Friday, December 17, 2010

back to my student life

oh no!

Tak sangka dah almost 6/7 months jadi penganggur separa masa. Maksudnya, tidaklah saya duduk sahaja. Saya juga mengajar tusyen untuk pocket money. Alhamdulillah. Kepercayaan tuan punya tuition centre ke atas saya untuk mengajar anak-anak murid itu mengundang kebahagiaan di hati saya yang kecil ini.


*muntah berbucket*


cuba kalau aku taip macam tu, rasa nak lempang tak bila jumpa aku? hahaha. i know u eena, i know u!


today is going to be my last day in teluk intan. omagad. so sad. i am sure going to miss my bed, the TV especially channel E! (sorilah obsessed), the routines that I've been doing for the last 7 months, my mom, my family, my cat (nak jugak) and yada yada.

semalam i pergi TF untuk beli all the barang-barang like sabun fab (jenama penting), all the toiletries kan, tetiba mata boleh bergenang? masalah masalah. semua sebab tetiba terflashback during my years at rumah sewa. kongsi sabun dengan zila, kongsi downy dengan dia. pergi tesco selang seminggu or twice in a month, to buy our stuffs. pastu makan mee sizzling pecah telur. spent hours looking helplessly at stationaries section. ini tidak tahu kenapa habit weols. me, nonot, lolot suka buat macam ni. bought maggi, perisa baru, perisa lama, jenama itu jenama ini. we tried everything and we shared too.

*tears*

emo tak? haha. tiba-tiba i've got to do this on my own. i mean, sorang-sorang. nobody to share the laugther, the bitterness anymore. pas ni duduk pun bilik sewa, whichhh i still don't know the roomies. saya ini pemalu orangnya. serious. lagila dengan orang tak berapa kenal, mungkin tersengih all the time? gahahahahahahah *pang* i'm not sure what my life will be. memang rumah itu dekat la dengan faculty. jalan kaki kot jimat minyak aku pas ni. Alhamdulillah. i hope that everyyyyyyyything will be sailing smoothlylah.

tomorrow pendaftaran. after the registration nak masuk rumah tu tengok macam mana. already called suami kak mila rumah sewa itew. nama tak tau, kak tini kata panggil abang je. dia pun suara macam muda belia uuuuu~ kotlah. now im judging the people age from their voice. pfffftttt.


but the good thing is, i will be in shah alam for quite a long time. 2 years insyaAllah. sapa sapa kat shah alam holla meeee, i'm sure we can hang out if i'm not terikat with works or apekekan.


nak kata excited, tak pun. haha.


we will see.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



pas ni boleh jadi pengunjung setia tgv nampaknya. lin jom pindah shah alam!

mentalititi cam haram

yo wassap, assalamualaikum. ce kalau ustaz/ustazah time ceramah tibe-tibe wassapp yalllssss, howw you doiinnn (siap buat tangan hiphop gitew kan) agak-agak pakcik makcik yang datang kate ape?

kate ape? entah boleh pikir sendiri.

bak kata nabil (euw euw) "u ols pikirlah sendiri okek"

Sape-sape yang ikot updates kat channel E!News Asia mesti tau Marion punye preparation nak kawen, updates dari dia cari dress, pre-wedding shoot tu bla bla bla.

Dah selamat convert ke Islam, dah menikah dah pun. Alhamdulillah.

Untuk gambar (malas lalalalala) sile kelik ke beutifulnara. k tengs

Ape yang buat aku panas hati di hari jumaat yang indah, sejuk, permai tade masalah (senonye byk, tapi buat takde, teheee) bila baca komen kat situ. Ala, kalo korang bukak forum cari gosip retis Mesia ni pun, kalo thread tak sampai beratus-ratus page sebab mengutuk tu tak sahlah.

Tangan yang mengomen tu pulak macam tak sedar diri, entahkan baik ke entahkan tidak diri sendiri tu nak judge orang.

Tanya apesal nama Marion tu tak tukar ke nama lain (ok, itu lantak dia) tak tukar ke nama islamik maksudnya seperti Halimah, Aisyah etc. Why stick to Marion Rose. Untuk saya yang punya ilmu agama tidak setanding anda anda di luar sana, jika dia convert ke Islam, dan mendapat hidayah dari Allah, dan menjadi lebih baik dari orang Islam sendiri, KAU NAK KECOH CAM HARAM APEHAL? mentaliti orang melayu, tak suka nak tengok orang up sikit. biasa sangat.

Boleh ke suami dia bimbing dia kalau diri sendiri tak terbimbing. Oh tuhan. Kenapalah sebok sangat nak semak-semak. Itu antara dia, isterinya, dan Allah. Suami dia tau tanggungjawab dia, let him do the rest lah. Tak perlu memekak, tak perlu bising, tak perlu nak gaduh-gaduh pasal pandai ke tak, elok ke tidak. Masing-masing belajar. OK? Kita yang memerhati ni patutnya mendoakan pasangan ini bahagia, dapat menjalankan tanggungjawab sebagai suami&isteri yang baik, sebagai orang Islam. You know the rest.

Suka sangat predict orang yang baru kahwin ni berapa lama bertahan. Means, bercerai. Siap buat countdown cakap "ahh, tak sampai setahun cerai la ni". Come on lah orang melayu. Asal kawen artis je, korang doakan bercerai. Memang kalau tengok patternnya, ramai yang bercerai tapi dalam majoriti itu, ada juga yang bertahan sampai ke hujung nyawa. Baru je kawen, dah doa-doakan cerai. Dalam Islam ade ajar ke macam tu? Mendoakan yang buruk-buruk pada orang yang baru nak kenal Islam, baru nak belajar. I suppose we should let her see the beautiful of Islam, bukan menunjukkan ohhh, orang melayu (Islam ye) macam ni rupanya perangai. Nak gitu? MALU beb.

Marion tu gold-digger. Just because tak dapat kawen dengan anak Nasa tu, teruslah cop si Marion tu GD. Haih. Dah jodohnya dengan orang kaya, rezeki dia. Mendengki tak habis-habis kan orang bermental macam ni. *nyanyi lagu Kanye West* She has the package. Engkau ada? Sebelum nak simply fitnah orang, sila check diri sendiri dulu okay?


"Apehal lah aku tengok muka tak naik seri langsung". *PENAMPAR DENGAN TAYAR TRELER satuuuu!* Eh ape ke bagus sangat pemerhatian ko tu? Ada juga aku baca time Serina anak Chef Wan kawen, boleh ke cakap muka tak naik seri? Bloodyhell. Kiranya muka ko yang cakap tu, berseri-seri sampai tak payah pakai flash la bila amek gambar? Bersinar macam nur jatuh atas kepala? GITU? Orang tengok kau bersilau-silau siap kene pakai raybankah? Entah kawen ke belum yang tukang komen tu. Eeeee, marah betul la dengan mentaliti orang melayu ni.


Kalau ikutkan banyak je lagi menceceh-ceceh orang mengomen ni. Tapi malas nak ulas (ulaskee?). Haha. Orang yang berkahwin itu pakai duit sendiri ye? Bukan korang yang tukar support dan mengeluarkan duit untuk majlis diaorang. Nak grand ke, nak over ke, it's up to them.

Itu lah kalau diikutkan cakap-cakap orang sekeliling, memang boleh hancur hati. Nak sedapkan hati diaorang dari hati sendiri. Memang masuk wad mental.




** I'm not Marion's stan ok. My 2cents je pun **




Hafffyyy Friidayyyyyy!

Tuesday, December 14, 2010

some say

There is a quote (quote ke?eh?) saying that

Sticks and stones may break my bones but words can never hurt me.

I saw this in someone's tumblr. In my humble opinion, it's all bullshit. Why? Words do hurt you a lot.

Setengah orang being mean by abusing other with their physical kan. Itu you either balas with smack at that person head or just langgar with lori (ok, too kejam haha), but words honey, words can bring your mood down the hill, terus masuk longkang and stay there tanak keluar terus.


That's how I feel right now. I'm really depressed. I'm not that happy. I don't have someone to talk to. Oh I have but..I might end up crying rather than pouring out my feeling. PFFFFFTTTTTT~

I might look okay or happy, but my I'm mentally drained and it's not even because of PMS.


T___________________________________________T

















Sunday, December 12, 2010

entry tade tajuk

menghabiskan sisa-sisa cuti (eh cuti sangattttttttttt) dengan aktiviti berfaedah seperti di bawah. turut ada, benda yang tak patut buat jadi aktiviti pun. saje nak kasi panjang. hahahahaha


  1. jadi driver mak. ini macam semua orang tahu. so tak perlu elaborateeeee. boringgggg
  2. menjahit manik pada baju kurung mak, mak long dan sendiri
  3. mencuci kereta dengan kudrat sendiri tanpa pergi ke car wash. gigih
  4. pergi kenduri dan makan dengan banyak
  5. berjogging.
  6. online sampai lebam = sakit bontot duduk ngadap pc wayyyyyyyyyy too long man. wayyyyyy too long.
  7. youtube, sila search 1 night 2 days. mati gelak sakit perut.
  8. semalam gelak vibrate sampai mak tanya apahal lu?
  9. buat-buat busy tapi tak pon busy mana. uhuuuuuu.
  10. pikir masa depan dengan penuh efisyen. seperti, merenung ke arah luar tingkap bila bangun tidur. syahdu gila.
  11. tapi tak de pun pikir cam scientist ke kan. berlakon je lebih.
  12. kene marah dengan aim sebab... ada lah. lalala~
  13. tiba-tiba pikir asal ramai sangat orang bertunang tahun nih?
  14. saje tiba-tiba nak pikir. tapi sebenarnye... ahahahahahha
  15. no 2 & 3 memang tipu sangat. sian kene tipu
  16. no 5 juge. hahahahahahaha ;P
  17. tuition going on like always. last day, on friday. then, bye yah. welcome shah alam.
  18. boleh ke hidup dengan orang yang aku tak kenal ni? nak kongsi bilik sumore :O
  19. boleh ke nak belajar balik ni setelah otak karat for almost 7 months? eh ini aktiviti ke? haha
  20. aktiviti makan, sukaaaaaaaaaaaa sangat ^___^







sebenarnye kalau nak list ni sampai esok lusa tak abis.




i really should do something. tak sampai seminggu!




bye!

