Saturday, April 30, 2011

wedding eena.

oh la.

sekarang dah nak dekat pukul 1am. aku still stuck in shah alam. supposedly, aku dah selamat berada di teluk intan like..

ok tayah cerita. sedih gila tak dapat balik di hari jumaat pagi. dah lah tak dapat jumpa supervisor. lagi sedih.

ok ok ceria ceria.

eena insyaAllah akan bernikah dengan pilihan hatinya (uweks), si ameir (yang selalu aku eje ameri tatau nape) lepas asar.

dah nak tukar title dah minah ni. jiran aku paling terbest aku pernah ada. T______T

dari sekecik kecik aku, sampai la sebesor-besor sekarang ni, she's one of the bestesssssssssttttt friend yang aku ada. susah senang semua dia tau. bergosip, sah-sah la dengan nyah sorang ni.

la ni dah nak kawen, nak tukar title dari tunangan ke isteri orang. mesti corak hidup dah lain. T___________T

eh tetibe banyak sangat T___T

nyah, harapnya, moga berbahagialah hidup ko suami isteri kelak. bahagia melayari bahtera perkahwinan, jadi isteri solehah, bakal ibu yang omels, bakal nenek yang errr..

ape-apepun, aku doakan yang terbaik untuk ko jiran! i love u very the much (abes ikhlas hati ni)















i hope i wont cry during your solemnization. booooo!

thor!

yes, dah selamat menonton THOR.

for me?

erm erm.

3 out of 5 kot. tapi baik aim, 4 kot.

dia suka lah kan. aku Thor pun aku tak kenal, memang la ada kekurangan di beberapa aspek.

1. aku tak tau thor tu jadah apa. yang tahu, sebab dia marvel comics kan. me? no reading marvel marvel.
2. aku kenal superman, batman, wonderwoman. ala, typical. yang glamorous je aku kenal. tak glemer tolak tepi (padehal thor glemer gila kot)
3. aku dari kecik disajikan dengan kartun illuminati seperti disney. (aim cakap, aku tulis je, haha)
4. bukan takat disney, power puff girls adalah my addiction di kala kecik (di kala baru pasang astro actually)

eh eh melalut.

thor bagi aku, adalah sangat KACAK. tanak cakap depan aim nanti dia kecil hati dengan perut dia. HAHA. body thor adalah something to salivate on. ssssssssssoooooooooooo gorgeous. dah la macam besar, pastu cam "eh kau kacak gila sukaaaaaaaaaaaaaa"

padehal jalan cerita aku cam tak paham. almaklum pokus kat thor aje. #LOL.

cgi was the shit man. sangat mesmerized walaupun tengok kat mbo yang seat dia sangat keras. dah kene sandar kat bahu aim. eh? haha. dan thor adalah banyak elemen kelakar. ye, walaupun aku tak berapa paham thor ni jadah apa, dengan "myuh-myuh" dia tu. tapiiiiii overall, aku enjoy la. itu yang kasi 3 out of 5. eh ok la up sikit, 3.5 out of 5 (credit to thor's body YUM!)

watak sampingan like jane (natalie portman itew) was so-so. boleh la. cinta hati si Thor kan. gitueewww. dah la cium ganas (ok tak paham ape yang aku rantkan ini)







pergi la tengok THOR, if you're a big marvel's comic fan!!!! best sebenarnya tapi keluar je dari wayang aku tanya kat aim


"ape yang owang (manje iols) tengok tadi tu abang. tak paham"





aim buat muka malas nak layan. well, biasa dah.




Thursday, April 28, 2011

bersangka baik dengan setiap kejadian

berpuluh kali aku sabarkan diri.

siap psycho "sangka baik, aku bersangka baik"

ye, kita wajib bersangka baik dengan Allah, dan juga pada setiap kejadian yang berlaku kat kita.

sebabnya?

