bohong di kala berpuasa (okay, tiada kaitan di sini)

i will send the car to the carwash. dont worry about it. my yellow wink wink still yellow la

sudah berhari-hari hidung nih membuat diriku struggle yg berganda. terbersin di kala cuaca yg panas. kadang2 terasa meremang2 bulu roma, dan feeling nak demam yg sungguh tak best. sangat tak best because i will ended up ketiduran (eh bukan fevret anda shima? haha. tipu!!) ye la ye la. i love to sleep. tapi kalau demam, tidur macam mana pun still you feel sick.kan?kan?

speaking of meremang bulu roma.

ade one night around 3am++ kot, i was happily brushing my teeth at the toilet and i heard someone crying.(hoi jgn igt aku menangis pula. kerana aku kan sedang memberus gigi. macam mane nak menangis sambil happy2 memberus gigi. aneh la ko nih!) tak tahu la kan kalau itu perasaan je, tapi seriously. suara menangis yg mendayu2 cam hantu itu. ha, hambek. sangat mendayu-dayu sampai naik-naik bulu roma. baru nak riang ria berus gigi, tros lari secara laju ke arah bilik without tutup lampu and oso not looking at the mirror. pagi tuh subuh, mak bising

"sape yg tak tutup lampu toilet nih?"

semua menunding jari ke arah farizatul shima (angkat kain putih,haha)

makanya, untuk mengelakkan perkara menakutkan diri terjadi lagi, adelah dicadangkan

  1. mak buat toilet khas utk shima dalam bilik tidur. sebab semua toilet di luar bilik tidur. (padehal tidaklah di luar rumah) kadang2 ketakutan utk membuang apa-apa (buang ape ko neh shima? to the left!)
  2. ade mak nak layan cadangan terlebih bernas ko tuh shima? next!!
  3. dah tau agak takut (penakut sebenonye. har har) berus gigi dan cuci muke sebelum tido secara laju2. secara laju2 bukan bermaksud 90km/j. (hoi ko nak bagi berdarah ke muke? tanggal gigi dan tangan, sebab tak sangka boleh capai kelajuan 90km/j)
  4. engko tido je la awal. sebelum ahli keluarga lain masuk tidur. contoh, macam pukul 9 dah siap2 nak tidur. biar semua hairan. asal tak takut sudah. HAHA
  5. itukan makhluk Allah juga. jika dia menangis. biarkan. jika dia mengilai. biarkan juga. jika dia tiba2 ingin bermain sep sep tom tom bersama. okey, jgn biarkan. lari secare laju dan kemudian demam 7 hari.
sekian.

these few days petang dah tak hujan lagi. langit sangat cerah. dan panas juga (tiada rungutan, air cond sila full blast sekarang!) which i think it's good. ingin juga keluar dari rumah dan bermain2 tapi sifat mazmumah iaitu malas tiba2 menguasai diri. (cepat korang pakse aku keluar dari rumah, pakse la aku pakse cepat!)

hari ni baru nak start puasa. puasa sunat zulhijjah (mak kata) tapi saya puasa ganti al-hijjah (okey, to the left shima) haha. ganti nak banyak juga kot. tapi padanlah muka kenape tidak berpuasa enam pada hari dahulu. (smbil menangis dalam hati) tapi tidak mengapa. puasa la sikit2 dulu. tapi mak sengaja cucuk2 aku semalam.

"nana pun da ganti puasa banyak tau"
"berapa dah dia ganti"
"3 hari"
"eleh, sikit je kot"
"dari kamu"

perasaan ketika itu equals to bagai jatuh ditimpa kerusi rotan.

kalo nak diikutkan mmg tak patut ade rase ape2 pun. lantak nana la kan. dia nak puasa 3 ke, puasa 4 ke (mummy nana kata, org lain puasa 6 dia cipta puasa 3. biarkan. HAHA) budak masih hingusan lagi. tidak mengapa. tapi jgn compare saya yg berumur 21 (erk?) dgn budak 11 tahun itu.

nana puasa 3 (malas la tuh, cut short dari 6 ke 3, hebat)
shima tak puasa 3 atau 6 (ter HEBAT u!!!)

saya agak malu.

oh well.

takpe mak. shima puasa la ni. hati pun suci murni lagi tulus je hari ini. tiada unsur2 ingin mengumpat atau sebagainya. mata sudah ditutup close close (sudah tutup, diclose pula) dari menonton movie2 yg 18sx (HAHA, kenot go ini ayat. lin, sepak aku.pretty please ;p) sebab semunya sudah dibereskan semalam (er, semalam ya semalam)

*insert gelak syaitonirrajim here*


tapi hari2 aku bukak ohnotheydidnt!

macam mane tuh?


