Friday, December 3, 2010

random yang ter-random

entry yang ke-100!

hakhakhak

orang lain beratus ribu (tipu) tak exaggerate pun kan. kesah pun tak gamaknye. ;P

oh ye nak cerita pasal konvo day.

nak start dari mana eh?

sehari before convo, tangkap family portrait kat bandar baru bangi, ala area shell seksyen 8 tu. dah la dengan hujan, pijak lopak air dengan penuh kagum sekali.

dapat la gambar, aku sorang portrait pegang scroll bangcik lama (sobs sobs T___T) family, family bang long n family bangcik. saniy tangan dok peace je kan, terus jadi kelakar nak mati dok situ. yang atif pulak,everytime uncle photog tu flash, dan dan mata terus tutup. huahuahauhaua.

haiyer anak-anak-anak (boleh la kan baru 3, ce kalau 12, haru) buah aku masing-masing perangai mereka of course jauh menyimpang dari perangai maksu yang angelic ini ;P

convo day. sidang petang ye. sekian. kalau sidang petang tau-tau sendiri memang masa ya amat terhad gila. dah la bertolak dari bangi pukul 11, janji melayu pukul 10. salahkan bangcik sebab tak mandi lagi. pukul 12 sampai main campus. itu pun bang cik and bang long psycho cakap berenti kat tasik la, jalan kaki la, macam-macam lah. saje je tuu nak tengok cemas tak cemas kan. of cos la i cemas nokkkkkkkkkkkkkks! bantai tergolek kat dpn vc, mau jadi makyong menari secara free. hahahahah

overall, seronok la dapat jumpa housemates (itu pun lambai je, wth) coursemates, friends and also aim & his family.

jeng jeng jeng

takpe la itu simpan dalam hati


yang tak seronoknya, camera bang long decided to mati after tangkap satu gambar je. adoila. memang tak sempat nak tangkap gambar seketul pun because of kelam kabut tahap dewa, both abg long & abg cik ada hal malam tu kan. memang tak boleh delay.

derang seronok la, dapat treatment vip kot. lepak2 kat bilik diraja dengan makcik intan, makan2, sembang2 dengan dean, masuk lambat.

gua? minum air pun tak lepas ok. dahaga je sepanjang sidang tu.

patu mengumpat ngan bang cik. siot nye abang. abang sape la tu kan ajar adik bongsu bukan-bukan.

hahahahahahhhaha.


gambar sila cekidaud kat facebook. tag je la kan yang termampu. tade pun upload. T_____T



i miss my friends already.bila pon nak jumpa lagi. haish






Thursday, December 2, 2010

selamat sudah!

selamat sudah jadi alumni UITM

kepohchi tul shima.



will be updating more stories laterrrrr. tah sape nak bace kan? ngahahahhaha.



badan sakit sakit. dem

Wednesday, November 17, 2010

terkorban before hari raya korban

entry semalam kemain lagi happy internet kat rumah dah sihat kan?

happy sangat sampai terus tak sihat secara berdos-dos.


al-kisahnya sakit kepala dari hari isnin, masa on the way balik bangi ke teluk intan. kepala sakit belah kiri, so i (tetiba i) ingat setakat lapar sebab breakfast makan meehun goreng. tapi itu da makan tu. so sampai ke teluk intan, menyinggah ke cm tapau lauk untuk makan tengahari. i tibai kerabu perut, siput sedut dgn ikan bakar. slrpp slrppp. sedap dah la nasi banyak. maafkan orang kebuluran.

nexxxxxxxxttttt


esoknya, pagi-pagi orang TM dah call. rujuk entry before. ecewah macam orang nak rujuk-rujuk entry aku ini kan. tak penting pun. hahahahahahahahahahaktuih. aku dah ready bangun pagi-pagi.nampak sangat tak bangun pagi punya orang. ok. dah setel hal internet, aku pun gerak la pergi bank sebab nak bayar yuran konvo. balik tu, dah rasa sakit nyucuk kat belah kiri. ingatkan sebab panas ke ape. so buat bodo. menjelang petang, dalam pukul 2 or 3 macam tu, bila nak solat zuhur macam nak terbunuh aku time sujud and ruku'. mata rasa nak terkeluar. wuuuuu. azab beb azab.

pas solat terus buat keputusan untuk menidurkan diri before berbuka. teori adalah, bila sakit kepala, tidur kejap sure ok balik. tidakkkkkkkkkkkk ok. tidakkkkkkkk. lagi menggigil satu badan, pastu loya-loya yang hebat. dah loya tu paham-paham sendiri la kan, memang muntah di atas katil la jawabnya. abis selimut jadi tempat muntah. haihs. dah la perut kosong, muntah air pulak tu. perit perut woo perit.

dah tak tahan, panggil mak. terus menangis hiba. hahahahahahah. kelakar bila ingat balik tapi nak buat macam mana, aku tak tabah beb tak tabah. sakit kepala teruk sampai menangis. campur la dedua sekali memang sakit gila gila. mak siap tadah tangan bila aku muntah banyak kali. T___________T sedih ok. sebab tak berdaya langsung. kepala lembik, badan sejuk gila, muntah tak berhenti.

macam nak mati rasa.


mak pun bawak la pergi klinik ridhuan. sekali kau kene drip masuk air. doktor kata dehydration, pastu campur dengan angin sebab tak sahur. aik, aku bangun sahur ok minum milo panas, dengan air sikit punya banyak. ok la redha la kene drip. siap tidor kat situ dekat 3 jam nak menunggu natang tu abis.

dalam pukul 7 tu dah balik, sempat2 je mak bukak puasa. nasib baik.

pengajaran pada diri sendiri, silalah bersahur berat-berat. jangan amek enteng pasal bab makan-makan ni.


thank you Allah. kerana bagi saya seorang mak yang sangat-sangat hebat orangnya.


Salam AidilAdha semua =)




Tuesday, November 16, 2010

internet kembali lagi

fuhhhh

dekat 2 minggu tak boleh online secara ilmiah dan proper + dengan sakit hati, akhirnya internet di rumah kembali ke pangkal jalan.

Alhamdulillah.


Call TM, sampai dah rasa orang kat situ dah malas nak entertain aku kot. haha. mula-mula cakap Komtar rosak, affected 10,000 customers. Ok, boleh terima. Second, dia kata splitter rosak. Ok, tak boleh terima. Pastu, dia kata modem rosak. Eh, what the hell.

Hari tu technician datang, dia kata sambungan kat splitter salah. Tipu la tuh, rumah ni dah pakai streamyx dari kurun 12-masihi. Tak pernah usik pun splitter tuh.

Hari ni pagi-pagi da datang, dia check, cakap overload. Kat rumah pakai 512 je, maleh nak pasang 1mg or above sebab nanti mula la semua nak online pastu download movie dan tidak sedarkan diri (tipu). Kat rumah biar bersederhana je. hahahahahah. kesian kandangah. Dia check, kata 2mg. Memang la overload. Patut la aku online connection putus-putus. Kiranya bukan salah modemku, bukan salah splitterku. Salah merekaaaaaa~

Nasib baik dah downgradekan. Btw, thanks to TM sebab memang nampak sangat take care kat customers, call tanya, berapa kali dah. Baru ugut nak tukar line lain. HAHAHA


tengs.

Wednesday, October 27, 2010

keteringinan yang overdose

last week, abang cik balik. ngangkut baby atif. atif dah tak kenal aku. oh, bukan aku sorang je, opah-opah dia pun same. haha. kasihan kami. setakat mama dengan papa dia, dia layan. kalau aku, agah sikit, tibe-tibe cebik, patu jerit. sekarang dah pandai jerit high pitch melalak punye style. mane dapat pun tatau.


typical atif. nasib baik ko cute tau tak. nasibbbbbbb baik.


hari tu bersembang kencang dengan bang cik, aku ini ilmu pasal handphone memang fail. kalau ada exam pasal handphone, mungkin dapat F? atau dapat 1/100. ataupun kosong terus. so aku tanya la pasal sebarang dua benda pasal handphone. dia pakai samsung touch screen. bini dia baru dapat samsung wave. ok jeles. walaupun bukan iphone, tapi macam iphone gak. eh tiba-tibe iphone. kejadahs.

bang cik kasi penjelasan panjang lebar, dia suruh cari phone yang boleh support jadi modem. setahu aku, sekarang ni semua telefon pintar/pda sume boleh support modem kan? ke aku salah? kalau salah, sila betulkan budak baru nak belajar. haha. tragisnya. sebabnya dia kata, senang hidup shima nak online di mana-mana. itu satu. pastu apetah lagi dia ajar, aku pun ingat-ingat lupa. sambil-sambil aku godek si samsung wave tu, aku dah bajet buat muka-pemilik-iphone-in-the-future. tak boleh blah kan? takpe, berangan itu bagus untuk masa depan.

dah dapat ilmu, bang cik tiba-tiba bukak cerita nak beli iphone 4g tu. dia ada usha kat klcc, tapi kene queue sikit punya lama dalam list. dia cam postponed. then dia cakap nak usha ipod plak. pastu aku teringat ipod aku beli kat madrid. very the murah one. bukan ipod touch la tapi. ipod classic, you knowwwwwww. yang bulat di tengah-tengah itu. entah mana aku letak. ni kene cari balik ni. tak boleh jadi!



tapi.....









tadi baru usha ipod touch kat applestore.








membuatkan aku keteringinan yang overdose. saliva meleleh. kalau bang cik rembat ni, memang aku sanggup jadi orang gaji dia jadi bibik semata nak pegang ipod touch terbabit. haha. bunyi sikit punya desperate sebab aku bukannye anak orang kaya mintak je dapat, asal mintak je dapat. nak mintak mak support beli camera pun kene ada proposal, lagi la ipod touch.






sape nak sponsor ipod touch?





damn u apple. damn u.





Tuesday, October 26, 2010

sayang sayang sayang

(buat dalam suara paling manjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sekalian alam)



sayang, sayang sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang sayang. sayang sayang sayang??
pernah try sekali, patu dengar bunyi 'uweeekk' di talian talifon.



ade aku kesah gitu?



of course la tidak kan noks.




motif utama buat entry bukan untuk kejar publisiti (kejadah), saje nak share apa dalam hati. seperti sweet sangat bila shima cakap camtu. kans?kans? kans?

kenapa hari ini shima sweet sangat?

it is because tomorrow is my 3rd anniversary!


apesal kepochis sangat shima?

  1. saje nak kepoh secara membuta tuli. i can, can i?
  2. tiba-tiba feeling sweet teramat sangat. see, dah berapa banyak sweet aku taip.
  3. because i never think that this relationship will last this long. 3 years baby, not 3 months
  4. because dah lame tak buat entry feeling love love camtu. hahahahahha *pang sedas

okey, moh serius moh.

it's been a lovely 3 years knowing you. thank you for being my best friend, my lover and sometimes my enemy (standed kot). thank you for loving me to bits, for accepting me for who i am, and also for being there when you're needed. thank you so much for understanding me deeply, for never fail to pujuk me when i'm sulking or whatnot, and for always cheering me up when i'm in my most bad mood. thank you sayang for everything, for thick and thin that you've to go through with me. thank you so much =)

for the past 3 years also, i am really sorry for being bossy, for not understanding you at certain points, and always hurt your feeling. i'm really sorry for not being able to pujuk you with sweet words because i never have the idea how (bocooooooooooooorrr rahsia) but eventually you accept my pujuk because you tak sanggup dengar i sobbing rather than pujuk-ing you. haha. i am sorry for always bugging you with this and that, nagging (not all the times), but it is because i'm worried about you.

i really hope that we will have another wonderful years to come, and insyaAllah another 2 years to go before we step into our serious plan.

i hope for this 3 years relationship,the ups and downs, the loves and hatred will complete us, and makes us grow stronger and wiser together.


i miss you. i love you.



insyaAllah, when there's a will, there's always a way for us.


i cannot wait to be your future wife, to be your future mother to our beautiful babies, and insyaAllah grow old together.


ok aku tau corny gila, but this is my first time writing corny-ish entry so do bare with me. hahahahaahahhahahahahahahah *pang*








doa-doakan la weh, bende baik memang tak boleh lame-lame. kene cepat-cepat.



eh gatal gile?



selamat berkenalan selama 3 tahun abang. moga masih ada tahun-tahun yang akan datang untuk kita masih berkenalan.














Monday, October 25, 2010

penting sangat?

