Tuesday, March 29, 2011

hey hey walaupun sedih hidup kene go on jugak!

tajuk entry sikit punye ceria.

hahahahah.

alasan? psycho diri sendiri.

shimaaa, dah biasakan kan kan kan.

lately ni pagi-pagi je aku mesti bangun lambat. lambat dari roomates aku. DEM. aku tak pernah kalah bangun lambat dengan diaorang, tetibe aku pulak yang terpisat-pisat bangun eh eh derang dah keluar dah?

ok, patu sambung tidur.

HAHAHAHA.

bangun dengan perasaan bersalah. well, aku janji dengan SV aku nak jumpa dia hari ni (selasa ye selasa) tapi meamndangkan aku tak habis baca lagi apa yang patut aku baca, so aku telah dengan sendiri decide untuk jumpa dia jumaat sahajelah. seminggu woo tak jumpa, mampos aku nak gebang ape ni. (sambil jari ketuk-ketuk laptop) baru style sikit.

lagipun aku dah jumpa buku Science for All Americans & The Pupil as Scientist? sebab aku rasa relevant dengan research aku (aku la rasa, harap-harap SV aku pun rasa begitu jua) cumanya tak start baca je. eh salah, dah baca tapi tak habis. kan shima kan kan. sobs. HOWWWWWWW, everytime aku kat rumah je aku mesti tertidur. kalau tak pun sangap fb. oh no.

not good ey. not good.

semalam jugak aku dapat tau yang roomate aku dapat interview TPM. okay. down.

(tetibe)

padehal aku tak put high expectation je, tapi kalau dapat alhamdulillah.

untuk meng-cheer-up-kan diri, aku dok layan 1night2days kat youtube. aaaaahhh, rindu rindu nak tengok hodong, suenggi, jiwon, jongmin ngan sorang lagi berketinggian 160cm. bff hodong tu. hahaha lupa plak nama. dem. telah gelak bedekah-dekah sampai sakit perut tapi before tu, dah remind myself yang jika menangis lepas ni, sila jangan salahkan orang, salahkan diri sendiri.

kan tak elok gelak banyak-banyak mesti nangis lepas tu. uhuuu.

setelah ter-cheer-up, aku nak gi cari nasi sebab why? hidupku hanyalah untuk nasi je. perut ni perut melayu kauuuu. ape-ape nak nasi. semalam lunch dengan aim, bantai spaghetti. siap aim side-eye kat aku "eh kau tak makan nasi?" haha. pang.

benci tau. baru nek fefeeling omputih tapi sorrylah secret recipe punya spaghetti mak long buat lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sedap gila.

kalo aku buat pulak, ko buang la dalam 10 or 20 huruf i tu. lagi sedap ok.

can la kan puji diri sendiri.

ok nak cari nasik! pastu nak gi library dan menumpukan perhatian pada buku yg harus dibaca.

















dah tak payah sedih!!

Thursday, March 24, 2011

dah berkali-kali buat perangai, please lah

mempunyai saudara yang pertalian rapat dengan kau tapi berperangai sikit punya mencabar jiwa, how to cope with that?

aku boleh buat tak tahu, tapi dia tu orang yang lebih tua, lebih berusia. bila dah berusia, jiwa itu sangat terlebih rapuh pulak. susah betul. aku kadang-kadang ada jugak melawan setiap patah dia cakap. tapi bukan niat nak derhaka, sekadar memperbetulkan apa dalam pemikiran dia. sebabnya? setiap kata yang terkeluar, macam racun ok.

sedih sangat.

isu kecik semua nak besarkan. pasal kucing pun nak merampuh nak marah-marah. dah kau jugak mintak kucing tu hantarkan ke vet, siap ulang cakap kat aku. "dah janji tunaikanlah". ok. aku tunaikan. so, dah seminggu di vet, aku suruh la mak aku amek balik kucing aku tu. bayaran lebih, nanti aku bayar aku pesan kat mak aku. money is not the big problem here.

sekali hari ni aku call mak aku tanya pasal abuja, mak aku dah bunyi macam sedih je. ah sudah. aku bab-bab mak aku bersedih ni aku pantang sikit. ringan je rasa kaki nak balik ke teluk intan malam ni. ringan je aku nak sound. ringan je aku nak balas balik ape kau cakap kat mak aku kan.

tapi aku tau mak aku tak suka aku camtu. kurang berajar katanya. mak tak pernah ajar kau cam tu.

ok mak. noted.

tapi sebab kucing tu dah dalam sangkar, sah-sah la dia berak makan situ. nak makan ubat pun satu hal mak kata takut dia cakar. aku dah rasa aku menyusahkan mak aku pulak. sebabnya, KAU hanya tau nak bising pastu kasi bingit satu rumah pasal kucing tu kan. sedih la bodoh. sian kat mak aku nak kasi ubat. dah la tetiba kucing aku jadi garang. lagi mak aku takut.

pastu nak suruh lepaskan pulak kucing tu. umpama tak payah hantar vet, bagi dia mati je terus.


sedih la macam ni. kau sebagai orang tua, response baik sikit boleh tak? kalau tak suka susahkan hidup kau, jangan la komplen itu ini. bukan kau yang bagi makan ke ape. tau tengok dan komplen. APEKAH?









pastu suka sangat cakap baik mati je macam ni. ahh, senang sangat cakap macam tu. selfish cam ape je.









sebab kucing je, semua benda nak ungkit balik.



















mak sabar eh. nanti shima balik cepat-cepat. :(

and i just cant get enough

semalam nak update blog, tapi tetibe internet seperti sarkas.

thank you p1 for the GREAT service. keep it up. duh.

eh dah dah.

gaji dah masuk! yey!

tapi dalam ke-yey-an itu duit makin susut bayar saman ekor dekat bidor. sungguh damn. tak taulah berapa terlebih kelajuan aku bawak unser kat situ. rasanya cam tak cecah 90 kot :(

ok mari berjimat mulai 3..2..1..

tapi dalam nak jimat-jimat ni teringat pulak mende bukan-bukan aku pernah join member aku buat time degree dulu. adik-adik, silalah jangan contohi kami yang nak tanak hidup susah tapi sanggup ikut cara keji. HAHA.

eeee, tasyukee tau shima ni.