Saturday, November 29, 2008

saya hampir putus urat. (erk?)




gambo org2 faveret aku. mesti la aku pun ade. hua hua


wah hari ini tidak hujan! marilah kite berdondang sayang.


sesunggohnya rakan, sepak la aku. siyes!

Thursday, November 27, 2008

im bored to the z

hari hari yg dilalui oleh saya mudahnya sangat bosan.petang selalu hujan. NO, saya tak pernah nak marah2 kerana hujan, bukankah hujan itu rahmat dari Allah. Harus bersyukur. Tapi biasalah manusia, bila panas melenting2 la mulut tuh cakap. Bile hujan tak berenti2 pun asyik merungut2. hoffffff (amir, i copy u.haha) tapi tidak tahu mengapa, perasaan bosan itu mula, meneroka jiwa dan diri ini. saye dah cube menonton tivi (cube shima?) bukan, saye bukan cube menonton tivi, saya mmg melekapkan diri di sofa itu dan menonton semua rancangan yg ada di tivi. secara pukal saya tonton. sampai remote astro itu seolah2nya melekap terus di tangan (ce bayang spiderman, wewitt -_-) dan mengakibatkan abg saya, mak saya malah mak long saya kurang (MUNGKIN AMAT TIDAK) berpuas hati dengan perlakuan sedemikian. tapi kan saya hanya pulang jarang2 ke rumah (oh shima.kaw menipu berdas2 disini) pedulikan.

okey, kite tukar kepade kaler yg lebih ceria!

shima suka kaler green. even though my car is yellow, but still green conquers! wuut wuuut!! (sebenarnye, tiadalah ape kaitannye dengan penukaran kaler font, ini adalah sengaja je)

these few days asyik ym dgn abg long jew. lol. sgt sarcastic abg aku tuh. kekejian melanda dirinye. harus la nak buli adik dia yg baik lagi sopan santun nih. mentang2 la jawohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kat sane. (tibe2, saye begini. WHY?)

I just dont know why.

mari2, kaler perpel pule. cantik okey. so meriah with kalers2. i need to do something with my life. i've been doing nothing lately. sgt produktif di medan katil onleyh. siyes. sume org tahu mane nak cari saye. carilah di katil. aku sedang berjuang membuat taik2 mate. (ahhh, geli geli. geli tak?) itu tipu lagi la kan. hari2 setiap petang, masa diisi dengan menonton cerita dongeng indonesia di tv3, kemudia beralih sebentar ke ellen degeneres show (klako nak mampoih aih. hi zac efron, anda kacak gila! ohhh~) dan kembali ke tv3. Rahaasia Pelangi n then Puteri Salju.
see how productive i am? selain tidur yg menentu banyaknye, bil elektrik rumah pun pasti rocket high la neh. *insert gelak syaiton here*

jeng jeng jeng.
kaler yellow! kale kete ku. yang ekceli makin da rupe nak hitam becoz i malas nak lap. tak macam lin, rajen gile lap okey. aku suke perangai macam tuh. jangan tiru shima. shima sgt lazy gile. my mom always sakit hati tengok me lazy-ing in front of the tv. instead of helping her cleaning the house or cooking at the kitchen, i am always not there. saye musti di hadapan tv. secara jujur la kan, saya bukan the cooking type of girl. tapi saya suke basuh pinggan. HAHA. ape neh shima, kate tak suke cleaning?! tapi saya suka masak apabila tiada org suruh masak. bila org suruh masak preassure okey? takot tak sedap la, tak cukup garam la, tawar la, termasin la. itu yg berbagai2 alasan digunakan apabila mak suruh masak. hihi. tapi tibe2 datang seru (kuali kat dapur seru berkali2 kaw, seram sejuk wooo) dah terajin. sangat aneh.