Harta memang penting. Sebab harta boleh hilang keluarga, sebab harta boleh tak bertegur sapa, sebab harta boleh buat jatuh sakit dan mungkin sebab harta boleh bertemu ajal, mungkin.







kalau arwah atuk and arwah bapak tengok semua ni, mesti sedih gila diaorang.



berebut harta tak bawak kemana.














Friday, October 22, 2010

hilang selera aku.

memandangkan i seorang guru tusyen yang berkreadibiliti tinggi dan obses terhadap anak-anak murid sendiri (muntah muntah), i telah keluar ke pekan after tusyen untuk membeli ink printer. haha. ayat macam gi buat buku exercises ke buku rujukan ke kan? well well well.


i keluar pergi pekan, bayar duit ink printer, dan kemudian lepas gian beli air mata kucing dekat colliseum. kat situ ade laksa sedap. slrpp sllrrppp. (saliva melelehs)

pastu i pun bawak diri untuk pulang sebab tak solat asar lagi (pang sedas). patu sampai kat satu corner tu, terpaksa ikut bontot uncle bawak motor. slownye lah,i rasa kalau i bawak basikal saniy yang kecil itu pun lagi pantas. pas tengok tade kereta or apa-apa kenderaan yang merbahaya, i pun pintas la uncle tuh sambil lihat jadahnye dia bawak slow nak mati kalah siput babs.

tengah pecut dengan gear 1, beridghamm enjin keter kuning i. sorry.

i pun lihat ke kiri, sambil ingat nak tunjuk isyarat (cube teka isyarat apaaaa??). rupa-rupanya, uncle itu sedang menikmati moment-moment terindah sambil dibuai angin.

jari telunjuk siap landing di lubang hidung.


oh.


kedalaman jari, tak dapat dipastikan. tetapi keasyikan dapat dilihat dari rupe paras uncle terbabit.


i yang tadi sedang sedap hirup air mata kucing, tersedak gitu.


cantik sikit.


uncle, please after this u nak korek and makan tahi idung u tuh, u please la buat kat your house ok. please dont show to public. i hilang selera terus tau. tak baik ok. tak baik.


moral of the story
kepada peminat pengorek hidung yang berjaya, come on dudeee, korek idung ilmiah sikit la. nak korek hidung cover sikit, kalau agak-agak nak makan taik hidung tu pun, bawak-bawak la balik rumah ke kan.


ape sedap sangat ke tahi idung tu buat makan?


nanti nak tanye kat coach german.


tengs.

Thursday, October 21, 2010

terkedip kedip

Rasa macam nak jerit, tapi tak terjerit.

Pffttttttt.


Aku itu mengalami kepenatan jiwa dan raga atas sebab-sebab tertentu. Tak tahu mana nak tuju. Nak luah dekat mak, macam tak kena. Luah kat kawan, bukan tak kena, cuma tak mahu membebankan kepala orang lain. Luah kat diri sendiri, makin makan hati.

Makin berpenyakit hatiku.

I'm just not quite sure why the f-ing hell everything was not right from the beginning. Oklah, no be precise, it was not always not right (ayat madafaka), but disulami ketidak-right itu lah yang menyebabkan aku sakit jiwa, sakit mata, sakit perasaan, sakit lah. Senang.


I never know untuk pertahankan a relationship, baru nak 3 tahun sikit punya la payah. Memang pun selama ini takde la nak cakap, everything will be sailing smoothly ke ape, tapi ye lahkan. Baru nak 3 tahun bagai nak rak, perasaan aku. Lagi la orang-orang yang couple bertahun-tahun, 5,6,7 tahun macam tu. Tabik berkali-kali. Serious. Macam mana je la cara tanak bergaduh je? Memang orang ada kata, gaduh itu tanda sayang. Memang la sayang, siapa tak sayang kot? Tapi dalam nak gaduh tuh, come on lah tak payah la kerap. Mainan emosi betul. Buatnya tak stabil, mahuuuuuuuuuuulah tetiba ikut hati. Ikut hati mati ok?

Sila ikut logik dan akal fikiran lain kali.



Sebenarnye ape yang aku nak sampaikan kat sini pun, macam terkias-kias. Benci betul dengan diri sendiri.


Apapun, i love u abang.


Really, I do.



**sambung emosi balik**






Friday, October 15, 2010

wild sex

ha?

aik laju click nampaknye?

haha.


pernah tengok wild sex kat national geographic wild tak? ch550 kot kat astro. omg.

i saw it last night, around 1 am-ish. memula tengok mythbusters tapi sebab dah tengok episod tuh, so cam bazir plak tengok ulang-ulang. cam boleh hafal plak ape jadi pas itu. so tertukar channel sebelah je pun. wild sex kot. aku cam, apehal lepas plak kat astro ni kan? ngahahahah.

wild sex : femme fatale.

pasal haiwan berjantina betina demand dekat jantan untuk buat sex. haha. omg. sangat jaw-dropping like wtf sekali perasaanku ketika itu.

aku tengok yang jantan dok tekedek-kedek gaduh, tunjuk power. ala show off. cam manusia, tunjuk sikit ketul-ketul kat tangan, cam kuat gitu kan. yang betina leh lompat-lompat kegirangan. haha. kelakar gila. aku tak sure haiwan apekah, cam rusa tapi bukan. kecik sikit. dia punya berebut satu hal, pastu choosy pulak kan yang betina tu. bau-bau sikit, kalau tak ngam, reject terus.

kesian ok kat jantan itu. bahahahah. cam, duh i dont like your smell. talk to the hand. then berambus.

kalau ngam, terus tergedik gila cam, apejadah ko tegedikgedik lompat keriangan, pastu tunjuk bontot kat jantan? adoi lawak siot. adeh adeh. sakit perut. patu dah berjaye 'in' blah cemtu je. COME ONNNNNNNNNNNN!

pastu tengok tarantula buat sex gak. pffftt. the male tarantula have to extracted dia punya sperms kat tangan-tangan dia tu (yg ada lapan tu) tapi yg kat depan dia la so that it will be easy to inject trus. gigih ok. baru tau yang tarantula cam blurry vision dia, so dia bergantung pada vibration (tak salah la, kot? nnti buat research). so, the fact that the male kena berhati-hati bila dekat dgn female, tak gelojoh ok kang takut kene sengat mati ko. tak sempat buat anak. kasihan. tapi best a, first time tengok derang buat kan, cam wow. kuasa Allah. memang magnificent.

pastu, cengkerik eh bukan, cengkadak la. adoi lagi kelakar. siap commentator tu cakap "having sex like he never had sex before". haha. susah ok. dah la pakai terkam je kat betina, tade salam ape. pastu kene gigit kat mata as if blind date. memang buta terus yang jantan itu. double kasihan. tapi itu la, siap terkeluar lagi penis. haha. tak menyabar betul.

pastu yang haiwan yang, kat afrika berlambak itu (ok, aku malas nak cari nama dia) yang kalau tengok the lion king, yang jahat itu. bukan singa tuh, yang jahat tu laaaa, yang makan-makan itu. ha, nnti la google gambar. itu lagi sekor. yang betina ada penis ok. i was so shocked, mulut nganga kenot go. jantan betina ada penis. and then panjang pulak tuh +____+ my eyes were burnt! haha. kejap-kejap panjang, pastu pendek. ini pun satu, terkangkang-kangkang cium bende alah itu, takleh recall apesal. tapi dah dapat, terus je in and then caloo. few months kang, bersalin la the female kan. tapi either idop or tak la because baby keluar thru the penis. aaaaaaaahhhhhhh, sakit ok kalau terbayang. sakit tak? aku rasa sakit kot. commentor kata, if lucky, she'll survived, or else she will died . because of infection satu hal, pastu terkoyak itu lagi.

*OUCH!*

tapi itu la, best ok menimba ilmu ini. kene bukak dada lapang-lapang luas-luas. tak payah nak sempit pasal sex ini. tak kira la sex between humans or animals ke, insects ke. semua makhluk Allah. pasal animals ni sekadar menambah ilmu je kot. best ape, selama ini dok tengok kucing je kan hahahahahhaha. eena aku tau ko selalu kan kan kan.

lagi pun umur 23 dah beso sikit la untuk terima hal-hal sex ini. ilmu ok. untuk mase hadapan gak (ecewahhhhhhh) dont tell me u never have the guts to watch SATC. come on. best ok. tapayah sempit sangat pemikiran, tengok je la. bukan sengaja bukak untuk tengok boobies or whats kan.
porn pun tak. aish, geli ok porn itu.


ok sekian sahaja. kalau ade kelapangan cam aku (tersangat lapang nampaknye, haha) leh a tengok channel national geographic wild. BEST GILA SUPERB!


have fun menimba ilmu.


Tuesday, October 12, 2010

aktiviti kegilaan masa lampau

korang masa kecik-kecik mesti ada aktiviti yang korang suka buat masa luang kan? halah, tipu sangat kalau takde. nampak sangat hidup korang bosan. haha. tiba-tiba.

aku kecik-kecik dulu sangat obsesi dengan basikal. i loveeeeeeeeeeeeeeeeee bicycles. i love riding bicycles. kalau tengok basikal, macam terus jatuh cinta dan boleh paksa bapak suruh beli satu, tapi of course.. tak dapat. bohoo

sebab musabab suka basikal adalah kerana abang long aku dulu adalah pencinta basikal. mama (not mak aku lah) aku pun. semua pakat ronda-ronda taman, semua naik basikal. best ok. angin sepoi-sepoi mengusap pipi, sambil-sambil angkat tangan kat jiran tetangga. pheewit.

pang!

dulu, masa sekolah rendah aku adalah salah seorang (ke aku sorang je?, tsk tsk) yang tak boleh naik basikal ke sekolah. jangan harapppppppp boleh naik basikal, dan melintas jalan raya besoo tu. bapak aku memang akan hantar dan amek lepas dia pencen. tapi before dia pencen ayah la yang antar amek. tapi memang tak kisah pun, sebab jalan tu kau usah tengok la, lori lalu lalang, laju gila so tak payah verangan.

tapi ye lah, dah nama pun suka naik basikal. tak dapat sekolah pagi, sekolah agama pun jadi. hahahahahahahhaah. melaun punye anak. aku dulu siap sanggup pinjam dengan diana, eh ke dayana (bukan ko dayak) punya basikal semata nak berjalan-jalan. apekejadah sanggup sangat pun tidak diketahui. selalu paksa bapak hantar awal, dalam kul 2.10 or 2.15 camtu sebab ada lagi 15 minit untuk meronggeng di sekitar taman di tmn seri setia. macam haram jadah lagi kan? haha. adeh adeh. aku ade merambu sorang-sorang, naik basikal pergi jalan mane tah. ape tak takut pulak time tu. padehal sebok orang kecoh-kecoh hantu purdah itu. uuuuuuuuuuuuuuuuu. memang berani tak bertempat.

itu satu. ade sekali tu, tengah seronok meronggeng time-time waktu rehat pulak. pinjam basikal siapa tak pasti pulak. jalan-jalan dengan lin, aju, sape lagi tah. sekali kauuuuu, bapak aku lalu nak gi masjid. wadehelllllllllllll. memang muka pucat, siap berenti basikal lari kat bapak. haha. cam crap. pastu cakap, bapak sori bapak sori. tapi bapak aku buat dek je plak. sampai ke sudah tak marah pun. tapi stok muka garang ah. tetap takut kot. aku risau je dia lempang aku ke ape, tapi dia buat dek je. mungkin sebab dah berwudu'. aicehwah.