Allah lebih mengetahui akan segala hal.

kita? redha dan sabar la.

tapi, aku insan biasa. tak terlepas langsung kadang-kadang hati ni merungut jap-jap dah mengeluh. ada jugak membe aku paskan majalah SOLUSI April issue kot. pasal bersabar dan lawannya mengeluh.

ye, aku peka. aku baca. aku insaf. sekejap je, bila tengah baca. lepas baca?

sekarang aku bersangka baik dengan

1. bendahari tempat aku berkerja. duit gaji supposedly masuk 15hb, sekarang dah 28hb. aku dah kejung.
2. selain kejung tiada berduit, kereta kuning aku masuk workshop. bearing, belakang 2-2 out. break belt, depan out. ada mende kekecik tu (aku tak igt nama) 4 out. break pump, terus out. hasil semua? 6XX.

oklah aku list dua je, padehalnya, bersisa-sisa banyak.

aku tau pasal hal kereta tu. memang aku pending lama dah. selalu je kereta tu bila break je, berbunyi. aku buat tak tahu je selalu. sebabnya, aku tak bawak laju mana pun (tipu). sekali ni, everytime hujan lebat, tayar basah, berdecit pulak. aaahhh, ini memang masalah. abang long dah bising, suruh check.

ok aku dah check.

ok terus tiada duit.

niat di hati nak simpan duit gaji ke-2 ni pun, tipis dan serupa harapan palsu sangat.



macam mana nak kahwin macam ni? (gelora di hati shima, lol)
macam mana ni?!!!















baiklah, aku bersangka baik padaMU ya Allah. moga kau permudahkan segala urusanku ini.













mak, shima rindu. copek la balik dari mesjid and call me!

Friday, April 22, 2011

berusia 24 tahun!

alhamdulillah, dah selamat berusia 24 tahun 1 hari.

alhamdulillah syukur atas nikmat Allah bagi kat aku.

terasa tua, tapi bahagia.

terasa matang, tapi tak sebenarnya.

i am still a cry baby.

i am still the baby in my family.

i am still my mom's baby.

berharap, bila umur dah meningkat lagi satu tahun ni banyaklah perubahan positif kat diri aku ni.

bukan takat nak kawen ye (oohhh nak kawen nak kawen!)

tapi dalam bab amal jariah, melengkapkan solat yang berlubang, ape-ape aje lah.















harapnya, dengan bertambah umur aku ni, bertambah jugalah aku punya bekalan. insyaAllah.















Happy 24th 1 day Birthday to you shimamoooooooooooooooooo!! i love you!

Thursday, April 21, 2011

yes, aku stressing out

dah lama tak masuk blog sendiri.



almaklom, busy (tipu), tapi sebenarnya malas.



ok straight to the point. aku lately ini sangat busy. berulang alik to office dan kemudian ke gallery. penat memandu, bukan penat buat kerja. penat naik tangga batu caves, bukan penat baca journal. penat makan keropok lekor fsg, bukan penat cucuk otak kasi keluar idea.

itu roughly la aku buat sekarang ni. family aku (mak, bg cik, kak as and atif) dah selamat di madinah. alhamdulillah. bersms dengan abang cik, katanya semua sihat alhamdulillah. syukur. itu yang aku nak dengar. moga mudah segala urusan diaorang kat sana, senang nak beribadah kan.

padehal dalam hati sayu kemain bila peluk mak. bahahahahah. sebabnya, aku rasa aku ditinggalkan oleh diaorang. selalu, aku ada abang cik kat bangi bila aku homesick. ada atip untuk didukung. sekarang, lone ranger la. nak balik ke teluk intan, aku ada banyak commitment kat sini. (ayat CEO, LEMPANG SATU!)

ok ok. padehal aku nak cerita yang aku stress out dan cuma nak tulis sikit je. selalu tau tertulis banyak. oversssssss tau shima ni.

ape yang aku stresskan?