sebenarnye tade mende nak dipostkan pown. masih lagi di fasa merapu yg hebat lagi berkaliber. aku mmg begini. lagi la jari2 ni kat keyboard lagi mende bukan2 nak taip haih. haha. sedar tak sedar 5 kaler siut aku gune utk post nih.tapi sesungguhnye, suke hati aku lah kan nak gune berapa banyak kaler pun. sebenarnye, dengki kat lin sbb dia start pake font kaler2 dulu. mane bley ko wat dulu! aku pun nak gak wat (begitulah ayat2 dalam hati aku setelah mengetahui lin pake font kaler) da la bagi lagu if i were a boy dalam irama sanggam (sgt jahanam ya kaw. haha) aku tertipu di malam hari yg dingin lagi sejuk nih. TT

oh well.

tapi jujurnya, aku bosan.

farizatul shima sangat bosan lah! tolong farizatul shima utk tidak berasa bosan! tolong bodek farizatul shima agar dia tak bosan lagi! tolong kipas2 farizatul shima utk dia tak rase bosan lagi! tolong sepak farizatul shima agar dia sedar diri tade sape nak bodek atau kipas2 dia utk tidak rase bosan lagi (ha, yg ini aku mmg tau ramai yg nak wat kann?? haha)

i need to meet up with my best friends pronto la gini. saye maunya nonton GG season 2 sampai muntah2, segala movies yg lin donlod sampai muntah2 dan juga dengar lagu britney spears CIRCUS (hello, da leaked oke?) sampai muntah2.

farizatul shima says bye bye











Wednesday, November 19, 2008

whatever

luka kat hati nih makin lama makin besar (skema siut ayat saya, huhu)

i've decided not to talk, msg, or trying to contact him for this couple of days (tgk la cane,tah2 aku yg rindu lebih2, huhu). aku surrender. hati sakit banyak sangat. i'm trying my best to tolerate with him, my ego sah2 la aku da buang jauh2, trying my best not to get too emotional but still, there is still something that just not right. ape je aku cakap kat dia, semua tak kena. saje nak cabar tahap kesabaran aku. hmm.i know i can be complicated at certain time but jgn la cabar2 aku camnih. urghhh.

darn.

on the brighter side, mama tak jadi warded because doctor kata she's fine. just tbe2 her blood preassure rocketing-high-into-the-sky. tuh yg collapsed. Alhamdulillah, she's talking now, eventhough still complaining her head is still pening2, vomitting lagi. sian mama. baru je kaki tuh sembuh dari operate hari tuh, skrg nih ni puler.macam2 betoi

mama : sebaris rumah nih je sume masuk wad. apekene tah.
me: woohh. hebat (harus ke shima ko wat ayat gini dikala begini)

anak2 mama sume balik except acu je. he's currently in Paris. haih. musfirah pun ada tadi. comel la budak kecik tuh. she's 6 years old, comel kecik je, hitam manis with pipi yg seriously tembam gile. and so tomboyish. taw nak belasah aku je.

piyah : ape maksu nih. belasah kang!
me : wekssss~
angah(ayah puyah) : amboi yah, garangnye. huhu



piyah n haziq.

haziq main sep2 tom2 scare kaki. practical dikala main psp

tunjuk perasaan. harus tidak tahu kenape dak sorang nih

tengok a dak piyah nih.macho sihh


balik tuh gi cm sebab mak n maklong malas masak (erk?) and me decided to sleep bile da sampai rumah because tak cukup tido. semalam da cukup banyak drama. mata bengkak2. seriously muke macam ape. da la ayah long ngan wan yong ade kat sini (dah balik da pun. hua hua)


teluk intan hujan secara berpukal2. sejuk! best

aaaa. hujan

feel like crying again. berliter2 da nih. you must be strong shima.


ya Allah, tolong hamba-Mu ini...



seriously, aku penat.