pang lagi!

sebab naik basikal jugak la kain sekolah agama rakyat aku terkoyakkkkkkkkkkkkkkkk panjang. cam, kalo lakukan eksperimen ke atas kain itu, macam kain batik lepas dah jadinye. haha. camane boleh tersangkut kat basikal punya besi ke tayar. siap ustaz adnan tegur pulak tuh. malu noks. hahahahhahahahahahahahahaha.


tapi agaknye sejak-sejak peristiwa aku asyik kantoi dengan bapak aku je, terus bapak aku belikan basikal eh, ke dia repair basikal raleigh abang long and kasi aku naik. dengan eena ngan izdihar. time ini aku tak ingat aku darjah or menengah? haihs. memang makan semut betul. ini pun heaven gak, tetiap minggu keluar petang. makan berger abang khalid jual sebelah rumah si azwan mazlan. haha. sedap okey berger terbabit, order kalau tak special tak sah. ataupun benjo sahaja. (tiba-tiba craving berger, tsk tsk) and then, jalan-jalan pergi ke taman terpencik (pencil la sangat) kat sebelah rumah MD caelygirl. haha. situ ada gelongsor simen itu. pastu ada papan kayu, cam buat slide. OMG!!! best gila-gila kot. mula-mula sangat tak berani, pastu lepas di'a lepas, eena yang kecil dari aku pun lepas, apehal aku tak lepas kan? memalukan. haha. seronokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat. kalau boleh nak ulang balik part itu. sobs sobs.


tapi ye lah. seronok tak long lasting. pas di'a tiba-tiba berubah suara dan menjadi tidak kawan kepada aku dan eena. dia berubah menjadi malu dan sombong tiba-tiba. ala, cam tak biasa kot budak laki akhil baligh. bahaha. aktiviti itu tiba-tiba stop. sedih ok. haha. tapi nak buat macam mana. no lelaki, susah la nak ronggeng-ronggeng.

sekolah menengah sekali sekala je aku lepas naik basikal. sebab ape tah eh. aku pun lupa. kalau naik basikal pun, rumah sape je. rumah lin gak aku tuju. pastu pergi jalan-jalan. best-best.

itulah dulu naik basikal, berjemur sanggup. sekarang naik kereta, air cond nak full blast.


rindu nak naik basikal. dan juga nak main badminton.




**rasa sedih pulak eena dah nak kawen. haha.**






Saturday, October 9, 2010

my exact feeling

tak terluah di mana-mana.

nak luah kat blog, rasa macam. haihh

nak luah kat kawan, pun rasa macam. haihh

nak letak status kat fb? haha. lagi lah. tak perlu.



haih, entah la labu. pendam sorang lagi senang.


like always.



Friday, October 1, 2010

ini betul-betul terlalu banyak masa luang

serious.


hari ini datang sawan mana (bukan sawan tangis, boo!) buat kerja yang memang tak ada kerja, iaitu


Googling my full name.


alah, aku tau ko pun buat sama macam aku kan. eh, tak buat ke? takpe, boleh buat sekarang. laju-laju.


aku bajet macam tiadalah pasal aku. tapi sebenarnya risau jugak kot-kot lah, keluar saman ekor ke. ok. saman ekor itu tak la kan sebab dia saman ekor kereta iaitu nombor plat, bukan nama pemandu. booo lagi sekali! dah mengucap dulu dan beristighfar banyak-banyak before bukak mata kecik-kecik.


sekali tak ada.


ceh, saspen-der.


tapi, adalah dua article. satu kat blogspot and satu lagi kat utusan pasal abang mie interview aku hari itu. hari itu adalah, hariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii yang sangat lama, where i was actually sleeping and acu called and terpaksa cover suara. padehal acu dah perli, oi ko baru bangun tido ke? ceh


=______="



ape pun, aku kene interview dengan abang mie, via aculah. aku leh dengar abang mie cakap jawa (ello, aku mengantuk pun alert ok) haha. aku cakap pasal aku lebih ke arah menyambung master dari nak berkhidmat jadi cikgu. ini dari duluuuuuuuuuuu lagi aku dah plan. eh tak la dulu sangat, masa baru-baru kene practical itu. cam system aku ter-shocked. bahahaha. exaggerate. who cares. lagi pun, family aku support aku habis-habisan. lagi lah aku suka. boleh baca article (konon la nak bacekan?) di situ dan di sana. sama sahaja.


ramai member kat uni aku dah lulus (majoritilah) interview egst-yang-patut-aku-pergi-tapi-aku-tak-tu. ramai kata aku rugi berdas. tapi tak apelah. aku sahut cabaran lain. aku tak boleh nak satisfy hati orang ramai. cukup dulu aku asyik nak jaga hati orang, hati aku macam mana? (eh, apehal emo) maksud aku di sini, aku pilih bidang yang sama, masih mengajar, masih mendidik, masih perlu study itu dan ini tapi group aku adalah young adults. itu sahaja. tak payah nak psycho aku, kau rugi shima. kau patut cuba next interview. atau sama waktu dengannya.


bila aku cakap, next time makin ramai pulak yang psycho lagi. huuuu.


tak apalah, terima kasih pada yang psycho aku. haha. selagi hayat dikandung badan, aku masih nak study lagi max 2-3 years than aku kerja dan kahwin. eh, tiba-tiba ada kahwin apekejadah?



ape lagi? bosan? pergi google nama sendiri. mane tau rezeki nama keluar utusan =P






Tuesday, September 28, 2010

perasaanku ini terganggu

Sejak dah jadi penganggur ilmiah lagi produktif tinggi ini, kerap kali perasaanku terganggu. Kali ini dogaan & cobaan paling hebat aku rasa siap rasa tiada perasaan (paham tak? tak kan? same la. SEP!).


Handphone SE ku, suka menazakkan dirinya tidak kira masa nampaknya sekarang.



Aku dengan handphone SE ini, memang bercinta sakan. Cara cinta kami adalah dengan, tercampak jauhnyaaaaaaaaaaaa (buat suara style adik adik baru nak start intro pidato) ke jalan raya, atau di atas lantai.

Meh sini aku nak tanya soalan kau pernah?

Henfon kau pernah kene baling style lontar jauh tak? Dalam semeter setengah? Pernah?
Jawapanku, pernah T____T

Henfon kau pernah terjatuh berkali-kali dari tempat tinggi?
Ha kau jangan nak cuba ngelat, aku tau kau pernah.
Jawapanku, pernah. Hobi.

Henfon kau pernah tiba-tiba terloncat dari tangan dan jatuh tinggi sehingga tercabut bateri?
Jawapanku, pernah lagi. T______________T

Henfon kau pernah tak kau try kat sebelah je, tapi kat screen kau jadi missed call. Padehal tiada bunyi?
Jawapanku, pernah. Baru kejap ini kejadian terbabit.

Henfon kau pernah tak tengah-tengah cakap jadi bisu, tiada bunyi. *insert seram background here*
Jawapanku, pernah.


Henfon kau pernah? Henfon kau pernah tak?



Soalan-soalan di atas sepertinya memang buat jiwa aku kental nak tukar henfon baru. Aku mungkin tak nak SE. Mungkin dengan aku dia tak seuser-friendly macam dia ngan Eena. Ewah, refer SE sebagai dia. Pang! Aku mungkin akan ke pangkal jalan, memilih Nokia Cokia ataupun Samsung ataupun Blackberry ataupun Iphone (berangan). Kalau dapat smart phone yang boleh jadi modem itu (nampak sangat tidak tahu nama saintifiknya) lagilah bagus, macam HTC & Samsung abang cik. Macam menarik kan? Tak payah beli berokband. Tapi Tapi kenalah tengok dulu budget dalam akaun bank mak. Haha.


Atau mungkin patutkah aku suggest pada abang-abangku serta emakku, sebagai hadiah konvokesyen. Macam brilliant idea itu kan?


Doakan idea brilliant aku berjaya ok. Nak sangatttttttttttttttttttttttttttttttt! Eena, tolong doakan aku. Aku tau kau bacekan? Tak rasa brillliant ke? HAHAHAHAHAHAHAHAHA







Please do not slap me. K tq

dah tau macam ni, ada hati lagi

Hari ini macam rasa nak muntah, pening-pening seperti pembawakan budak. Not fun okay. Aku pening bau ikan bakar.


Ahhhh, sudah. Tak boleh jadi ni. Getus hati kecil aku.


Ini dah seiras-iras sang boifren ajer. Tadi makan terkelat-kelat sumbat masuk nasik dalam mulut. Gigih buat nasi goreng kosong, semata-mata jaga hati mak long sebab aku tak nak dia kecik hati tak makan lauk dia masak. Huu. =___= Baikkan hati? Bahahahaha.


Boifren aku sepecel (dah macam pecal) orangnya. The only person yang aku kenal, selain dari kawan-kawan or saudara-mara dan juga orang dari negara lain (ini aku tak nak amik tau) tidak suka makan ikan, kecuali ikan bilis. Ikan bilis pun makan, hanyalah yang telah dibuang kepala dan taiknya. Kalau tak tau rupa ikan bilis, meh sini aku cincang sampai lumat.


Aku selalu kutuk-kutuk dia sebab tak makan ikan kan. Haha. Tapi dia muka tegar macam gangster. Ade dia kesah? Dia kesah kalau ayam je tak ada. Huuuuuuuu. Sentap.


Supposedly tonight ada open house. Aku awal-awal dah reject the invitation because of aku dah rasa mual-mual, pening-pening dari maghrib tadi. GILA nak pergi, pastu makan banyak-banyak & lastly pergi muntah belahak. Tidak berbaloi okay rebut makanan serupa orang tak jumpa makanan sebulan, dan kemudian, terbuang begitu. Nehi nehi.


Baiklah aku duduk diam kat rumah & online.


Sikit-sikit online. Orang menggangur memang macam ini. Tak payah persoal.



I kebulur nak minum Pink Panther kat Murni. Bilakah kita akan bertemu jodoh lagi? T___T






Monday, September 27, 2010

kenapa aku lebih prefer telenovela dari drama indonesia?

**Eh eh, dah lame tak berhupdate blog ini. Tak payah sawang, malware pun banyak. Ini semua kes malware. Tak pasal pasal tersangkut sekali mood.Booo!**


Sekarang ni kalau tengok tv, mane mane channellah senang cerita, semua mesti nak siarkan drama indonesia. Sikit-sikit drama indonesia. Aku rasa dulu, tak sehebat sekarang (apekah?) stesen TV berebut nak tayang drama indonesia ni. Dulu aku rasa aku tengok kat tv2 je, apa ke nama drama tu? Lupa pulak. Tapi best la, heroin + hero cantik dan hensem. Ok motif sebenar aku tengok, memang sebab hero tak pun heroin. Jalan cerita jatuh no 2. HAHA.


Tv2 (drama indon ape tah, tertengok iklan tak ingat tajuk)

Tv3 - Alisa. The MOST mengaruts jalan cerita ever. Tapi kenapa aku tengok? Salahkan kakak iparku. Siapa suruh dia tengok? T____T

Astro Ria - Cinta Kirana. Galang cutekan? Auuwwwww!