1. DRP coming soon this JUNE (boleh matiks)
2. research report progress kena submit. aku baru berapa kali je jumpe dr B. 2 kali? nak masuk 3? UHUKS.
3. mostly pasal tahap kemalasan aku nak review journal.
4. senggugut aku is killing me.
5. duit gaji SKS tak masuk lagi. arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. paham tak aku takda duit sekarang?



so untuk itu, layaklah aku untuk mengundurkan diri sebentar. tapi aku aktif je bergosip di FB or twitter.








doakan aku tidak malas lagi. aku penat jadi pemalas. nak cuba jadi perajin pulak. nak stay up sampai 2-3 pagi (konon) dan siapakan proposal untuk DRP.




















berusaha shima!

Wednesday, April 13, 2011

what to expect when you move into a new house

or in my case, moving into a new room with three new friends/strangers?

dulu-dulu, aku duduk dekat rumah sewa, kat seksyen 17 jugak. tapi duduk sepuluh orang (termasuk aku) aku kenal SEMUA. sebab? budak kelas aku, bebudak sebaris bilik time kolej. so memang tiada hal. kiranya, no problem in mingling process lah. flow just nice and berasa selesa dengan diri sendiri dan teman serumah.

sekarang-sekarang, aku duduk di rumah sewa baru,dan menyewa di bilik sewa bersama tiga orang yang aku tak kenal. seorang dah kerja, dua orang lagi final students.

kalau ikutkan hati aku, aku bukanlah peramah mana. nak bersuara pun, tersangkut-sangkut, lebih ke senyum je. senyum kambing biri-biri (tak nak kalah hokeh). so, bagi aku untuk duduk di bilik yang aku tak kenal penghuni dia, memang satu masalah yang kritikal.

kalau kau seorang yang peramah, berjiwa noble takpe, tayah baca kau balik sekarang!

tapi kalau kau seorang yang jenis susah nak bergaul mesra, berjiwa lemah lembut, suci hati, cantik, gorgeous, pandai, kacak..eh..salah. okay, kalau kau macam aku macam bermasalah nak mingle around, meh la aku share few tips. kot-kot membantu uollsss (dah kluar dah uolssssss)


paling penting, adalah mengenalkan diri. seteruk mana tahap malu ko, malu-malu kalah go go power rangerrrr (eh?) mestilah bersuara untuk memperkenalkan diri. sesimple mungkin.

macam,

hi, emm, saya shima, student kat stateyouruniname or saya kerja dekat namaopiskau. umor 24 (sambil senyum)

tak perlu macam,

hi, nama full saya farizatul shima hashim, umur tahun ni nak 24 tahun dah! sedih ok dah tak sweet 23, wuuu wuuu. eh, saye student lagi. alaa, kat uitm nun. dekat je dengan faculty sebelah rumah ni je. suka betul la saya! pastu, favorite food saya, tomyam, senang yang pedas-pedas gitu. saya kuat tidur gak, dan suka layan internet. uols layan internet same cam i tak?? (tetibe)

ok itu ko memang mintak penampar dari roomates baru ko. kejadah tetiba nak kasi satu biografi terus kan? memang terus dapat bad impression sebab awal-awal dah terlalu peramah kalah penyambut tetamu.

jika ko pemalu, make it short and sweet. great communications will develop once you've reach the point where you both feel comfortable with each other. don't push it too far. just go with the flow.

so, janganlah risau dengan ketidakupayaan ko untuk bersembang banyak. ko ingat aku ni sembang banyak sangat ke? at one point, aku pun senyap juga, sunyi siap dengar bunyi cengkerik.