Monday, November 10, 2008

better open the door

shima tgk cite hantu = shima tutup muke = baek shima tak yah tengok langsung = bazir letrik

SEE? (tah pasal ape tah, haha)

i've been neglecting or shall i say, avoiding my physics notes for a while. mak saya sudah start bising2 because she always thought that, every time masuk bilik lewat, i study at the front. yea, in front of de teyvey (harus). HAHA. jahat neh anak mu mak.

nothing to update actually. saya bosan2 sahaja di rumah ini. tidak banyak keluar (betoi lin, tak tipu kaw. haha) dok rumah diam2, tgk tv diam2, online diam2, bergayut diam2 juge kah? haha.

to cik lin yg makin berkembang maju dalam arena pemblog-an, keep it up girl! wat homework banyak2 (pandai eh ko cakap shima. please, someone bitch slap me!) rajen2 update neh.

and BALIK LA TI NEXT WEEK. saye adeeeeee. ;)




rindu a

rindu a gak. hihi

saje je. hahahaha

saje juge. hahahahah

kami pink! thanks rasuah nandos hari tuh


esok kena teman mak gi dentist and also to klinik mata. then insyaAllah i'll be heading back to Shah Alam. hopefully tak hujan la petang tuh. sekarang pun tak reti nak bawak laju2 dah (tak reti??!!!) statement putar belit la tuh. jangan percaya sangat. haha

see you later or jumpa awak kemudian. need to sleep or else i'll get very cranky in the morning sbb tak cukup tido. saye tido harus 8 jam, padehal adults tido 6 hours je kan (standard a shima neh)

haha. berbulu je aku bace statement sndiri. sheesh

shima tido jom!












Saturday, November 8, 2008

hello u!

saye di sini.(bes tuh sape?)

rindu, sangat2 rindu nak bace blog orang lain. jadi mengidam pun ade gak. (to the LEFT plz) hihi

sebulan tak balik rumah. satu rekod yg harus dibanggekan.(eley shima, kecoh la kaw. org lain tak balik berbulan2 rilek je) hahaha. harus la kecoh. lalalalalalalala~

RM aku cam haremmmm.pening ke pale wat pra-thesis nih. and all i know, sem 8 nanti kene wat tajuk lain because most of us wat tajuk, tak relate dgn our subject pon, physics. sume amek general science. soo siiyeeeellll. i dont want to go the same process over and over again. penat mak...reading through lots of journals.sgt banyak. if u see my folder, besepah2 okey. rase nak bakar2 je sume tuh (dramatikus itu aku la! hahaha) kene tuka ayat itu ini. a little bit of plagirsm terjadi, last2 minute punye paragraph due to kepenatan yg amat sngt. lantak ko la. penat aku pikir, tapi ayat journalist ngan akunye ayat almost de same la. thats y i prefer to use her ayat..kan senang. (HAHAHAHAHAHA. PM AZIAH, so sorry sbb dapat student mcm saye, mohon ampunnn..) hehe. tapi susah2 macam ne pun, manyak komplen cane pun, rase2 nak gi terajang pintu cane pun, in the end, siap jugeeeeeee koje nih.

puas hati i

and now ade kat teluk intan. sangat happy. eventhough kesunyian yg melampau. (to the left, with capital L) jumpe muke2 yg harusnye aku jumpe. mak, maklong n kandengah and of course, my sayang bucuk manje yg dah mok gile. mr abuja the hulk. ecey. bangge la ko eh, aku puji2 kat blog aku neh. (ko kenape ni shima?)

oh yeah, my wisdom tooth maw kluar! ke udah kluar. lupangin. bengkak itu harus ade. sgt2 sakit, mate sakit, nak makan sakit. everything sakit2 je la.moody itu pun harus. then, balik ni da jumpe dr YOHES!! (our fav dentist, kan lin kan kan kan)

dia: kenape gigi?
saya:gusi bengkak, sakit
dia:oh, wisdom tooth nak kluar
saya:ler, patot la sakit gile
dia:tapi nih de lubang. kene tampal, kalo tak xdapat diselamatkan (gile dramatikus ayat)
saya:er?tampal la skrg. huhu
dia:gusi bengkak nih, saya bagi ubat, 4 days or so, datang. saya nak potong gusi tuh
saya:er..okey.ha. POTONG GUSI?

wei kenape harus ade ayat potong gusi. lin..seeee, aku harus dioperate neh. potong gusi!!!potong gusi? wuwuwuwuwu~ peh tuh seperti biasa kene tego nape tak pake retainer.
ala dr nih, cam tak kenal saye. hahahahahahah. sang pemalas nak pake retainer.

tapi nanti kalo gigi ke depan cane shima?


jawapanku : mari2 pake braces balik. (sungguh tak comel)

to lin : BE HAPPY!!!! tamo sedey2. daku dah update. nanti daku update with photos k!mwah2



Friday, November 7, 2008

saya update!