Astro Prima - Cahaya. Ini dah beratus ratus episod kot aku rasa, tak habis habis.

Astro Oasis - Ade gak, anjasmara. Mak minat dia. So dia pun tengok, dengan aku sekali tertengok. T______T lagi.

Nyaris tertinggal, tv9 - Cinta dan Anugerah. Sebab ada Ashraf Sinclair. Tapi aku suka nabila. OMG. Sangatlah putih gebu dan cantik. See? Aku tengok sebab pelakon, bukan cerita.


Selalunya, jalan cerita drama Indonesia ni, awal-awal tak mengarut, dah tengah-tengah mengarut kadang tu sampai hujung cerita mengarut tak sudah-sudah. Tapi orang still tengok kan? Antara penyumbang viewers tu, family aku la tu. Mengarut pun tengok juge T____T Tapi tak semua drama indon ngarut, yang islamik tu best la juga. Insaf la juga. Insaf depan tv je. HAHA. Pang diri sendiri!


********


Aku sangat suka tengok telenovela. Sebabnya? Aku suka Spanish language or Mexican. Simple. Aku juga suka pelakon-pelakon telenovela sebab semuanya sexy dan hot stuff. Pahala mataku hokey. Haha.

Telenovela first yang aku tangkap cintan sampai sekarang adalah, jeng je jeng..

La Usurpadora

Sumpah jatuh cinta sampai terobses dengan watak dalam telenovela terbabit. Contohnya, Paola, Paulina, Carlos, Abuela Piadad (omg, memory aku mmg kuat!). Time ni aku form 2 rasanya. Siap hafal lagu opening lagi. Huuuuuuu. Best okay. Lepas LU, cerita Rosalinda Ayya Moorr, ayamoor!, Mis Tres Hermanas, Ruby (perempuan ini gila hot macam Megan Fox. Sizzling!), apa lagi cerita Juana La Virgin. Semua cerita mostly ntv7 & tv3. Tapi aku memang heart ntv7 sebab diaorang la first tayang cerita best-best dan buat aku tak nak study. Hahahahahahahaha. Sian parents aku, turutkan kehendak aku. Paling dasyat, masa tu on the way pergi Terengganu for holidays, sanggup suruh abang long or bapak bawak kereta laju gila sebab nak kejar cerita LU. Sampai rumah ayah bong, bagi salam terus hijack remote tukar channel. T____T Mesti mereka berasa comel sangat perangai anak buah/sepupu terketor-ketor lari dari kereta ke rumah semata nak tengok tv. Haha. Lagi satu, masa kat Kelantan, always memang bapak akan booked hotel Al-Ansar. His favourite sebab sangat dekat dengan segala Pasar (sori, cannot recall), McD (sebab dulu anak-anak dia jakun dengan mcd, kasihan), kedai makan, kedai buku agama, segalanyalah kan. Dapat aku pulak, mintak dia booked hotel mahal sebab nak ada channel ntv7 semata nak tengok LU. Memang minta penampar, tapi diturutkan jugaaaa. Abang-abang aku memang stok iri hati tapi ok what, semua dapat room sendiri,nama pun suite ;P. Duduk 2 malam pulakkan, memang berlubang poket.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA


Lagi satu, aku rasa bahasa Spain, selain dari French & Italian adalah superb SEXY. Dulu kan pernah lepak kat Madrid one whole month, memang mulut gatal cakap pun. Terasa accomplished di situ. Bravaaa!


Lagi satu (berapa banyak lagi satu?) sebab Iker Casillas adalah orang Spain. Dia adalah goalkeeper yang terhot. Kalah Beckham. Eh tak, ok la boleh la compete dengan Beckham if he shuts his mouth.



Gila panjang entry. Nampak sangat meroyan suka taip ni. Haha.


Adios amigos.





Tuesday, September 14, 2010

sekali nak demam sudah

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir Batin



Dah nak masuk raya ke-6. Cepat betul masa berlalu. sobs sobs. This year punya raya macam ape eh? No family potrait at all. Sekian. Fullstop. Kesian tak? Kasihan. Memandangkan pagi raya hujan lebat, mood pun jadi mellow. Lepas dok belasah lemang, segala pulut masuk perut, please expect the expected. Semua pun start buat melodi nak tidur. Haha. Orang yang first start buat muka mengantuk of course lah saya dan juga anak buah kesayangan, Awatif (nak jugak libatkan baby berusia 3 bulan ini). Sampai ke tengahari takde lagi sesi bermaafan or bersalaman. Oh ye, family aku memang macam ni. Suka sangat postpone sesi bermaafan sampai kalau boleh ke raya yang entah ke berapa. GENETIK probably. Petang seperti biasa, lari ke rumah ayah & mama because ada makan-makan turkey & stuff. Yea, kiteorang kalau raya mesti ada ala thanksgiving gitu tapi bukan la thanksgiving. Cuma food dah macam nak sambut krismas. Ada turkey, stuffing, salad, dressing, nasi minyak tak terkecuali. Sedap gila siap tak nak tangkap gambar sebab muka comot dan serabut sikit. Alesha semangat okey duduk rapat-rapat, manja-manja dengan sushi (me la tuh, ;P). Sushi, i nak fork. Sushi, i nak stuffing please. Sushi, pass me nasi minyak, me hungry. Mak dia siap cakap tak rasa nak pelempang ke budak tu? Hahahahahahahahahahahahahahahaha. Btw, Alesha owns an Ipad. T_______________T





(menangis berlagu dalam hati)




Oh eena pun datang ke rumah bawak anak anak buahnye datang. Sian saniy terlepas 3 hot chicks. Dia tu dah la gila perempuan. Haha. Nasib baik la atif baru 3 months, tapi dah start dah aura gatal gatal nak keluar. Eena, nak duit raya darimu. K tq.

Raya seperti biasa. Still dapat duit raya. Horeyyy! Tapi makcik makcik belah bapak dah start complain dah. Tanya bila nak kawen bila nak kawen? Sebab? Diaorang tanak bagi duit raya dah kat aku. Siot kan. Sampai hati mereka sebab ada niat nak mengurangkan income hari raya aku this year. Sampai hati. =__="






Banyak sebenarnye nak taip tapi tengah stalk one of my small cousin. Hari tu keluar newspaper pasal addiction to internet/fb ni. Tak sure newspaper mana, tapi dia kata semua bullshit. Tak baik la reporter. Ceh.


Oh ye, aku itu down with flu and sore throat. Tapi still gak teguk air berais tidak kira masa. Sengaja tempah. Bila lagi. Hahahahahahahahhahahaha pang sedas!


Oklah. Selamat malam!


Monday, September 6, 2010

rayaaa datang lagi!!!!

(sila jerit dalam style tora datang lagi!)


Tiba-tiba rindu kat Tora, coklat dgn free toy dalam kotak tu. Oh~


pang!


Sedar tak sedar, lagi 3 hari aje lagi nak raya!! Tapi macam tak raya pun this year. Itu aku sedarlah. Mak long tak minat nak buat kuih raya, kuih semperit kuih kegemaranku. Sobs sobs. Dia kata tahun ni buat kuih tunjuk je lah, tak kuasa katenye nak pung pang kat dapur. Kecewa hati ini. Baru nak putar alam. Cis. ==__=="


Dari puasa pertama lagi aku dah bising sebab tak ada baju raya. Haha. Loser tak loser. This is because aku tak rasa nak raya sangat tahun ini. Itu pasal bila sibuk sembang kencang pasal baju raya, aku lah manusia paling excited menggelabah sebabnya semata nak rasa hypenya hari raya. Apekandaya, umur je 23, tapi otak masih 12 tahun. Excuse me. =P

Tapi mungkin percentage hype raya dah merasuk dalam diri ini. Aku sudah ada baju raya baru!! Fully sponsored by mak long. Itu pun setelah tawaf PKNS Shah Alam tuh, sampai aku rasa kaki aku tinggal nyawa-nyawa ikan dah. Over kan? Memang. Haha. Nak buat macam mana kot? Dah lama tak buat aktiviti shopping atau pun secara ilmiahnya, berjalan secara rawak selama beberapa jam tanpa henti, dan juga di bulan puasa. Sangat seronok. Kesian mak kene teman anak dia. Kat PKNS aku berjaya rembat sepasang je pun baju, mak la dapat 2 pasang. Satu baju kurung, satu jubah, and then satu tudung ariani. Talking about ariani. Omaigod. What's the hype? Aku tengok macam nak runtuh orang rebut beli tudung-tudung. Aku pulak rasanya the only person yang buat muka terpaksa, semata nak teman mak beli. HAHA. Sebabnya mungkin,

a) aku tak berduit seperti mereka mereka yang membeli sampai rm520. wtf.
b) aku tak berminat nak pakai tudung awning. walau begitu, aku ada satu, hitam. beli pun kat Gerbang Malam, rm10 je. Lin cakap macam orang arab, tapi ade orang itu cakap macam bibik. wadefukkk
c) aku belum datang seru nak pakai tudung begitu? aku lagi suka pakai tudung bawal or shawl. Tudung bawal tetap dihati. ecewah.

Tapi ingatkan hari tu nak belanja mak tudunglah, what to do. Duit tinggal sikit. Cukup-cukup buat lepas isi minyak + tol untuk balik ke Teluk Intan. Lain kali ye mak. Dapat gaji tusyen, shima belikan yang baru. Mithali sungguh ayat.

Aku tadi nak cakap pasal raya, mesti tiba tiba meleret masuk pasal ariani pulak. Adoi.


Nantilah pasal raya. I'm in a hunt for tudung/shawl for my baju raya.




*nyanyi lagu raya*

Wednesday, September 1, 2010

when nothing else matters

There's something unsettling with myself for these couple of days. When I felt right, the thing just went wrong. It killed my mood, sort of. For the fact that I do not know what's wrong with my own emotion bothered me too much.

It effects others too.

Best example : Saniy, my nephew.

I got mad for no reason, and he got yelled and of course some cubitan manja because of being himself. Himself = naughtiness that I just could not handle that day. Ended up him crying the lungs out. Alah, typical Saniy kot. Menangis pastu gelak. Memang macam mintak penabuh kan?

After few hours, I felt really bad for me (omg, aku kah?) Haha. Really bad because mak said something to me.

Situation : In the car, on the way to McD
Passengers : Mom & Farris
Driver : Moi

Mak : Saniy, come ikut opah naik kereta.
Saniy : Cakmo, maen fish shark
Me : Tayah bawak. Susah.
Mak : Get through with it. Emosi kenape?
Me : Dunno (muncung)
Mak : He's my cucu, and your own nephew. Bare with it la. He just learn how to talk and frankly he needs time to understand. Marah sangat kenapa?
Me : Dah mak said saniy tu naughty sangat. Not me.
Mak : Yelah, mak je lah salah.


Ok. I felt sooo like crying while driving. T____T

I've ended up musahabah diri sendiri alone in my room, haha seriously. I didnt talk or have any interaction with Saniy at all. Because rasa bersalah ya amat amat.


Even though you are one hella naughty boy, but maksu loves you so much la saniy.


Sorry sebab too garang with you.Sometimes too mean. Sometimes too kejam (ok tipu). Sorry for all the cubitan manja yang maksu bagi kat Saniy. Lain kali please behave ok. You're one good boy and please dont make others mad at you.