GAHAHAHAHAHA

okay, dah perkenalkan diir, harusnya the next chapter adalah mengemas barang yang kau bawak dari rumah. ingat eh, bila dah masuk rumah/bilik baru yang dah dihuni oleh 3 orang lain, tanam dalam kepala otak tu yang there are not enough space for you to bersepah-sepahkan barang. sungguh tak macam aku di rumah sewa dulu. jauh langit dari bumi haceewah.

kalau bilik sewa tu dah fully furnished, bare in your mind that you might only get 0.5% of the room to yourself. maksudnya, kalau aku aku dapat ruang almari satu pintu, tempat letak beg bawah katil dan juga letak meja kecik. yes, itu sahaja. silalah rancang barang-barang ok. bawak sikit-sikit, jangan bawak banyak-banyak sekali gus (macam aku) BAHAHAHAHA

kaciwa iols

so, paling praktikalnya, kena beli macam laci kecil or kotak-kotak untuk simpan barang. kalau rajin, pergi IKEA. curi idea yang bagus part-part simpan barang kan. sekecil-kecil space boleh sumbat banyak barang. very clever one. yes, jangan harapkan almari semata. memang tak muat langsung. sekian terima kasih. GUA BERCAKAP MELALUI PENGALAMAN DER, jangan degey!


tetibe tertransform bilik jadi ikea. wow. panggil aku k?

kalau ko datang-datang dapat katil bunk bed part atas, kau terimalah dengan hati terbuka. aku dulu tak terbuka sangat, tapi sekarang terbuka dah. tapi penatlah sikit. kerja naik turun naik turun. so, once aku dah setel naik, keberangkalian aku nak turun adalah nipis sekali. aku hanya akan turun bila..

1) panas sangat
2) nak tershi-shi/terberry (kau gila nak berry atas katil?) dasar pemaas
3) dah boring atas katil sebab tak dapat tidur
4) nak tutup tv

itu aje lah. so apa-apa aktiviti, aku setelkan semua baru naik ke atas. save your time ok. penat okay naik turun naik turun. calves kat betis terbentuk u ollllllllllllllsss, jangan memain! haha. ini termasuklah naik turun tingkat 5 rumah eena. sangat!


ha, dah duduk lama, ko akan perhati cetain activities yang dilakukan oleh roomates and housemates. pelik tak pelik tolak tepi. paling aku pelik, tang buang sampah. sampai sekarang aku pelik.

sanggup kumpul sampah banyak-banyak 2 minggu nak dekat 3 minggu STILL takde sape nak buang. how? dulu time rumah sewa, aku duduk ok aje ikut timing buang sampah. sekarang, aku memang makan hati bab buang sampah ni. semuanya ada sisi pemalas tahap gaban. nak kasi ulat sampah gemuk-gemuk agaknya. so, bare in your mind kids, not everybody willing to throw away the waste.

loike seriously. dont expect other people have the same concern with you.


part membasuh baju pulak, ko akan lihat competition dalam merebut sebuah mesin basuh toshiba itu. kadang-kadang kau tengok time tengah sunyi sepi takda orang basuh baju, terus la cepat-cepat basuh ok. kang, bila ko kononnya "COP" mesin basuh tu tetiba ada pulak side parking depan kau punya bakul. hangin tak anak-anak? mestilah HANGINNNNNNN

so, untuk mengelakkan hal hangin terjadi, eloklah kau mencari waktu-waktu yang tidak genting untuk membasuh baju. seperti, waktu orang dah keluar gi kelas/kerja atau waktu malam-malam buta (kalo tak takut la kan lalalala), selepas subuh (tidak afdal at all ramai je beratur) atau senang kau hantar pegi dobi. tak makan hati. tapi lobang poketlah. itu biasa.

selain itu, kau akan nampak keanehan bebudak rumah dalam membasuh pinggan. antara membasuh atau meninggalkan pinggan di atas meja. hari ni je rumet aku dah complain ada orang tinggalkan makanan tak berbasuh atas meja kitaorang siap ada ulat gemuk gemuk.