Goshh. rindu gile blogging.

huhu.

i'll update later.


khas untuk cik razlina ramli!



Sunday, October 5, 2008

hi. saya tak mahu pulang ke shah alam.

i don wan to balik shah alam!!! seriously.

sgt2 tak puas cuti (oi, da bagi cuti lame pun tak puas lagi?) huhu. tak sempat balik kampung lagi. sume la banyak je tak sempat. apetah yg sempatnye aku pun tidak tahu.

raya tahun nih agak meriah dgn kedatangan beby2, yg tak surut2 datang ke rumah. adam cute gile nak mampos, asyik senyum memanjang. terantuk senyum, org lain bersembang senyum. ape2 je sume nak senyum blake. si al-amin pule bulat ok. dah macam yuri. (kot lahir di bulan yg same. huhu) comelll...GERAM GILER! then, si aleya plak. haihz. amoi siam takleh blah cumel.eeeeeee. aku nih bile nak de baby nih??? (pang sekali padeku!)

raye nih banyak bejalan. gi umah aju, umah padil, umah shima (ye, umah sndiri), umah dely n umah lin. tak banyak sebenarnye tapi saje je. haha. yg tak berape best, aku ngan lin je dok ke hulu ke hilir. smlm baru si ainul join gi umah dely. okey la tuh kan. kan kan.

gambar banyak gak ditangkap (byk posing maut sendiri, oh heck. my camera pun kan? haha) but malas nak upload. to lin, nanti bile2 aku da upload gamba ke, aku email tros kat ko ke. i will text you later k? huhu.

and hari ni suda maw pulang. sngt2 dengki kepade yg cuti 2 minggu raye. go to zoo la you (nak kate hell, tak baek kan. raye2 nih bermaafan la slalu ye). sangat2 ultra gaban jelesnye. aaaaaaaaaaaaaarghhhhhh!! tapi takpe. raye sebulan. rajen2 aku pulang ke rumah. bile tah nak baliknye aku pun tatau agi. assignments usah dibilang kok. BANYAK GILE. stress. kerje akak sebelah rumah yg *toot* pun aku tak setelkan lagi. haihs. tension a gini. nak kawen je la. (seharusnye pang lagi?)

oh ye. hari nih musti jalan raye jam gile. i donno nak ikot which jalan. highway eena kate dah jam tahap karma. sooo, maybe ikot alternative lain la. mane2 asalkan selamat sampe shah alam , insyaAllah..

ni tatau la update ke idak blog nih. hopefully i will. im gonna miss my family so much. aaaaa ,mak, sedey a. plz jgn bagi shima balik!!! (pang berdas2 di sini)

haha. okey a. selamat hari raya !!!

mwah2!


Wednesday, October 1, 2008

esok raya yeye!

1st Syawal already.

wow. tak rasa kot nak raya ke ape. mungkin sebab makin membesar, makin dewasa, makin ayu dan jelita (haha, seriously. whadahell shima?) oklah. secara jujurnye nak kata yg i missed the old raya. time kecik2 dulu. being cute and naugthy. baju nak sedondon one whole family. aaahhhh, sungguh best. even duit raya pun dapat banyak gile. mmy kayo eden la. sekarang potensi nak dapat duit raya yg banyak pun dah ala-ala. (sape kot nak kasi, sume kate aku da beso panjang!eley, korang pun da beso panjang gak. hahaha. same2 tak dapat. weks2) and seriously, deep in my heart. I MISS MY DAD SO MUCH. VERY BAD. da 7 taun da dia meninggal, but still the memories of him. terkenang-kenang sampai sekarang. haih. shima bertouching2 di malam raya. huhu.

oh wait. tengahari tadi, bertungkus lumus di dapur (sape je yg bertungkus lumus, bukan aku la! haha). i just perah the santan. itu je, because all the works akak ipar aku nak sapu. amek la keje tuh kak as, saye sgt suke. haha (bitch slap me somebody. pls. haha) all the rendang daging, rendang tok (super delicious. nak lagi nak lagi), kari ayam, ade ketupat daun palas yg bila makan mejilat2 pinggan (sape je kot? haha), nasi himpit, kuah kacang. ooohhhhh, bestnye wat lawatan ke dapur lagi. and yes, LEMANG PAK HUSSIN YANG SEDAP GILE NAK MAMPOS. OMAIGOD. SIRIYES NANGES MAKAN. LEMAK2 SUME RASA OK. PANAS LAGI PLAK TUH. OOOHHHH. (sory la eh. saje je wat tulisan beso n diboldkn. HAHA. statement tuh. hi lemang, love u lots!!!)