1. membuat sticker kenderaan palsu.
kau hado? aaah, time aku semester 3 aku dok kat kolej mawar. so, rules & regulation kolej-kolej ini adalah, u duduk kolej, no kenderaan except motor/bicycle. aku pun tak sangka dapat kolejkan, lupe pulak semester 2 adalah semester gigih mencilok kupon-kupon aktiviti. hua hua. so, semester 3 adalah sedikit mencabar bagi kiteorang yang kelas 90% di luar main campus, which is in section 17. you have to take 2 buses in order to reach there. susah tak susah la kan noks. satu bas uitm dalaman, satu bas mini avon eh. tetibe tercerita kesusahan diri.

tahu diri susah kene ulang alik tapi tetap gigih nak duduk jugak kat kolej kan. hellooo, rm420 (kot) per semester. gila, api and air free. duit jimat beratus kali ganda. ok ok. semester 3 ada kelas malam. kelas belajar pasal operating komputer program jadah semua tu lah. bila kelas malam, kami mengalami kesukaran. kerana? aku, zila dgn ana aje yang duduk di kolej & tak ada motor. emphasize si situ tiada kenderaan la. memang kalau kelas malam dasarnya akan datang lambat. it's not good sebab dr chan dah pandang serong ke atas kami.huuu. aku dengan bijak memohon abang aku untuk hantar dan amek aku kat fakulti. ohh, time tu berlagak la sikit kan, orang hantar dan amek. weewitt. pastu abang aku kene tukar ke KLCC balik. padan muka yey. mak offer suruh bawak kereta.

suka tak? suka tak? SUKA LA. mad love for my mummy kerana percaya kat aku. tapi itulah, nama pun tak boleh bawak kenderaan, tapi gamble je park kat pintu belakang kolej mawar. situ macam, students kolej sebelah pun park. tak pernah pulak park guard saman. (ke diaorang buat-buat tak nampak) so memang senang hati la. pergi kelas tak pernah lewat dan tiada masalah until diaorang kuatkuasakan Sticker Kenderaan. Oh damnit. seminggu pertama lepas lagilah, sebab bagi alasan itu dan ini. last-last macam dah rasa seram sejuk bila nak melintas pagar belakang terus mintak tolong kat member laki aku sorang ni. dia offer ko pakai stiker haram. eh, palsu. bayar kat dia rm5 tak salah.

ha, bermulalah kehidupan aku sebagai student yang gamble pakai sticker palsu. kau hado? aku rasa hadoo. sebabnya? ramai gila kot pakai sticker ni because of the way-too-strict-uitm-policy. seriously. aku bertahan seminggu je. HAHAHA. damn. ada hari tu aku balik dari kelas, lalu la sempoi je angkat tangan kat pak guard. sekaliiiii, dia suruh park ke tepi. terus air muka pucat. (jap jap nak gelak) yess kawan kawan, kantoi. dia pergi kat zila, bukak pintu tarik sticker tu siap tanya, ini apa ni?

*mati*

aku tak jawab ape-ape, cuma senyum je. boleh tak nak senyum je? kaget gua kaget. siap terus pas tu menghadap ketua pakguard kat situ. ORANG TELUK INTAN YE. menjawab la lagi aku. dia tanya aku anak siapa, duduk mana. siap kenal pulak tu atuk aku =_____="

sian atuk aku dapat cucu cam aku. sorry tok salleh, janji tak buat lagi (tetibe). so solution dia, pak guard tu nak tolong aku buatkan sticker dengan syarat aku kene pas kat dia semua details lah. aku bagi no phone aku untuk dia contact. dia tak tahu aku dok kolej. aku cakap yang aku hantar kawan je sini. eceh, baik kan. untuk elak kantoi, aku suruh abg cik amek kereta aku untuk the first 2 weeks camtu. memang menggelabah la pergi kelas semua. siap pakcik tu call aku tetiap malam..

ah tutup cerita.

sebab nda tahan lagi, mintak tolong kawan aku buatkan sticker. tidak palsu, original siap mengaku kami ni adik beradik tiri. jenuh menjawab. tapi kesusahan kami terbalas sudah. sticker tidak palsu dalam tangan!

YES!





























macam panjang pulak kan. ok nak rehat sakit perut.















--boy i think about you every night & day, i'm addicted and i just cant get enough--



Tuesday, March 22, 2011

mengimbau masa lampau

lampau la sangat. macam umur aku sekarang 60 tahun, nak imbau umur 11 tahun.

hahahahaha

bila teringat masa zaman kecik-kecik, or zaman sekolah rendah & menengah adalah something yang so sweet, tapi ada juga bitternye. asal teringat je, mesti sengih sorang-sorang sebab tak sangka boleh buat macam tu. haha.

dulu zaman sekolah dulu, mesti korang ade crush dekat senior or rakan sejawat, eh salah rakan sekelas kan?

haha. sile mengaku sekarang. eh? takde? tipuuuuuu. hormon tengah nak up, takkan la tade elemen gatal-gatal menyinggah di sanubarikan?

aku dulu suka kat budak kelas aku. kelas dirahsiakan (macam org lain tau, huahua). sebabnya? dia tu ketua tingkatan, budak asrama, dan sangat kacak bagi aku bila dia pakai satu suit baju melayu putih + sampin kaler biru tu which he will wear them on friday, of course. pastu macam serabai-serabai je kan pergi sekolah.

oh HENSEMNYE kau wahai A.

eh, tetibe A.

aku dulu, taste aku adalah botak yg ada rambut sikit dan juga serabai. sangat suka tengok orang tak berambut ni. macam omg, kau sangat kacak gila, oh itu oh ini (org over mmg begini, maafkan saya)

tapi, biasalah. nama pun kau crushing senyap-senyap kan. ade ke crushing hantar surat cinta? ke aku je yang tak berani untuk ambik approach terbabit? hahahaha. tetibe tergatal. sah-sah la orang yg aku crush tu, ramai jugak peminat wanitanya. untuk aku compete, adalah mustahil sama sekali. why a?

because dulu aku adalah pemakai braces. YES. dah la pakai braces, berkaca-mata pulak tu. tak ke macam yo soy betty la fea kan. aku pun macam rasa aku begitu dulu-dulu. cuma pakai tudung. waakakakkaka. bodos bila teringat balik. ok mari kita listkan ciri-ciri seorang betty la fea zaman sekolah.