Maksu so gonna miss you when you go back to Yangoon.Safa too.






dem, me crying.


T___________________________________________T

Monday, August 30, 2010

.

sakit hati di bulan ramadhan.





bukan saniy buat pun.





tak baik ok pitnah saniy.







orang lain.











dah la nak makan. f-u

Saturday, August 28, 2010

plants vs zombies

gua rasa yang tegar game dari gamehouse popcap (er, gua la tu) mesti tau game ni. plants vs zombies. memang destructive betul game ni gua cakap sama lu. addictive ok. gua main sampai level 3-8 patu gua dah tak tahan sakit jari tekan mouse bercampur perasaan cemas cemas tiap kali ade zombie naik kereta lalu kat tanaman gua. dem.

first time gua tengok game ini time abg gua, si padil tu main kat rumah dia la. gua tengok dia meratib sikit punya khusyuk. kalah khusyuk melipat baju anak dia. dah la main tak pakai mouse, sure gua rase jari tangan dia kejang kejang. dia la yang nasihat kat gua kate, "lu patut download game ni main, best siot". gua lak jawab "celah mane gua nak download bai".

pastu abang aku pandang gua sinis, sambil tangan main game. gua rasa begitu sedih lantas bermain dengan anak beliau yang tengah tanak tido tapi ala-ala nak tido. dalam hati gua curse gak abg gua biar kalah. curse gua menjadi siut. tak menang-menang level yang same. HAHA. padan.

balik ke diamond bay, gua langsung lupa nak download game ini. kejadah lak gua nak cari keygen dia bagai. malas. gua kan malas. semua orang tau. fullstop.

dua minggu pas tu, abg gua balik bawak anak bini. tau tau dia downloadkan game dengan keygen sekali. sekali dia ngadap komputer adelah mau 5 jam. gua dok zikir tepi telinga tanya bila nak pas kat gua, tapi dia bagi pandangan sinis. dem u. biar kalah padan muka.

pas dia bercuti 4 hari kat rumah, gua take over balik. itulah. addictive tapi gua takat level 3-8 je, tak naik naik. gua semacam loser, tapi gua tak kisah. gelak gelak. khamis lepas, sepupu gua datang sebab nak hantar slr abg gua yang kat yangon tu. baru pas servis. aik? slr pun servis ke? of course der. lu kalau duduk kat oversea, summer winter tukar tukar season, memang slr lu boleh problem. tapi tak la sampai meletup. sekadar tak boleh click je. abes abes ilang 300 hengget nak service. ok la tu bhai, dari 5k ilang. (ok ngarut). ok sambung. anak anak buah gua ni jenis main game. aisyah tanye gua tade game polan binti polan (sebab lupa name game), celah mana gua nak download kan. gua just syorkan kat dia game plants vs zombie la. gua kasi tutorial sikit, jerit jerit dari tepi. terus addicted si aisyah ni...

of course la saniy pun tak ketinggalan. 2 laptop lagi gua install. senang. tiada rebut. cuma hati gua kene rebut la sebab tak boleh langsung pegang komputer. apetah lagi gua nak online check facebook gua. bahahahahahahahaha. T__T

aisyah kat sini 2 hari, dah level 3-5. saniy atas pertolongan mak dia, gua rasa mau dah level 4-5 kot.


gua rasa begitu loser sekali melihat mereka main.




justeru itu, gua pun nak sambung main balik.




lu orang nak game tu. boleh cekidaud kat sini or lu lu orang nak gua boleh kasi guna email aje la pun. bonus ade keygen beb.








saniy kentut kat gua. cilakak.



Monday, August 23, 2010

randomnya

  1. puasa kali ni mmg tak de rezeki nak ke surau maupun masjid sebab kena teman akak iparku dan anak anak buahku. selama ni mmg tak penah pun gi surau blakang umah. hahahahahampeh nyok.
  2. saniy makin lama makin err.. tidak keruan. HAHA.
  3. telah menjadi maksu garang totally. suka lagi!
  4. jarang sangat gi param. ujung minggu, ahad mesti pergi dengan lin. sekador cuci mata tgk makanan, patu sedut sedut bau makanan sedap. muahahahahha. perangai huduh. hep hep.
  5. dulu awal puasa down with cirs birs and muntah, now tiada lagi. selara bersahur lagi hebat dari berbuka. ;P
  6. harapan nak tambah berat badan boleh pikir selepas bulan ramadhan lah ye. skrg redho.
  7. safa comel. pipi bam bam cam maksu shima dia.
  8. baju raya setakat ini tiada khabar berita. sobs.
  9. lin ade 6 pasang baju raya. tak aciks! (tibe2 masuk lin)
  10. nak buka pose kat hotel. boleh? bosan la param sini. (pang di pipi!)
  11. eena dah nak kawen lagi..err..(kira guna jari) 9 bulan. T___T
  12. eh buat ape cite pasal eena pulak. haha.
  13. da terbau bau-bauan enak dari dapur. sebelum mak cubit, baiklah undur diri.

selamat berbuka puasa yo!

Thursday, August 12, 2010

kejam sangat ke?

Terjadilah satu kisah, si adam nak datang ke kampung halaman si hawa. Memandangkan surrounding kampung halaman si hawa bukanlah se-open minded macam kampung halaman si adam, jadilah konflik. Bukan cornflakes. Ah, tibe tibe.

Ibu si hawa kata tak elok lah datang, bulan puasa, takkan nak melepak saje di town. Ape pulak kate orang sekeliling kan. Kampung halaman si hawa kecil aje, tak macam si adam. Besar dan banyak tempat nak hang out. Si ibu hawa tidak menghalang, cuma kurang sweet. Nanti banyak sour dari sweet. Family si hawa bukanlah jenis open minded, lagi lagi mak saudara si hawa. Ada certain things boleh, certain things tak boleh. Si hawa akur.

Ibu si hawa cakap dengan si adam. Si adam boleh terima nampaknya pada awal perbualan. Setelah phone dipassedkan ke si hawa, jadilah konflik jeng je jeng. Si adam berkecil hati ya amat. Kes ungkit mengungkit terjadi. Si hawa mengalah. Cuba menahan emosi. Cuba tak menangis. Cuba tak melawan. Cuba redha.

Si adam bilang, biarlah lepas ini tiada komunikasi mulut antara dia dan hawa. Biarlah dia membisu. Biarkan. Si hawa of course la tak mahu. Hari hari kalau boleh nak dengar suara si adam. Ego si hawa dah lama buang. Buang jauh jauh. Si hawa cuma fikir positif je di bulan ramadhan ni.

Sekali tengok si adam cakap si hawa tak sayang dia. Whadehel. Kenapa si adam ni suka buat konklusi bukan bukan? Terus si hawa berkecil hati. Berderai derai hati, sakit hati sangat sampai si hawa rasa nak pitam. Dah la cuaca di kampung halaman si hawa sikit punya hot. 36 degree Celcius ok. Tak pernah panas melenting macam ni. Mungkin cuaca pun ikut sama berarak mendung dengan si hawa.






Damn. Bencilah macam ni.


ok kantoi.



Tuesday, August 10, 2010

benci bilang cinta ....

winda

dimas

pictures source = Wikipedia


BBC dah habis. Peminat tegar of course mak dengan mak long. Sanggup kalau balik mengaji lambat, ulang tayang tengok kat astro ria pukul 11 rasenye tak salah. Cerita ni kalau tengok dari awal memang la, ade iras iras Princess Hours kan, tapi eventually cerita dia bertukar! Dari kaya tak hengat terus miskin tak hengat juga. Nasib baik la mak bapak si winda ni kelakar ya amat, vengong cap ayam skit. Naseb baek jadi best. Ala, aku dulu tengok cerita ni pun sebab si dimas hensem sangat (tapi musykil kenapa kat gamba atas muka berlengas ni?!) Itu yang verangan la si baim wong nak masuk meminang kan? Over.

Cuma tak puas hati ending asal macam dipadat padatkan, walhal si Claudia tu muka sikit macam nak mati, pucat bagai, macam ape je kan. Tengok-tengok terus cergas esok hari lepas Winda jemput datang rumah. Haha. Crap betul.


Tapi,ngarut pun aku tengok juge. Ini yang menyampah ni.





p/s : saniy..tido laaaaaaaaaaa tido laaaaaaaaaaaaa


Ramadhan Al-Mubarak



Selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia. Puasa tu biar puasa yang betul-betul puasa, bukan puasa tapi pastu ngumpat orang sane sini plak (eh eh shima). Moga kita semua dilimpahi rezeki Allah hendaknye eh.







p/s : saniy oi ko bile nak tido ni, gua tak larat nak tengok kartun. T____T

Monday, August 9, 2010

pengganas dah balik rumah

pengganas dah balik rumah. that's why lack of updates. ceh macam orang bace je. tapi pedulik what.HAHA.

okeh okeh.

pengganas dah balik rumah dekat 4 hari. jumaat hari tu sampai. mule mule elok la, baik, behave, saint, angelic, angel, bidadari, kupu kupu, rama rama, ulat beluncas (tambahan di belakang adalah tipu semata) haha. ikot cakap, mendengar kate, suruh buat kerja, buat, tak membantah tapi kene la sogok dengan cartoon kan. OMG. berape ratus jam dispend hanya untuk tengok channel 613 itu.

Hot dog hot dog.. Oh tooodlessss.

dive oliy divee!

eh banyak sebenarnye sampai tak terconcentrate tengok tv. kalau cakap cartoon dah balik rumah mesti dia menjawab balik "saniy nak teynokk, bukak laaaaaaaaaaaaa".

suara dah la besar. seram okek.

HAHA

selain dari tengok cartoon kalo boleh tido, makan, mandi, solat jemaah semua nak depan cartoon. over ya amat. saniy juge penggemar minum susu hasil dari bancuhan maksu dia. AUWWWWW. Haha. first time pikul tanggungjawab memberi makan kepade saniy ni. selama ni koser lak kan nak bancuh susu kecuali untuk diri sendiri. HAHAHAHAHAHA. kemudian, memandikan saniy itu adelah lumrah kehidupan. terpaksa la hangkut masuk toys dalam toilet, almaklum la rumah takde bathtub, takbleh nak feeling macam orang putih berendam, bubbles penuh, pastu ada duck la, ayam la, segala binatang kalau boleh nak sumbat kan. aleh-aleh berendam dalam tub adik dia. Ya Allah. dah la besar nak dekat 20kg, mau pecah tub tu.

cumanya sampai sekarang tak boleh nak suruh dia pakai baju diam diam. mesti nak menari tarian naga, pastu main train dia, tengok tv, bogel bogel. nobody wants to see ur **** la saniy. sekali kene penampaq sedas kat bontot oleh maknya tercinta baru la diam baru la behave.

MAKA DENGAN INI, maksu SHIMA hampir hampir transformkan dirinya menjadi maksu SHIMA yang garang.


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH



saniy panggil i, paksu ye bukan maksu T___________________T













Monday, August 2, 2010

kan dah kate..

Dari hari rabu pas balik shah alam hari tu dah rase something wrong with my self. Dapat pulak abg long balik dari kedah membawa pulang 'hadiah'. 'Hadiah' dia adelah bersin dan batuk melampau-lampau siap aku rase dia boleh muntah belahak dalam toilet. Tsk tsk. Abang Long tu ade resdung yang power. Ingat lagi dulu bila dia buat asap-asap hidung guna macam rokok tu kan, (dulu siap ingat yang balut tu guna kain kapan, apekah?) keluar ulat kecik sebijik sebijik. EUW banyak kali. Kagum pun ada. OK dah melalut, apesal nak bukak cerita orang resdung pulak ni?