petang tadi, went out with cik zaireena yg cantek manis. and yes, this post is dedicated to her. rajen kan aku? sume org nak aku dedicatekan. ade ke sape2 di luar sane nak dedicatekan post korang tuh pasal aku ke? HAHA. (to the left shima. to the left) cocok duit raya at the atm machine. then zass to bazar for the last time. met abid (jiran aku yg mempunyai rambut yg sangat sannteeekkkk mcm perempuan) HAHA. then, mail with anis (no words bout them. namo comment. berdose di bulan ramadhan) then kawan2 cik zaireena. menjadi cacat di dalam kereta. biasa la. pabila 2 cam-whores bertemu. er, actually eena sorang yg whoring dpn camera but i still love her to bits (i know u love me to bits oso kan.kan??kan??)



eena and abid. gile controversy gambar ini. terel la mak jadi paparazi. haha~



me being vain. nak tunjuk beg tuh je. hihi



eena rosakkan gambar!!!!!! haha.


alesha takot abuja. (abuja tak kelihatan) haha


pakai iphone. tegolek kaw. huhu.

oh before i forget.

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN
0-0 okey!

makan kueh raye banyak2, rendang byk2, lemang byk2, nasi impit byk2, ape tah sume lagi korang sumbat je banyak2 k. biar badan jd banyak2 (gile ilusi siot ayat, haha)





Monday, September 29, 2008

hari-hari cari pasal.

al-kisah merapu ade lagi hari ni. aku kan stok suke merapu2. tapi merapu pun ade la dgn orangnye. bukan dgn sebarangan org. dengan org tertentu, terpilih, the chosen one. ecey. (dah la shima, hentikan agenda kaw.HAHA. to the left pls)

so today, mak ajak gi TF supermarkt. (betulkah ejaannya? aku rase mcm german je. hua hua) mom ended up paying all the items more than she usually spent kat TF tu. itu la mak, bawak lagi shima. kan..dah terbankrupt kat situ. haha.

balik ke rumah, kelam kabut buat biskot corn flakes madu ayamas tiga rasa (sepak la aku. cepat! haha) ribuan terima kasih diucapkan kepada jiran tersayang, zaireena sbb dia bagi resepi. eley padehal resepi cikgu amnah. hehe. senang kacang lagi bermutu tinggi nak wat. main campak-mencampak dari jarak yg dibenarkan. (ye la, kau try campak dari ruang tamu ke dapur. agak2 sampai? kalo sampai bagitau me plz. haha)


biskot da jadi. yeye. sedap.yeye.


biskot otw nak siap. yeye

nak rase kueh raye yg shima buat dengan penuh kasih lagi sayang yg melimpah2 ruah? marilah datang ke rumah saya ye. jgn lupa tawwwww~ ( to the left shima to the left)

oh ye, petang itu juge, sesudah hujan turun dengan lebatnya membasahi teluk intan yg panas memantol-mantol. atau dishortkan. mantulization (verb baru yg harus dipelajari) we ol gi BAZAR! kali ni, dah cukup 3 org. aju sudah pulang ke pangkuan kami. oh yeahhh!! aktiviti yg menggila telah dijalankn dengan penuh dedikasi dan bersopan santun. harus bersopan ye kerana kut2 kami nih bakal dipinang oleh bakal mak-mak mertua ke. (ahh, shima berdrama lagi. haha)

memandangkan smlm post tuh dedicated utk cik kolin. hari nih post ini didedicatekan utk cik aju kite. cik siti zulaikha zainal. makin lawa, makin cun, makin sengal. makin loving dgn en mad. makin ngengada. makin itu . makin ini. makin macam-macam la (aju, kalo ko bace ni, jgn sepak aku. tamo mati dulu. hahaha)


ini cik siti zulaikha zainal. HI!!!! ;) begaya di bazar.

bang cik & kak as dah balik~ membawa segerombolan kuih muih raya lagi.