1. pakai braces, kat getah tu nak kalerful je. kalo boleh nak pink. kauuuuuuu, fashion police nenong nenong.
2. pakai spek mata, tak la macam sekarang kan dah trendy, dulu dah la macam nak bujur pastu ada rim. =___=" huduh.
3. kurus gila kot dulu. sekarang baru aku rasa ada sikit naik juga kalu (tetibe jadi macha ape cite?)
4. suka macam tersadung ke, malu-malu sesorang padehal takde sape yang perasan. bodos lagi. haha.

eh, cukuplah aku mengeji keadaanku di kala dulu. aku tau kau pun tumpang sekaki kan? pang. so, bila aku berciri begitu, korang rasa aku boleh ke nak attract attention mamat itu? MESTILAH TAK kan? (tolong jawab bagi pihak mamat itu)

lagi kene keji keji ade la. "eh la kau ke shima, ingat kan tadi skeleton kat dalam lab".

KEJI TAK?

kejiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii nak mampos aku rasa nak menangis time tu. banyak je lagi aku kena, diaorang kata aku nipis macam batang penyapu la, ape lagi eh? tak leh recall.

tapi dalam kekejian itu, alhamdulillah. (tetibe bunyi nak insaf) aku okey je. memula memang aku tak boleh nak terima kenapaaaaaaaaaaaaaa aku kurus macam ni, kenapaaaaaaaaaa aku tak boleh berisi (padehal makan mengalahkan org obes, serius) kenapaaaaaaa itu dan ini. tapi, right now, aku bersyukur Allah kurniakan kesihatan dan kecantikan (eh?) kat aku kan. pang pang.

tak la, bottom line is, jangan sangka ugly betty tak boleh transform jadi pretty betty okeh.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nak jugak la u olsssss i nak merasa jadi pretty betty. kate blog aku? sape je lagi nak puji kan?















xoxo --- pretty betty

Thursday, March 17, 2011

this got me to think about..

i am a big big fan of ohnotheydidnt.

it's a community (livejournal) and yes, it's about celebrities. dari famous to celebrities D-class or E class semua dia cover.

sampaikan past earthquake and tsunami dekat jepun pun dia cover. yes. i'll get my daily updates from them.

but still there are few morons out there who just do not seem to care about what happened in this world.

they're saying

"this is karma, what goes around comes around"
"pity them, but do you remember what happened to pearl harbor?"
"if you wanna feel better about this earthquake in Japan, google 'Pearl Harbor death toll".

like madafakah.

seriously. otak manusia manusia ni letak di mana? or mungkin tiada otak. oh lupe mereka memang tiada otak tak perlu pertikai.

untuk compare apa yang berlaku di PH and Hiroshima and Nagasaki is like.. langit dan bumi. jauh sangat berbeza sampaikan tak terkata lidah aku bila google 'Hiroshima and Nagasaki victims'.

menangis berlagu tapi tidak berirama.

i cried looking at those pictures of babies, little kids, men, women, grannies, grandpas suffering from the radiation heat cause by the bombing by who? hundred thousands peoples died because of what? how many people suffered because of the radiation? how many babies defected?

yes. you know who.

right now it's not the time or sampai bila-bila pun tak boleh cakap pasal karma ke ape ke kan.

it's time for us to help Japan, kalau tidak mampu menderma, hulurkan doakan untuk mereka. bala makin menimpa-nimpa, mula-mula gempa bumi, pastu tsunami, pastu reactor nuclear started to leak, pastu gempa susulan and i just cannot think what will happen next. cuma mendoakan yang baik-baik sahaja di Jepun.


TO JAPAN, I KNOW YOU'LL DO GOOD. I'LL PRAY FOR YOU.



:(







Wednesday, March 16, 2011

i am a whole lot awesome today!

kau rasa awesome tak hari ni?

awesome?

bagussssssssssssssssssssssssssssssssssssssss (sambil tunjuk thumbs up)

eh tapi kau yang kat sana tu, cembeng sangat kenapa tu? pagi ni rasa tak awesome ke? sama macam aku je. haha.

so tips untuk hari ini. you're feeling wednesday blues (pang sekali, selalu org monday blues je), and everything you do it's not either working or you just feel lost? dont be sad/cembeng! there are few tips that you can do to make you feel a WHOLE LOT AWESOME PERSON TODAY!

1. take a bath. mandi sabun bagi buih buih yang tebal. eventhough you're feeling blues, but still, kau akan rasa awesome gila lepas mandi. why? lepas mandi kau wangi!! kalo kau tak mandi, kau bau busuk yak yak.

2. pakai baju cantik-cantik. it's not for others, it's for yours truly. kau cantik untuk orang puji or kau cantik untuk self-esteem? mana satu? cakap sekarang (sambil pegang curut) eh ngarut. yes, baju yang cantik, kemas, iron, bakal meng-awesomekan diri korang walaupun korang tengah blues. walaupun rasa takda mood nak pakai baju camtu, tapi PAKSA juga. eventually, you will feel happy, for a minute at least. heh. tak la, purpose dia adalah untuk kau rasa, kau layak untuk berpakaian cantik hari ini because kau awesome gila! (walaupun hakikatnya tak, haha)

3. takda mood nak buat apa-apa? ah, itu memang terlalu ikutkan hati malas. no no. untuk jadi awesome korang kene awesome dalam segala hal. malas nak make-up? KENA OK. bukanlah suruh make-up macam pengantin tu. shading hidung, shading pipi jadah. simple make-up will lighten your day. cuba kalau keluar belasah je tak pakai bedak (konon natural beauty sangat la kan) tapi tidak natural beauty pon. haha. kalau malas sangat, apply moisturizer and bedak. at least, muka glowing. kalau rajin sedikit, apply eyeliner or mascara. done. you'll be good that day. takdanya orang kata, 'asal muka pucat nokssss?' terus kau down. tak best kan?