WTF?

pengotor, euw.















so kids, expect the unexpected. open up your mind. let alone, jangan nak ikut hati sangat. go with the flow yaa? insyaAllah Allah will help to ease your burden (sakit mata & hati kau itu)


akhir kata, have fun in the new room and new friends. tak susah buat kawan baru noks tapi semuanya ikot kau je!





bye murid-murid :P



Monday, April 11, 2011

meh sini aku nak cakap sikit

i've been busy helping eena with her wedding's (ko approve ke tak nih? haha)

sediki je la nak dibandingkan dengan eena punya cemas, dia punya kalut, dia punya cuak kan.

ok itu tolak tepi.

so apa yang aku dapat? banyak ilmu-ilmu bride-t0-be. like seriously banyak. sebelum ni aku mana pernah tahu custom photo, sticky photo jadah semua tu kan. sekarang? noted beb.

sekarang kan ada banyak groupons, milkadeal and others yg offer ridiculous discounts kan? adaaaaaaaaaa banyak dan the important thing is, you must stay alert. bride-2-be mana boleh splurge money secara bridezilla. no no. habis duit okey, so kena pandai cari deal. and ye, eena jumpa banyak gila deal. so, you can actually save a lot of money by spending wisely. contohnya, macam spa - dapat deal less than rm50, photobook itu under rm100. sebab apa kena jimat? sebab you will never know bila tetiba anda tershortage secara tiba-tiba kannnsssss???

mencari photographer. KAU HENGAT SENANG? untuk yang berduit lebih mungkin secara senang hati boleh pilih saifulnang (7k, huks), cst ke sape je tah lagi. so, untuk cari yang berkenan dan mengikut standard bajet+kos pengangkutan+kos penginapan, silalah mempunyai banyak links. maksud links adalah, either through FB, kawan-kawan yang kawen atau paling senang, brides yang mempunyai blog. yezza. kemudian, marilah pening kepala mengkaji gambar dan mentengok statement bank masing-masing. miahahahaha.

selain itu, choosing the right color for engangement or wedding dress ke. dedulu, aku berangan nak pakai kaler lilac (auw, menyampahs) or pink untuk future engangement (kot la, ini berangan je) ke kan. tapi sejak eena self appointed diri sendiri sebagai aku punya future wedding planner, dia kater light/soft yellow sesuai dengan kulit aku. haaaaaaaaa, ayok tatau.

selain itu, DIY adalah amat penting untuk kasi personal touch dekat bilik tidur/pelamin/pelamin nikah kan. jika berduit banyak, boleh je serah bebulat dekat WP, tapi kalau berduit tapi jiwa nak dekat dengan segala kerja kahwin ni, DIY is the shit man. haha. eena, dia gigih menyiapkan background belakang untuk pelamin nikah dia. we will see nanti on 30th April, insyaAllah. aku pun dengan jayanya dah tau buat. kiranya tak hilanglah skill seni aku, masih berseni tangan ini, auwww. oh ye, untuk tau bab-bab DIY ni, berlambak links, google je 'how to do pomander ball from paper tissue" or "diy wedding" camtu. nescaya, jumpalah akan kamuuuu.


banyak lagi tapi ini je yang aku ingat sekarang. haha. terima kasih zaireena meor sebab tarik aku untuk belajar pasal semua ni. selama ni, aku just duduk, tolong buatkan hantaran untuk abang aku je, without knowing on the other side punya kelam kabut. ye, sebelah perempuan memang aku tak amik port. sekali, dengan eena, macam aku lak rasanya nak kawen sekali. miahahahahahhaha (gatai no)






























makanya sekarang, marilah menyimpan duit. sikit-sikit lama-lama jadi gunung everest!