mak : banyak kuih bawak balik bg cik? as buat ke?
bg cik : haah mak. tatau nak kate ape ( peh tuh dia gelak2 bengong)

and i nampak kopok ike yg sgt banyak!!! macam nak makan je. tapi macam tanak. tapi i rasa lapar tibe2 nih. same mcm lin. time aku lapar je, dia lapar. time dia lapar je aku lapar gak. time dia tak lapar, aku lapar gak (nak boldkan di sini, shima mmg kuat makan. tapi badan saya halus tulus mulus) HAHA.

lagi sehari je nak raye nih. OMAIGOD!!!

p/s : i miss en sayang badly. sayang, rindu la. pang gak kang. hihi


Sunday, September 28, 2008

hari ini hidung jadi ayamas. shesshh

hari ini hari ape murid-murid?
SONNTAG cikgu!!~ (betul ke ejaan?omaigod.shima. teruknye german kaw)

hari nih, mmg sgt kentang produktif lagi efektif. menjawat jawatan lama yg dirindui. bawak mak nngan maklong ke sana-sini. first place. PASAR BESAR TELUK INTAN. besar la kut. besar kan lin, besar kan? (see, dah start tulis name ko nih. ahaaaa)

mom and mak long, penat gile tengok diorang.tapi kenape shima tak penat?sebab ape plak shima tak penat?sepatutnye penat. tapi tak penat. (ahhh, hentikan penat2. penat aku ulang taip penat nih) *sepak diri sndiri laju2, and stop shall i* HAHA . ok, back to the point. everything dah beli. dari daging batang pinang, ayam berekor-ekor, ketupat menupat, kelapa parut (bukan kepala parut ye) and segala items utk this coming raya. manusia ramai kot kat pasar.bersesak-sesak. tesepak-sepak. tersplash-splash (semua ini tipu belaka. biasalah, shima kan dramatic orgnye) ohh. and oso, mak beli ketam!!! dah lame tak makan ketam. ohh, ketam, we shall see each other soon. hahaha.


see. mak long(in brown) sgt gagah berani. mak, on the other hand. rilekkkk~ haha
ohh ikannnn. and sikit sotong2.

i see u ketam. i see u. HAHA. raya 1st nak request ketam msk rendang. bley?

me. sikit je pegang. tapi byk ar! itu ilusi semata2. sungguh

oh dan ye. aku jmpe ustaz adznan. seriously kecil je. terasa giant all of the sudden (aku mmg terasa giant,lagi2 with my mom and my aunt sbb mereka halus2 je, huhu) so qt okey. nak tegur. but too afraid. biasa la kan. dah beso panjang and of course *insert ayat-ayat tersebut* (u know what i mean lin. YOU KNOW!!! Har har)

then, jalan-jalan mencari pasal. ops. cari tudung. tak jumpa. leceh gak cari tudung nih. entah bila shima jadi cerewet pun tak tahu. haha. oh ye. sesudah pulang ke rumah, cik kolin (see, ur name again) texted me. JOM KE PEKAN! JOMMMMMMMM!


we ols. asal aku begitu rupe? haha

lin nak purse baru. pls!

huru hara the store jadiknye. (siriyes!) dah lame tak gi sana shopping dan sebagainya. haha. gila ayat muntah. tapi biasalah, baju2 semua nak lawa saje. tapi kami tidak mempunyai sebarang sen. jadi, kepada warga2 di luar sana. hulur2kan lah bantuan kepada kami berdua. tak mintak banyak, rm1k sudah mencukupi. HAHA. (ditujukan kpd yg dah berkerja)

balik dari pekan, terus pengsan di hadapan tv. penat gila. bangun tbe2 acu call. asked me to come to mama house. amek choc moist katenya. ouuhhhhh. harus cepat ke sana. muka selebet lagi ayu terus ke rumah mama. ayong, ecah takde. gi bazar kot. xpe la. budak2 kecik yg byk cakap ada. layan maksu. haha. keji ah musfirah. mulut. tah ikot sape tah. hish2 (tapi tau ikot mulut sape, haha) and kesian kat mama. kaki dia yg operate tu tak sembuh2 lagi. it was sad to see her walking here and there pegang2 meja, kerusi sume. TT. tak suke tak suke.

then balik jumpe cik zaireena. mintak my yellow cardi. oh hi you yellow. tak shocking yellow la. shocking mocking lagi yellow keter kunin ku itu. so, padan la. haha. tq ye cik eena.