4. at least, tanak make-up, tamo pakai baju cantik-cantik, tolonglah spray minyak wangi kegemaran korang. AWESOME BABY! (tetibe bersemangat, pang!) tapi ingat jangan wangi sangat. wangi sangat korang dan orang-orang sekeliling termasuk pokok bunga juga mungkin mati akibat terhidu wangian tak asli yang terlebih wangi. spary on your neck, kat pulse tu, behind your earlobes dan sikit di baju. setel. bila wangi (macam point no 1) mesti rasa AWESOME!

5. listen to your favorite motivational songs! mulakan hari dengan Al-Fatihah dan mintak petunjuk Allah. seriously. ini aku serious. yang motivational songs, turun ke no 9 kot? haha. Sebenarnya ini point no 1! almaklum pakai taip tak guna otak. Bangun pagi rasa cembeng? ucaplah Alhamdulillah. sebab? kau masih bernafas di muka bumi ni. Allah bagi peluang untuk kau bernafas walaupun semalam tu, kau terskip solat maghrib ke, terlupa mengaji ke, terlupa ape-apelah. cembeng tak hilang? baca Al-Fatihah dan selawat. kalau rasa tak tau selawat (meh sini aku cari mane muazzin tolong azan sikit kat telinga ko) bukaklah, cd mengaji. Merata tempat ada. you will feel calm insyaAllah. even sami yusof - Asmaul Husna (the best remedy utk aku lah. di kala aku low) masyaAllah. AWESOME ganda sejuta!

6. kau rasa blues kau teruk sangat sampai nak moody je? orang tegur sikit terus nangis bertalu-talu? itu nak makan penyepak. kecualilah kau tu perempuan dan sedang menghadapi PMS. PMS jangan usik ok. bende kecik jadi besar (eh? haha) ok, untuk ini, kenalah guna pendekatan psycho. cuba renung, hidup korang kalau berada di Jepun? ataupun di Palestin? atau negara yang ada krisis teruk. apa korang rasa? nak terus hidup atau rasa baik mati? kalau rasa nak mati, tolong renung lagi, tengok sikit macam mana rakyat-rakyat kat negara yang aku taip tu berjuang untuk hidup? sehari di beri nikmat bernafas oleh Allah, bersyukur sangat. siapa yang takde masalah? macam kau rasa cembeng lewat pergi kerja, kerja tak siap, cuba tengok orang di seberang sana? hidup melarat atau ditimpa masalah, tapi kehidupan diteruskan. POSITIF BOLEH TAK?? masalah engkorang tu kalau dibandingkan dengan orang belah sana, cipuuttttttt sangat. celah taik gigi je. moral dia? bersyukurlah, tempat korang duduk tak dilanda bencana or perang ke apa. engkorang akan lagi AWESOME kalau mendoakan kesejahteraan orang-orang di belah sana.

7. senyum la. kau rasa kau taleh senyum, PAKSA diri senyum. eh? marah kat aku ke aku paksa kau senyum? haha. ini psychology la beb. kalau korang asyik masam je pagi-pagi ingat rezeki murah ke? Allah pun tak suka kot bangun pagi masam je muka, tau la muka memang masam sebab air liur meleleh waktu tidur kan. TAPI, senyum la. orang kutuk ko, senyum, orang caci ko, senyum, orang salahkan ko senyum (eh tapi make sure lah itu bukan salah ko) kang orang kata gila plak dah la buat kerja salah, boleh bantai senyum senyum. senyum ikhlas ye, baru AWESOME.

8. kau blues sebab ape ni? lapar sangat ke sebab tak breakfast? laaa, dah tu pergila breakfast. sempat lagi nak pergi McD dan belasah breakfast set derang. OMG, tetiba teringin pancakes dengan hash brown mereka. sllrrppppss. breakfast menjana minda dan juga mood. so? tak breakfast mood ke jamban. kalau breakfast, mood ke depan laptop sambil stalk-stalk gadis cantik. eh?

9. dengarlah lagu kegemaran korang. yang motivational sikit. bagi lighten sikit mood yang dah teruk tu. kalau aku not in the mood, favorites songs aku adalah ; howie day - collide ; the verve - bitter sweet symphony ; dashboard confessional - vindicated; rivermaya - you'll be safe here ; seven collar t-shirt - faith dan banyak lagi. malas list. jangan dengar lagu putus cinta ke ape tau!!! haha. nanti lagi teruk nak pujuk diri sendiri. bila aku dengar lagu-lagu camni, terus aku rasa AWESOME!! walaupun hati sedikit cembeng, tapi at least aku tak moody kat orang. (sendiri tak paham ape tulis)

10. call your family. kalau aku mood teruk sangat, terus call mak aku. dengar je suara terus aku rasa sejuk hati ya amat sampaikan boleh nangis tanpa sebab. kadang-kadang tetiba mak aku call tanya "ok ke tak hari ni?" terus automatik menangis. haha. mak aku boleh sense aku tak moody or tak happy di hari itu. sayang mak lebih. tapi ye lah, bila mak aku bagi sikit ceramah ke nasihat ke terus aku rasa AWESOME. so korang, jangan la gaduh ke bermasam muka dengan makpak korang k? mereka adelah manusia yang terAWESOME diciptakan ALLAH untuk korang. jangan malu-malu nak mengadu. diaorang lagi makan garam dari korang. korang takat sesudu kecik je. miahahahahah.


untuk jadi awesome, jangan pikirkan sangat pandangan orang lain. you are what you are. you're awesome just the way you are. jangan nak ikutkan perasaan dan hati because siapa lagi nak kata kau itu AWESOME!









yang benar,

shima yang awesome gila!