Selain bang long tukang bagi hadiah hari raya early, jiran tetangga pun nampaknya turut sama menyumbang. Haha. Kak Lina siap muka nak pengsan masa kenduri tahlil hari khamis tu, sebab makan ubat katenye. Batuk kong kong (saniy ajar). Kire merebak la virus kat rumah 72 ni. Sobs sobs. Khamis sehat, Jumaat time tusyen aku dah start hilang suara ok. Berdehem je siap anak murid (auwww, so suwit) offer hacks. Haha. Takpelah, decline. Sabtu pagi gi kubur bapak. Lama dah tak ziarah (aku la, orang lain ok je) sebab asal time ziarah je, red flag. Cancel. Memang panas juga pagi tu, ingat pagi tak panas, rupanya matahari direct. Penyumbang kepada headache.

Ahad aku leh lagi keluar dengan Lin and Adam. Gosip secara random. Adam adelah manusia paling best diajak gosip. Woohoo! Ok, pastu balik aku terus rasa tak sihat sebab aku sakit kepala berdenyut denyut tapi gigih online. Ye tidak lupa juga, aku terus cancel tak pergi interview which is on Monday (the next day) because of few reasons. Reason kejap sihat kejap sakit pun terima la whattt.

Isnin bangun pagi suara dah hilang. Kepala start berat. Air mata meleleh. Dah agak dah, mesti style dulu punya demam time kat rumah sewa. Aku buat la nak berpeluh, tutup kipas tak juga berjaya. Ramai msg tanya interview camne, haha. Maaflah rakan rakan sekalian. I tak pergi ok. Mungkin rezeki aku bukan sekarang nak jadi cikgu, maybe later on. Aku percaya rezeki Allah ada di mana mana. Demam je pun, boleh apply later lagi. Kan KPM kan? Itupun kalau aku rasa nak jadi cikgu la. KALAU ye. Tetttttttttttttttttttttttttttttttttttt!

Mengadu kat aim, dapat la sedas dua syarahan tazkirah dan juge smash-an tepat di kepala. Pergh. Sakit beb. Orang tua ni kalau sindir, memang terbakar otak instantly. Serious. Makan dalam tapi sebab aku tak sihat sangat, terus la emosional mendadak. OMG, kan saya ni gedik nak buat camne? Haha. Over.

Maghrib tadi badan buat hal lagi. Adoi. Penat la camni. Sejuk panas sejuk panas. Ni ade konsert free plak kat sebelah jalan, kat dewan sekolah cina tu kut or kat sebelah rumah ni. Ada konsert ape tah memalam macam ni. Dengar macam kat disko pun ada, siap bergegar almari kaca aunty R aku. Tinggal nak jatuh pecah je. Ok over lagi over over. Haha. Sebabkan konsert tak halal ini la aku sakit kepala balik.

Ni sape nak tanggung ni? Dah la aku tanak telan lagi panadol banyak banyak.




Sakit kepala tapi kalo dapat bebel memang first ah shima.




get well soon myself. penat la sejuk panas sejuk panas. bosan ok.

Saturday, July 31, 2010

boleh kena darah tinggi

Tersebutlah al-kesah, my 2nd brother atau glemer kite orang panggil dia (whole family ok, relatives) KandaNgah. Macam gedik kan? Memang gedik tapi dia memang macam itu, so got no choice.

Kanda = Kekanda in bahasa dulu dulu

Ngah = no 2 kan, angah lah.

Dulu panggil angah @ abg ngah @ ngah ngek (ok ini da tipu, haha)

Kandangah ini adalah manusia yang paling special dalam hidup kami satu family. Dialah manusia yang boleh buat orang kena darah tinggi in a blink of an eye. Tak percaya? Percayalah. Kena percaya pun. Haha.

Dia special sebab dia adelah Autism or lembam. Pemikiran tak sama macam pertumbuhan fizikal. Meaning, lambat proses lah ape yang dia dapat tu. Boleh fikir tapi needs time. Aku dulu selalu bergaduh mulut dengan abg aku sorang ni. Ye la, tak paham paham bahasa kan? Sape tak marah? Aku cakap A, dia buat B. Elok sangat kan.

Patu kalo dia dah start emosional or getting angry at certain point, dia kalo tak hentak kaki, adelah hentak meja or tunjuk penumbuk padaku. Scary kan macam ni? Tapi aku suka gak torture dia, ok bukan aku sorang je, abg cik pun sama. Haha. Ha, jangan nak naik angin dulu ok. Ini cara kiteorang manja-manja style adik beradik. This guy he cannot understand what the hell we're trying to tell him about. He doesnt know how to express his words in the correct ways. Mesti terbelit belit, and sometimes seorang penyibuk yang sangat penyibuk giler. Sikit sikit ape hal yang jadi kat rumah semua nak ambik kecah. Asal phone bunyi je, dia la orang pertama buat larian 100m tanpa hurdles untuk jawab phone. Patu suara, of course ya amat kasar orang yang call tu mesti macam cuak cuak ingat salah call or ape kan? Hahahahahahahah. Sian. Sorry la eh.

Tapi itulah, orang kate, anak istimewa macam dia ini mesti ada talents or gifted juga kan. Dia boleh belajar to switch on computer, downloading songs, videos, or segalanya internetlah in his own. Bangga aku abang aku macam ni. Bangga ok? Dia tak susahkan aku langsung. Semua buat sendiri. Lagi satu, dia penggemar lagu lagu oldies. Macam, Lite n Easy tu adelah favourite radio channel dia. Kalo bawak kereta, of course la aku tak bukak channel tu. Giler ape? Nak bagi tido ke termellow mellow melody, mau terbabas kereta. Fuhhh.

Bila birthday, tak pernah mintak benda yang bukan-bukan kecuali, walkman or vcd ultraman, batman or segala man man yang dibelakang. Op, cicakman takde ok. Bila dah telinga sumbat dengan headphone memang pekaklah jawabnya,itu yang buat orang marah tuh. Bukan nak dengar, terpakse la terpekik terlolong jerit nama dia baru dia dengar. Sigh. Tapi, itu dia. I cannot change that.

Dia jugak ade collection cassettes ya amat banyak. Semua oldies. Ade gak favourite aku dalam tuh macam Spice Girls, Britney Spears, Pepsi Top 10 ke ape tah, ala yang top 10 top 20 camtu. Pernah gak abang aku nak bagi dia Ipod. Oi like hello? Tak bleh ok. I aje yang boleh. Tetibe dari aku tukar jadi I. Haha. Over lagi. Dia juga seorang yang suka tulis, dia tau facts sejarah Malaysia, nama Menteri tahun ke berapa sebelum masihi pun dia tau okay. Itu pasal suka tanya dia facts pasal apa apa je pun. If he doesnt know, dia quickly of course Google and then, tulis dalam buku.Dah macam journal aku tengok. Mangsa buku of course la buku aku. Ambil tak pernah mintak permission pon. Redha ok redha.


But yelah sedih ok. Boleh menitis air mata ni kalau fikir pasal abang aku yang seorang ni. Kalau orang yang tak paham dengan dia, mahu bergaduh mulut, mahu sakit hati, mahu rase nak lempang. Tapi dia pun tak mintak lahir macam tu kan? I'm aware of that dari kecik lagi. Arwah bapak sangat sayang abang aku ini. Sangat special. Tak pernah naik angin, naik suara kasi pitch tinggi, tak pernah. Layan abang auk memang tip top. Ape nak semua dapat. Best ok abang aku, pergi Toys R Us dapat Batmobile Rm200 tu senang senang je. Aku time tu mintak Barbie Doll tak dapat hokeh? Emosi. Padehal Barbie doll tu murah kot dari Batmobile tu.

Si gemuk ni lately tak sihat. Physically sihat dari luaran, dalaman dia dah kena darah tinggi. Tak turun turun sejak check time kat Shah Alam 3 weeks ago. Mak punye la takut, dia kene strok ke jantung ke. Dah la mok, mak dengan mak long kudrat mana la nak kuat sangatkan. Itu yang buat diet plan tadi. Dan dan keluar buku diet plan. Dasat la mak!

So sekarang we all akan pantau dia makan apa, daging dengan ayam kurang, no lemak lemak, susu manis ke apa sebab precaution takut dia kena kencing manis pulak. CUKUPLAH satu penyakit. Itu pun dia mengamuk sakan tadi cakap dia tade darah tinggi. (-.-")

Patu mak pesan, jangan nak marah marah si gems ni karang dia marah marah balik tinggi pulak darah tinggi dia. Ok mak fine.

Masalahnya sekarang, dia buat perangai gedik dia nak control semua remote, bajet orang tak boleh marah dia la kan. Ade yang kene darah tinggi gak ni.

orangnye?






AKULAH!




pergh, panjang siot entry. walopapepun, aku sayang abang aku sangat sangat. kalo ada orang buat hal dengan abang memang nak foot in mouth.




Tuesday, July 27, 2010

agak agak pening

hari ni check tempat interview eGST. ok boleh check di sini.

Alhamdulillah, dapat interview Isnin depan bersamaan 2 Ogos 2010 di SMK Presint 14, Putrajaya.

Putrajaya?

Why?

Sampai sekarang tak dapat terima hakikat dapat interview kat Putrajaya. Dah la sampai sekarang baru tau sorang je (iaitu diri sendiri) dari Uitm yang dapat kat sana kan, itu yang bertambah syahdu syahidan shahdan. Yang lain 3hb, 4hb, tapi tempat semua lain-lain. Lagi sayu bertambah-tambah. Over ok shima. Haha.

Lagi satu yang tambah pening boleh pitam adalah kerana sampai ke kurun ini tak dapat lagi ok surat senat tu. Ni memang bikin panas hati ok. Ana da pergi dua kali, dah buat semua surat untuk students lain ok, yang tak dapat dapat adelah aku seorang ajer. Kenape aku sorang aje tak dapat dapat ni? Sedih okey. Walaupun hakikat sebenarnye aku cam tak kesah pasal interview cikgu ni, tapi tak boleh terima kenyataan surat senat tak dapat dapat. Tak pasal-pasal esok pagi-pagi kene gerak pegi Shah Alam, gi induk, gi tadah muke kat akak Hajar ape tah name, nak mintak surat senat tu.

Patu tadi chat ngan reen, dia cakap dia proses 5 hari okey? 5 hari?



Memang boleh pitam sekarang.



venciks ok venciks!





baru perasan banyak betul taip ok. hahahahahahah. hangus!