purchases of the day. byk lagi. yg lain aku malas.

oh ye. lupa. post ini didedicatekan khas wat cik razlina bt ramli. sangat2 rajin buat lab report dia (dia sroh taip nih. aku dipaksaaaaa~) dengan tadi menonton tai'n kat tv3. seriously cerita itu. harus ke peghak yg dasyyattt bebenooo? (harus ditekankan di sini ye) tapi quite funny. hihi. one more. f1 kat singapore. tadi tengok alonson leads. skrg tidak diketahui. tak kesah la, i just dont want hamilton to win. berlagak la dia tuh. (smack me mclarens fans. SMACK ME!)

eh. kek coklat itu memanggil-manggil..


esok : buat cornflakes madu! jeng jeng jeng




















































malam yang shima jadi hening

hi. the name is shima. chima pun ye juge. cma pun sekali. semua pun boleh. jgn panggil eton sudey. (sangat jauh menyimpang kot)

tersebutlah kisah penubuhan blog ni pun sebab, tak tahan dengan nafsu diri sendiri yang meronta-ronta nak ada blog balik. and i think i know who to blame. zaireena. gadis ini harus dipersalahkan dalam setiap perkara. second, bloggers lain yang berblog. sungguh addictive betul nak baca. (yang sepatutnya, aku baca materials utk research method. aku but whadehel. i'm way too excited for this) kalau la pfof nor aziah baca nih mau kene pelempang kuasa berbelas-belas. ye memang aku patut kene pun, sebab kesedaran diri ada, tapi malas lagi power a. (baru sedar diri sendiri keji)



tersebutlah al-kisah ke 2.
pagi tadi kami anak-beranak buat biskut raya yg menjadi agenda utama di rumah ini. sah-sah biskut semprit. ala, biskut kulit buaya bak kata aisyah.walaupun tak participate dlm proses penggaulan kerana dikhuatiri akn menyebabkan biskut itu berubah bentuk (???), tapi aku telah mengoffer diri menjadi tukang mentrasfer kuih ke atas loyang-loyangan. series bahasa melayu aku nih kenapeeeee. haha


tersebutlah al-kisah ke 3.
hari nih, jadi anak gadis yg solehah. mak cakap buat itu, buat. mak cakap tolong buat ini. saya offer diri buat dengan penuh rajin lagi sopan. lipat baju yg bertimbun2 di dalam bakul. wow. satu peningkatan di situ (ye, bakul tuh mmg aku angkat sorang diri. haha) then petang mcm biasa, menuju ke bazar ramadhan besama sahabat tercintun, cik kolin. kalau tak pergi tuh maybe jadi luar biasa sbb bazar ramadhan nih dah macam agenda utama kami. nih pun tak cukup korum sbb cik aju belum balik2 lagi. Ternampak pule, cik zaireena yg baru balik dari perantauan. sejak2 bekerja nih. amboi u, kemain. lovin your new handbag. wewiittt. (aku hanya mampu melambai dari jauh. ye, ke arah handbag itu. not u eena. haha)

and tonight, i've decided tamo msg encik sayang sebab aku pun tak tahu kenapa. esok la baru nak berindu-rindu kat dia. tiada unsur gaduh di sini, walaupun sejak bermenjak-menjak nih, saban hari juga ada je yg tak puas hati. tapi biasa la. kami kan pasangan bercinta. lagi hebat bercinta lagi hebat gaduhnya. (ye, mari sepak aku ramai2 sebab aku pun nak muntah membaca) HAHA. demmit me.

oh ye. esok mak dah plan baekkkkkk punya utk anak dia nih. amek jawatan lama balik. mum's driver. katenye, nak gi pasar, usha2 tudung2 (ye mak. anak mak nak tudung baru juga. jangan dilupakan tuh), dan ke mana-mana la yg mak nak pergi. shima turutkan. jom mak jom! sebabnye, mak di bulan puasa lebih murni lagi pekerti. setiap aktiviti shopping, shima terselit sekali. oh yeahhhhhhh!!!!

jadinya, i terpaksa (ye, i?) mentidurkan diri. tapi mata-mataku tak trase nak tidur walaupun aku tau, jauh di sudut hati katil cantek itu sudah memanggil2. mari sayanggg..kita tiduurrrrr..

HAHA.

omaigod. i love blogging so much.