Monday, March 14, 2011

pemalas? tolong sikit.

salam semua.

walaupun dunia masih menangis melihat keadaan Jepun dan rakyatnya (termasuk orang malaysia kat sana), we still have to go on with our lives.

(sampai sekarang mata bergenang tengok article pasal tsunami di Jepun)

ok ok. dah. cergas cergas.

jangan jadi pemalas.

tettttt.

marah tak orang kata ko pemalas? kalau aku? marah sikit je. sebab kenape? aku sedar diri la aku memang ada sedikit malas wujud dalam hati nurani. alaa, engkorang pun malas juga tapi biasalah. (tetibe tapi biasalah, ayat hanging)

hari ni aku kene tazkirah dengan aim, dia kata aku pemalas. tapi tdaklah aku balas dengan "tolong sikit eh".

tak tak.

cukup bersyukur orang tu nak tazkirah kasi ceramah free dekat kau, lagi kau nak bidas dia? kenyataanya, memang pahit. ape je tak pahit kan? ingat semua kat dunia ni sweet like candy ke? (teringat mandy moore di waktu belasan tahun) mestilah tidak.

nak kata aku tak tazkirah diri sendiri pasal kerja aku yang menimbun tu, tak pulak. hari -hari aku psycho diri sendiri, tapi macam tak jalan. nak jugak orang terdekat yang mengpsychokan aku kot. hari ini memang habis bernanah telinga aku dengar, menghadap setiap butir yang keluar.

memang betul. malas tak kemana.

dan memang betul, bila malas semua kerja tak siap.

aku memang malas, tapi sedikit (kan aku dah cakap tadi, duh)














masalahnya, aku tak la malas sampai bangun tido makan tido makan tido makan.














aku adalah seorang yang easily distracted. kalau terbukak facebook, aku boleh mengadap berjam-jam tapi takda hasil. yelah, stalking sana stalking sini. haha. (stalker rupenye shima ni. lalala)






apart of easily distracted punya orang, aku juga adalah pencinta membuat kerja last minute.





ah, semua aku rasa last minute punya people kan? kan? kan?



tapi hal kahwin jangan last minute ye (pesanan khidmat masyarakottt)




so, nak tukarlah.




pemalas? tolong sikit. aku ni suka berjuang last minute buat kerja. kau hadooo?





(berlalu sambil buat muka snobbish)








agak nak belasah tak? sila dial talian 1-800-kau-tekan-sampai-bila-bila-pun-tak-dapat.







GAMBATTE SHIMA CHAN!

Friday, March 11, 2011

i'm telling you loosen up my buttons baby

minggu ini minggu aku penat gila.

kot lah.

ISNIN
dating dan pergi ke aquaria. semangat mengalahkan pelajar sekolah rendah darjah 3 cemerlang. muka excited depan counter. huahua. sian shima. first time pergi.

aquria? ape ada? ikan-ikan la nyah. selain ikan ade memerut eh salah, memerang, ape tah lagi haiwan ada. tak bawak camera kan, bergantung hidup pada camera handphone. so quality, paham-paham ajelah, kedaung. tak macam orang-orang arab di sekeliling kami. ;(

selain itu, insects, ular, katak (euw euw euw euw euw euw x100000 juta lapan ratus point 9 darab kelajuan cahaya) over tak? sebab aku tengok katak gemuk gedempol pastu terbayang aku operate dia time form 5 kelas biology. OH NO. sumpah geli. (padanlah time spm, biology dapat..eh)

dan tentu sekali, yang paling mencintai ikan sampai sanggup tak makan ikan adalah si aim. sayang sangat sampai tak makan uolls. nampak la muka happy kalah budak darjah 3 tu (budak darjah 3 = aim) aku? budak form 5. haha. pang.

kiteorang siap lepak lama-lama dalam aquaria sebabnya,
1 - entry fees adelah rm35 per person (adult)
2- klcc ada ape je weh?
3 - kami memang suka buat mende macam ni.

aku paling terjejas tidak suka akan aquarium dia yang besar tu. apetah nama dia? dulu pergi kat australia, superb kauuuuuuuuuu. mmg nampak macam you're in the ocean swimming with those fishes. tapi berbanding dengan aquarium dekat langkawi, aquaria is 10 times better lah.

oh, kiteorang juga siap mengenal pasti ikan-ikan dalam fishville too! noob kan kiteorang? sangat (jawab bagi pihak diri sendiri)

gambar? taperlu. orang arab sebelah kiteorang banyak.

SELASA
ahh, hari paling di tunggu-tunggu. siap mark kat kalender. JUMPA SUPERVISOR! yes, aku dah dapat supervisor. thanks to mr postman kat teluk intan, supposedly surat sampai before march sebab dia sent 23rd feb, tapi sampai ke teluk intan 3 march. ape? shah alam ke teluk intan macam kl ke LA? jauh sesangat ke?

eh eh. tersasar. nak jumpa supervisor memang pakai gamble je. tak buat appointment. malas. selalunye aku buat main masuk je, tapi harap maklom. SV aku adelah super busy hari itu. huuuu. satu satu student masuk office dia. aku kat luar dari kul 10 pukul 2.30 baru masuk. YEY. suka sangat. pastu dapat jumpa pun kejap je, sebab point aku nak jumpa dia adelah, suruh dia ingat muka aku je. haha. dan alhamdulillah, dia ingat sangat (memang la ingat, budak suke anto keje last minit, lalalala~)

so, jumaat is the day. seize the day.

RABU
kerja di gallery like always. kiteorang buat jadual sendiri. datang sehari seminggu, stretch 9 t0 5. mati kejung dalam gallery.

KHAMIS
yes. dating lagi. auww, gatal. tak lah. berkesempatan apesalahnya kan. nak tengok hikayat merong tu, tapi aim bukan manusia yang layan filem melayu. sobs. sedih sedikit. dia pujuk tengok RANGO. ok lah. memang nak tengok RANGO gak. johnny depp ok. dah la comel. dan dah la aku salah sebut RANGO tu depan ticketing. miahahahah. malu seperti ingin lari je.