Thursday, April 7, 2011

kenapa mesti mengantuk lepas azan asar?

hari ni aku rasa hari palinggggggggggggggggggggggggggggggggggg tidak produktif aku.

kenapa?

eh ada, aku tengok roomate aku masak tempoyak (sedap gila menangisi makan sebab pedas) dan juga basuh baju menimbun like i said in my last entry. sambil tengok dia masak tu, sambil tertuang downy perfume botol merah dekat separuh. oh apakah. siap roomate aku sound, pergh tuang air ke softner?

ade haku kesah? mesti la tak sbb baju aku sah-sah wangi uolsss.

wangi sangat kot.

oh, sekarang ni dah lepas azan asar. sebenarnye plan hari ni aku nak keluar gi seksyen 2 dekat kolej meranti tu. nak print out e-books yg aku dapat semalam. apakandaya, hujan lebat disertai kilat petir sabung menyabung membantutkan terus misi penting aku.

terus baring-baring dan gtalk dgn eena.

like always.

siap keluar rumah kejap-kejap amek baju, jap2 sidai luar jap2 sidai dalam. penat aku eksesais naik turun katil. nyaris nak terslipped tadi. wooohooo.

sooo, bila dah baring aku otometik mengantuk. tapi baru nak lelap mata dah azan asar.

sedih ok. nak tidor gegile neh tapi orang kate kalau tido pas asar memang bangun bingai sket otak. bukan orang kata, ustaz, mak aku, aim, semunye lah.

tak bingai jadi gila.

oh scary


saya nak kawen! (eh dah gila?)

















Tuesday, April 5, 2011

bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian

kalau kita tukar..

berpanas-panas dahulu, berbasah-basah kemudian?

oh

bunyi lain macam.

berhujan-hujan kemudian.



cuaca sekarang makin panas. especially kat shah alam. hands down. tempat lain tatau la pulak macam mana tahap panas dia, tapi shah alam. huyoh. berpeloh peloh.

kalau siang tu, tengah duduk-duduk sahaja pun menitik-nitik. malam, lagi la. tidur umpama sambil berpoco-poco/senam aerobik/buat marathon 25km anjuran standard chartered.

eventually, baju memang bertukar ganti macam ada orang gaji. kejap-kejap tukar, kejap-kejap tukar. menimbun bakul. basuhnya? er, kejaplah.

apart from cuaca yang meruntun perasaan dan jiwa ini, aku dah 2 hari tidak disuruh berkerja oleh bos. haha. suka tak? sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa. hari-hari bangun pukul 9 pagi. kadang terlajak 10 pagi. wadehel. rasa rugi 2 jam okek. selalu pukul 830 dah terpacak bangun dan mandi dan dan dan tapi sekarang kemain liat bangun. isk isk. so, tomorrow maybe boleh datang kerja tapi stretch la 9-5 which, aku rasa..entahlah. sama je kan. selama last month pun, hari rabu je la aku datang kerja. nan hado hari lain.

so time aku banyak terisi dengan baca journal/articles dan tidor bangun pisat-pisat baca tak paham ape dan tidor. haha. sades bukan. macam mana nak ngadap mr B hari jumaat nih. aiyoyoyoyo.














rezeki lebih aku nak beli kipaas yang ala-ala coolant tu. kasi sejuk sikit bilik ni. ada rumet, tapi kipas kecik untuk dia je. sedih kan.


itula namanya hidup bermasyarakat. kau nak hak kau sorang-sorang je, orang lain tayah peduli merana ke senang ke. asalkan, kau sejuk.



kita datang sini nak bako, bukan poco-poco!

Monday, April 4, 2011

kita bako je!

gelak teruk gila bila tengok usop dgn abi semalam kat abph. kelakarrrrrr siap tangan tak menahan. pang!

sekarang dah APRIL la!

bulan april adelah bulan yang..yang..menambahkan umur aku ke 24.

sobs.

iols da tua yuuuuuuu.

nak sweet 20 je, can?

er ape lagi eh. oh, kaki kanan aku sekarang mengalami kesakitan ke kekejangan ke aku pun tak tahu. maybe sbb dulu pernah tergolek kat parit fakulti (lalalalalala) pastu tak urut.

padan mukalah dengan kedegilan sendiri.

mak pun marah. aim marah.

diri sendiri pun marah.














ok la nak gi fakulti nak makan roti impitz. gigih tak uols?