Sunday, July 25, 2010

boran boran boran

patut lah hati ni dup dap dup dap suruh tengok blog sendirikan.

rupenye background yilek pochi.

hua hua hua.

dan dan la tukar layout kat blogger yang amat la simple click click je terus apply dan tak payah pening berpeluh keringat nak pikir coding HTML. i suka, u suka tak? hahahahahaha.

op op.

eena dah selamat ok jadi tunangan orang. oh em gee. untuk kesekian kalinya, tak habis habis jeles. baju cantik, make up cantik, hantaran cantik. lists go on and on and on..ape pun jiranku, merangkap besfren forevehku, Selamat Menjadi Tunangan Orang and Please Drive Carefully because Darah U Manis Bley Buat Nyamuk Kena Diabetis.

nan hado kaitan. hahahahahahhahahahahahahah.

tadi rasenye macam ada banyak nak taip berkobar kobar, tibe-tibe hilang. dah lame meninggalkan pekerjaan menulis blog ni, that's why.



mak tengok diariku....shahir dia cakap shahir cam pondan sebab pakai braces.



sori ok fans shahir. muahaahahhahahahahahahah

Tuesday, July 13, 2010

hahahahahahaha

dear all my sayangs, aiceh aiceh.

support skit!



kerjasama dari uolls amatlah kami hargai. tqqqqqqqqqqqqqqq =)

Friday, July 9, 2010

kerja kahwin or ?

lame gile tak update blog. cam la org bace pun. tapi tak kesah tak kesah. lalala. i dont care.

nak cerita pasal org kahwin. boleh? boleh je. kan kan?

tersebutlah kisah, my cousins, both nak kawen this year. sorang da selamat nikah, sorang lagi bulan 12 insyaAllah. both my cousins ni, makcik makcik aku kat kampung sume stok bengang tali kecapi sebab tak boleh langsung nak bagi pendapat. kalo bagi pendapat sikit, MUKE MONYOK, MERAJUK TANAK CAKAP LANGSUNG SILENT TREATMENT. ok itu satu hal. pas tu kawen kat dewan, gabung dgn belah lelaki. ha, lagi la kesian.

apesal aku tak puas hati? banyak sebab kot.

  1. da kawen kat dewan, gabung pulak tu. family belah lelaki conquer abes-abesan. aku tak kesah, tapi org org kampung aku kesah. aku pun turut same kesah. haha. not funny.
  2. dah la amek anak dara org (i mean, kami kan belah perempuan) kena la fair and square. bodoh gile DJ, tak reti nak protokol ke?
  3. kami pas makan, terus dok kat luar, dok kat khemah, pas tu trus duduk di luar as if nobody cares. padehal yg tengah bersanding tu family tu. kalo tade org perempuan,tade la sape nak kat ko la pengantin laki. weks!
  4. sikit-sikit lelaki didulukan. bladihel?

pelamin sikit punye cantik like omg grand wth sume, tapi orangnye la tak best. i dont know. betul2 tak rasa seronok. tak seronok langsung. aku lagi rela dok rumah tanak datang kenduri tu. hahahahahaha. tapi sian la kat family, derang semua turun kasi support kat makcik tupin. tapi tu lah, sayang sekali. sepatutnye family boleh la campur tangan sikit, kasi opinion ape yg patut, anak patutnye dengar, if its good boleh terima, kalo tak, tolak baik-baik please? aku pantang tul la kalo jenis tanak dgr cakap mak ke ape, mak ko support kenduri ko nak tolak dia tepi apecite? sikit2 lari kat belah lelaki, semuanye betul je kat belah lelaki. bile mak ko bagi nasihat sikit, melenting. perangai mintak kaki tapi sebab dia matang, takpe lah. aku harap sangat dia bahagia. haharapnye.

yang tak jadi kawen pun ade gak.

pening kepala dok kampung dengar cite itu ini.

kad kahwin da hantar, dewan dah tempah, makanan da tempah, eh senang cite dah semua lah. tinggal hari je nak kawen, tibe-tibe, pengantin perempuan said no, tanak.

memang tade jodoh, aku tau tu. aku paham mmg taleh lawan qada' dan qadar Allah.

tapi something fishy yang buatkan aku rasa sangat tak suke pada perempuan yg bergelar peguam syarie itu.

ko dari keluarga berada, mungkin darjat ko, taraf ko hanya untuk orang yang betul-betul je tip top anak Dato', anak menteri kan? takpelah, if the money can give you happiness, go on. aku tau money is important, sape kate duit tak penting? duit penting beb. aku pentingkan duit tapi tak la sampai aku leh nak pijak kepala future in-laws aku. engkau belajar agama tinggi, aku pun tau aku tak layak nak komen panjang pasal agama sebab aku pun tau basic je. tapi tak bermaksud aku buta agama.


aku hari hari doa, moga semua hal yang jadi kat family aku tak jadi kat aku. harap sangat-sangat.


makin membesar, makin banyak pulak aku kene perah otak pikir.

HAHA.





Friday, June 11, 2010

akhirnya..

Alhamdulillah syukur pada Allah.

result utk semester 8, ape yg aku work hard, i earned it, ape yg tak, padan muke bagi cacat pointer.

hahahahahhahahaha.

TETTTTT!

overall, aku bersyukur atas ape kurniaan Allah pade aku. ape yg dr beh janjikan pun mmg dia tunaikan. hahahahha.

Academic Project B+

utk usaha sebulan before submit.

ok la tu kan?


saya dah boleh konvo bulan October ni.


NAK BUNGA BANYAK BANYAK PLS?!!!!!


Thursday, June 10, 2010

bila shima menjadi sangap

bila dah sangap baru ingt kat blog sndiri (-.-")

hari ni 10th june 2010. hari penentuan nak tau result exam. aku sgt semangat nak tau result sem 8 camne kan, siap terketar2 tangan sejuk bagai sebab cuak yg melampau. not funny at all.

setelah berhempas pulas refresh, reload, refresh beratus-ratus kali.

result..

jeng jeng jeng



HAMPA!



still tadapat bukak even though i've tried three different types of laman sesawang. gaga.

mozilla - failed
chrome - failed. dunzo trus
internet explorer - konon bagi harapan. ke laut rupenye.


selepas tu mula rasa menyesal tak sudah sebab hari tu nabil ade offer nak checkkan.

kan padan muke shima.

HAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHANANGISDALAMHATI.


tengok la esok ke, lusa ke, minggu depan baru check (ayat majuk kat student portal)

pffffffttt~

Thursday, May 20, 2010

........

ade bende aku rase nak luahkan kat sini tapi tak terluah.

darn.

bukak hati, telan pahit pahit, tutup hati.

smile like there's no tomorrow.




Sunday, May 16, 2010

memories of 56

two and a half years.

duduk, tido, gayut, gadoh, masam muka, gelak ketawa, kene kacau, nampak hantu, menangis, study, buat toyol, online, mukabuku sampai lebam, sebok hal org, mengumpat.

ape je yg aku tak buat masa kat 56.

semua buat.

and i'm going to miss every single things, every little memories.

i might not be a great roomie or a great housemate but i care for them endlessly. ye lah, jatuh bangun, susah senang semua hadap same2. mmg ade flaws here and there but hey, we're human beings and we're not perfect either. people made mistakes, and sometimes tend to repeat it again and again.

dan aku juga begitu.

dan mungkin juga anda anda juga begitu.

bukan?


gila malas nak balik shah alam balik naek bas. barang banyak lagi tak amek. wooohoooo~



Friday, May 14, 2010

bila semput

tade kaitan langsung dgn tajuk di atas. semput saje2.

ok abai.

diri ni rasa happy sgt da abes belajar, tapi sedih pulak nak tinggalkan shah alam (ok, gedik da datang aiyok tak tau)

sedih la rasa.

sebab nak tinggalkan alam belajar ni. i still cannot decide which path i want to choose. banyak sgt choices smpai aku garu2 kepala nak pilih mana satu. sebenarnye tak la banyak, tapi ye la banyak clashing. bila clashing aku pening, bila pening aku malas pikir, bila pikir jawabnye shima penggangur bila menganggur no money.

susah juge jadi org besar ni.

niat di hati awal2 lagi dah set, nak further master. kalo bleh UiTM sudey, sebab aku comfortable dgn uitm. wat pe susah2 nak gi U lain kot? tapi kalo bleh nak further oversea (ok, mamak, buah berangan sattuuu~) shima mmg kuat berangan. hahahahahaharapan.

kalo bleh, aku tanak ngajar kat sekolah menengah. sebab musabab, pikir sendirilah perilaku & perlakuan anak2 murid remaja sdg memberontak zmn sekarang. dulu time practical pun cukup buat berdenyut kepala kalah cikgu disiplin, lagi la kene ngajar secara permanent. adoi adoi. tapi, supervisor sruh ajar 3 tahun and then baru further master. tsk tsk.

cakap pasal nak smbung master + tamo ajar kat skola, ade article pasal aku (eceh, tipu) yg abg mie tulis kat utusan malaysia. aku pun tak sedar bila article tu kluar tapi, makcik amnah selaku mak kepade jiran sygku, zaireena la bagitau kat mak & mak long. patu eena pun tanye. haha. aku tau eena ko jeles, kan kan??

tapi bila pikir posting, derang kate bukan scholar kpm pun cepat juge dapat posting. adoi. setepek kat dahi satu. kang bila posting bantai jauh2, cane? skrg ni MOE stok2 nak anta pedalaman je. bukan aku tanak, tapi mmg tanak nak buat camne. nnti bila antar pedalaman, baru la jenuh nak balik rumah la, nak tukar tempat la. leceh leceh. baik kawin dulu (tbe2)

lagi da besar ni lagi byk pulak aku pikir. banyak sgt. tercapai tak impian aku ni, sempat tak, jalan ke tak?? umo da 23, dah layak sgt kerja, support family, guna duit sendiri, balas budi yg tak berbalas2 lagi.

banyak sangat aku pikir ni. bukan tanak enjoy, mmg nak enjoy at least a month rest aku dah cukup bersyukur dah. kalo la bang long still kat spain, mmg aku cabut kaki da gi sane. i miss spain so much. leh shopping zara ngan h&m cam org gila tapenah jmpe zara kan. hahaha. i miss their cardis. cardis zara sini mahal sbb kalo beli kat spain, dah convert pon still terlalu byk murah. cannot resist temptation.

ok apehal melalut msuk spain plak. (=.=")

kalo jadi cikgu kat madrid leh tak? kat barcelona ke?

hahahahhahhahaahhahahahahahahahahahahahahahah (gelak nada strees)






Saturday, April 24, 2010

just for a sec, give me a break

saya sudah 23 tahun. gosh. mak kate suda boleh kawen! hoyeah ;P

apart of being 23 years old and 2 days, i'm in my most miserable point of my life.

  • thesis kene reject. submit this coming wednesday 28/4. 3 days lg nak siapkn semua. i mean everything.sumpah rasa hell gila terus tak keruan hidup nangis2. (T-T)
  • lost a friend because of love. sedih lagi (T-T)
  • depressed sebab depressed.
  • have been listening to un-motivated love songs. haha. terus down masuk longkang my mood.
  • been missing teluk intan miserably. last balik early april kot. ke hujung bulan 3. i know that most of my friends pon tak balik2 since cny mid term break, tapi bg cik pon balik lagi kerap dari aku, mane blehhhhhhhhhhh!!
  • persatuan salah cakap (kat FB tu) pon tak membantu to cheer me up. haha, crap bodo gile rase cam nih.
eh chill lah. penat tul rasa camni.

oh yea, saniy balik! saniy balik! mo gi KLIA at 4 because flight derang smpai kul 5. just in time, and for the fact this is my first time driving, alone. wait, wish UNSER. bapak beso kereta tapi best sebab leh bawak laju. ahahahahahahahahahahahahahahahahahahharapan.

hope tak sesat ke nilai.

i miss myself. where the hell are u now?