RANGO is so cute. rasa nak cekik dan cerita dia best gila. please la tengok. seriously. like SERIOUSLY, SERIOUS.

i love u johnny depp (tetibe)

then, karok. memang one of yours truly punya activity paling di looking forward. tatau nape. adekah aku looking forward sebab dapat minum + makan. haha.

aim kata aku ada improvement.

YES!

balik boleh tak gaduh? benci betul. aku kan dah start ego. buat bodo je. dia pun switch off henpon, kalah perempuan style majuk. grrrrrr.

tapi aku tak kesah (dalam hati je kesah, haha)


JUMAAT
esok jumpa SV! still searching for articles and journals. dan aku sangat penat pikir ape mende aku nak tunjuk kat orang tua tu.

balik kotadam, nak balik TELUK INTAN untuk wedding kak asmida. yes yes.




mengharapkan sinar di hari jumaat terang sampai bila-bila.


=)


Tuesday, March 8, 2011

what do you need to know about yangon, myanmar

looking for a place to rest or sight-seeing?

now i sound just like .. ok nevermind.

orang dulu-dulu panggil myanmar, burma. even until now the people labeled themselves as burmanese (ade ke tak word ni macam tade je, haha)

ok before you want to go to any part of myanmar, you have to apply for visa at the Myanmar Embassy at Ampang Hilir. Ala, where all the embassies are situated.

To apply for a visa, fill the form, 2 visas pictures (white background size visa ke mekah), travel ticket and rm80. Wait for 5 days, u will get your passport back. unless you paid rm150, then you'll get your visa within a day or so.

okey guys and girls

hop on the planes, and welcome to yangon, myanmar (tiba-tiba je kan? haha)

1. yangon airport, cosy yet so small. they're trying to improve their airport. baru extension katenye. before this, the airport looked like old building, but now. thumbs up.

2. out from the airport, you'll see chaos. seriously. dalam aman, luar woah. kereta simpang siur and most of the cars are er, old.

3. the cars = taxis.

4. the road is killing me, well, including my family too. haha. bayangkan, jalan bertar tapi tak rata. dalam otak aku hanyalah, mamposlah kalau tayar kereta meletup. sekian.

5. jalan takde lubang tapi sangat mengguris jiwa dan perasaan. their road is badddddddddddddddddd.

6. their drivers are so reckless yet very cekap. takut noks tengok diaorang drive. sumpah killer.

7. ada orang kata (orang kata, ehem) myanmar ni tak membangun. ok. from my point of view, they're slowly progressing. they have a lot of hotels to offer to tourist. there's no worry about accommodation. usually, malaysian choose micasa hotel.

8. micasa hotel is owned by a malaysian. a malay. suka.

9. there are also traders hotel, yangon hotel and others. cari sendiri please ini berdasarkan mata iols je. haha.

10. apart from taxis, there are also cam tuk-tuk taxi tapi muat untuk er..seberapa untuk disumbat. i can say that, almost 15 people inside one taxi siap bergayut 3-4 orang. boleh mati tengok mereka. seram.

11. oh ini penting. semua orang pakai kain pelekat. SEXAYY ;P

12. this include, kids. small kids ya know? pergi tadika pakai kain pelikat. kau tak rasa cute ke? cute gile ok.

13. the currency exchange is higher nowadays. i told ya, they're progressing. makin nak maju. good.

14. their currency? they called em' kyat. or iols panggil kiyat. or chat. or sukahati aku lah.

15. 100 usd = 85,700 (if u're lucky that day)

16. please remember that they only accept a brand new american dollar only. i repeat A BRAND NEW. no torn, no terlipat, no stains or what so ever. no no. only a brand new.

17. if they're not, you have to accept the fact that 100 usd buruk = nilai kyat turun. haha. mungkin dapat 80,000 je. sedih tak noks?

18. but if their money in kyat tu HUDUH like korang nak bakar ke ape, they accept them with open heart.

19. so before you come to myanmar, cakap kat money changer, 'DUIT BARU PLEASE, NO LIPAT, NO KOYAK, NO KOTOR-KOTOR'.

20. myanmar is famous for their GEMS.

21. my mom favorite's place in yangon is BOHJOK (entah spelling betul ke tak). macam pasar siti khadijah minus the sayur-sayur tu lah.

22. i love BOHJOK too. cinta sampai mati (tipu sangat)

23. apa ada di bohjok? GEMS!!!!!! (boleh gila), kain songket versi myanmar, their kains are def. different from indons, cantik ok, baju-baju (biasa), kayu-kayan (came from bago), beg-beg yang full beaded with maniks and stuffs.

24. jika jiwa anda jiwa suka tengok benda cantik, please come to yangon. like right now?

25. if you do so, please go straight to khadijah's shop. boleh dapat harga paling affordable. orang myanmar, muslim dan pandai cakap melayu. PAKEJ tu. mane nak cari.

26. selain dari cuci mata tengok GEMS, siap offer air/makanan lagi. mane nak dapat tu. kan dah kate PAKEJ?

27. at khadijah also, boleh tukar duit. kan dah kate kali ke 3, pakej doeeee. ape lagi ko nak?

28. situ boleh beli, segala ruby, jade, ala segala batu yang kau nak lak. menci la nak taip haha

29. you can custom made everything. dari brooch ke rantai, ke gelang tangan, ke cincin, ke .. ke.. boleh. siap boleh dapat harga terbaik dari ladang. alang-alang boleh dapat free gift. aku dapat banyak je, cincin jed, brooch..










banyak lagi. sambung later on. kerja aku tak siap lagi.















snfff.


Wednesday, March 2, 2011

cuti-cuti malaysia : yangon, myanmar \(^-^)/

holiday, whether in malaysia or outside ke, semuanya mesti looking forwardkan? aku pun adalah salah seorang manusia yang sangat terkinja-kinja bila orang nak bawak aku gi holiday. yes, setelah cuti 6 bulan ++ kat rumah dan dah duduk dekat shah alam for almost a month, barulah aku dapat pergi holiday dengan family.

alhamdulillah.

our trip is to Yangon, Myanmar.

sebabnya? abang aku dah duduk situ. dulu dia kan dekat madrid, sepanyol. how i wish he is still there. mesti 6 bulan aku cuti tu, aku duduk situ kot. boleh gemuk (tetibe)

booking tiket adalah seperti lipas kudung. whatever deal yang dioffer between MAS and AirAsia distudy mengalahkan buat research. YES. memula mak kata nak pergi after CNY, tapi aku cakap aku tade cuti dah. mid-term untuk student Uitm adelah during CNY tu je. nak taknak memang book tiket secara crazy-in-love-hate. hacewah. tiket adalah sedikit mahal sebab tengah peak-season. CNY = chinese pergi jalan-jalan holiday oversea. memang nyaris tak bertiket la kiteorang. between MAS and AirAsia, aku awal-awal dah pilih MAS sebab semata dah lama tak pergi KLIA. ye, aku adalah manusia yang jakun sekali. pang diri sendiri.

so, aku packing adalah seperti ribut. dah la sebelum pergi tu aku patutnya start kerja 1hb februari, tapi 29 january aku dah fly kan.ahhh, memang menggila la buat formal letter, mintak cop itu ini, buat jadual baru la, fax itu ini. a day before fly aku dah pening-pening tapi alhamdulillah settle.

so, on 29th of january, kiteorang fly to yangon with MAS at 1000am flight.

seriously ke-excitedtan aku adalah takat the first 5 minutes, pastu aku bantai tido. hahahahahahaha. bangun bila diberi makanan je. sama naik aku ngan uncle myanmar sebelah.

my first impression bila landing kat yangon. this is not that bad. seriously. stop judging myanmar ni terlalu mundur like Malaysia at 50 years back. no no no (buat jari) airport yangon tu kecik tapi bagi aku moden, kemas dan sangat selesa. yeah u heard me right. yangon airport is not that bad.

sampai je aku dah nampak saniy terjoget-joget tolak trolley =_=" apelah yang dia amuse aku pun tak tau. time tu aku still tengah beratur dan kene tangkap gambar ye oleh imegresen yangon. haha. pelik sedikit tapi aku sengih-sengih aje la. kata cun kene la kan. pang!

first day, saniy lari kat opah dia dulu.

"hi opahhhhhhhhhh, this is saniy " (jadah)

"come kiss opah"

"saniy want kinderballlll saniy"

benci lak aku kan.

belum bukak beg dah nak kinderball. haha. airport to abg long's house adelah dalam 20 minutes kot kalau tak jam. ye, dekat aje. tapi jalan dia. pergh. kalau korang rase korang bawak dah cukup terel kan, bila datang sini cuba la try test power. even abg long pun bawak slow je sebab sini driver adelah unpredictable. jalan lurus tapi all of the sudden, buat u-turn in front of you. kadang tu tak bagi signal, terus masuk je. sini jalan adalah sangat gila. drivers adalah reckless tapi cekap. ye. sangat cekap dia boleh masuk simpang sesuka hati atok dia.kalo tak masuk simpang pun, driver takan bagi signal. kalau dia sian pun, takat signal guna jari je. nampak tak nampak belakang kira kan. janji bagi signal.

JADAH SEKALI.


same goes bila nak ke rumah abang long. abang long dapat rumah kiranya kawasan elit la untuk orang yangon. rumah area situ kalau tak tiga tingkat, paling up lima tingkat. KAU HADO? rumah abang long je setingkat itu pun siap ada pagar duri tu kat atas. pergh cam penjara aku tengok. haha. jalan di area rumah abg long adelah sangat menyedihkan. satu jalan kecik, untuk dilalui oleh 2 kereta. sangat sempit dan tidak elok. berbatu-batu. theory mak long "jalan nak ke rumah macam nak gi rumah setinggan, rumah setinggan pun jalan cantik lagi".

elok sangat.

rumah adalah sangat selesa (name pun kawasan heliitttt katenye). alhamdulillah.


perkara biasa di myanmar
1. rumah akan sentiasa tiada elektrik. bukan akan sentiasa ada elektrik ye. haha. so, each house is equipped with a generator. cool gila macam kat mane je rase. haha
2. air datangnya dari bawah tanah. KAU HADO? diaorang ade pump sendiri, siap ada filter jadah. patut la kan kulit aku kering gila cam bersisik (tetibe cite)
3. yangon is quite hot. ke time aku datang memang tengah nak panas. tapi panas kering. u need to apply lotion all the time.
4. anda tahu itu tanaka? kalau beli bio-essence ke, ada satu produk tanaka white. ahh, orang myanmar pakai tanaka ni. tak kesah gender.lelaki or perempuan. kecik besar. belasah. tanaka kat sini, kau tenyeh dekat batu macam ala-ala jed tapi bukan jed. yes. original. tak payah beli bio-essence weks. haha. perasaan pakai tanaka adalah macam pakai bedak sejuk, tapi ini extra tegang. kulit orang myanmar macam wato maid abg aku, adalah sangat gebuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu (jeles)







myanmar is not that bad. continue to part II!

ye ye mak dah balik ye ye

entry paling happy.

selama ni homesick dengan momsick (sah-sah takde, aku je mengadakannya hebatkan kan kan *pang*) secara 6 minggu berturut-turut. tidak pulang ke teluk intan like more than a month. nak dekat dua bulan kau aku terperuk kat selangor. seperti bukan aku je, tapiiiiiiiiiiiiiiiii nak buat lagu manooo laie.

6 minggu = 1 bulan 2 minggu

syabas!!

orang yang rapat dengan aku tau kot, aku homesick macam mana. sanggup pergi rumah eena, sebab? homesick. kene tengok muka/ hang out dengan orang dari teluk intan. haha. kejadah perangai. tapi nak buat macam manakan? takan nak ngadap muke abang cik pulak. boringggggg. ngadap muke anak dia takpe. aku suke. dasar diskriminasi betul.

dah la nak call ke myanmar tu, satu hal kan. 1 second dia charge 10 cents kot. ke lebih tak sure. aku kan prepaid (booo, orang lain da pakai postpaid dia dok lagi bersungguh top up, haha) so memang duit mengalir kencang ke kedai-kedai menjual topup. tapi turutkan hati, gembira sekali dengar suara mak ok ok saje kat myanmar. alhamdulillah. tapi sampai sekarang aku dengan abang cik mempertikaikan henfon canggih beliau sebab tak boleh buat call oversea. JADAH? booo itu iphone 4 boo!!

op op

26th feb - birthday Qilah (tetibe). pulang ke BBB pepagi hari. sangap ok. mengantuk pun ye. boleh termiss simpang masuk BBB, siap terlajak ke Jalan Ramat? adoilah. siap pelik, "eh kenapa ade 3 tol pulak ni, selalunya 2?" haha. kasihan. pagi-pagi dah kerugian.

di rumah bang cik seperti biasa, jadi temporary maid. atas dasar nak menolong sebab my sis in law tak berapa kuat nak buat kerja rumah atas sebab-sebab tertentu (tetttttttttttt!). pinggan kat sinki kan siap boleh buat KLCC, baju dalam washing machine pending sehari. theory akak ipo aku, hari ni basuh, esok spin? so? baju memag menimbun. dalam bilik yang aku selalu tidur, dah macam kedai dobi. haha. siap aku buat muka terkujat "wah what happent to this roommm?? torpedo eh?" hua hua. derang gelak je buat muke segan. haha.

so, 3 trip basuh baju, bertrip-trip basuh pinggan, menyapu dan mengemop bilik. KAU HADO? rajin sekali aku. ce kalau kat teluk intan. harammmmmmmmmmmmmmmmmm.

eh bukan nak puji diri sendiri, tapi saje je taip nak kasi panjang. miahahahahhaha.

malam kiteorang santai kat luar, makan kat meja basah. elokkkkkkkkk sangat. balik pun gi layan dvd LOTR. abg cik siap tido sampai kul 4 pagi. legolas tengok dia, bukan dia tengok legolas.

atip seperti biasa, tido.

27th feb - hari yang di nantikan sudah tiba!! pagi pagi bangun breakfast cekodok je. atip seperti biasa? dengki tengok orang makan, dia pun nak. lebih sudu dari kuah gitu. rumah dah kemas, tp bila atip datang je jadi kacau bilau.

sian atip dipersalahkan dalam setiap perkara. haha.

oh well. derang sibuk keluar gi amek kek utk birthday mak, beli barang steambot la bagai. kemain rajin datang. petang tu dalam pukul 4 baru keluar gi KLIA. nasib bangi ke klia dalam 30 minit. itu pun aku dah pening-pening jalan berliku liku. soo, aku turun je dari keter berlari ke arah balai ketibaan. siap muka cemas tengok screen, plane dah landed dekat 20 minit, i couldnt reach my mom pulak tu. huu harus la cemas.

tetibe.

"oi bg cik tunggu kat gate 8, mak da ade"

eh?

"ape? mak da ade?"

hahahahahah.terus lari keluar fefeeling hollywood. jerit mak makkkkk. siap peluk bagai. over aku ni. tapi nak buat macam manekan. dah rindu hahahahahahahaha. gelak panjang tanda malu.

duduk kat kerusi paling belakang dalam unser. kau rasa ape? PENING GILA rasa nak muntah. dah la terduduk atas oren busuk. darn. bang cik ingat keter dia ni tempat buang sampah ke ape. abis belakang seluar bau oren busuk.

kasihan. kutuk atip lagi. haha.

balik je mak, terus ha buat sambutan birthday. paling tak boleh blah mestilah atif. walaupun belum setahun, fefeeling potong kek dah datang. siap pegang pisau macam dia punye kek birthday. muka sesungguh nak tolong potong patu nak sapu cream kat muka.

well.

sambil tu sempat tengok 1 night 2 days. aaaaaaaaaaaah, lawak gila gelak guling guling macam haram.

malam melantak steambot + meggi. bang cik feeling korean senonye. dia nak buat ala-ala soba tak jadi. haha. sian. ada hati buat kimchi tu yang tak menahan tu.

hahahahahaahahaha

soo, ape yang penting sekarang nih? mak saya sudah pulang!! yeye. lepas rindu siap tamau balik shah alam lagi. tapi apekandaya, kerja memanggil-manggil. nanti bos murka nokksss, susah.



i am looking forward to go back to my hometown hommiiiess. i miss my bed, my cat (abuja howwauuuu), the smell.

mesti haru kan rumah sebulan lebih tinggal.







kene marah di pagi hari huuu sobs sobs

wassup.

pagi-pagi mood dah hilang ke laut sebab kene marah dengan makcik care. haha. sedey ok T___T sorilah makcik, saya mmg tak nampak penutup air tu untuk kertas, bukan plastik. selama ni sama amek kat slot yang same je taw. tatau pulak dah pindah slot atas.

(nangis dalam hati)


kene cubit kau. kau hado?


(nangis balik dalam hati)


eh eh dah.


i'm currently trying to focus on a book which was given by my bos to read and review. aisehman, susah gila kot verbs, nouns everything lah. kejap-kejap refer dictionary. ye la selama ni pakai baca je tade nak refer. bajet otak oxford dictionary kan, tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, sekarang tidak lagi. berpeluh la gak baca eventho galery sikit punya sejuk beku.

eh tadi aku cakap aku try nak focus kan? ni tengah tak focus la ni tetiba rasa nak update blog? boleh tak gitu? boleh la kan. memang nak kene penyapu dengan bos aku ni. haish.

insyaAllah esok pulang ke Teluk Intan! hoyeh hoyeh. suka suka suka. walaupun terpaksa tidak hadhirrr ke RMI kat Dataran Agung Tuanku Canselor tapi ye lah. tak perasan email, biasalah kalau dah kat bangi memang takkan online. tu yang dah terjanji nak hantar meine muther, meine tante n meine bro (belasah) balik ke TI. aisehman. rugi kot tapi takpe lah. balik TI lagi penting!! ni kalau bos aku nampak ni mampos a kene tikam. harharhar.

























tetibe sakit perut. oh no!



















bye!